Rakyat Malaysia #BolehRayaDenganBoost dari Keselesaan Rumah

Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri akan diraikan secara sangat berlainan tahun ini. Buat pertama kali, sejumlah pengguna tak terjangka akan menggunakan teknologi di hujung jari untuk mendapatkan keperluan di bulan  Ramadan yang mulia serta sambutan Hari Raya yang akan datang.

E-dompet gaya hidup tempatan Boost membantu rakyat Malaysia menyambut erti sebenar Ramadan dan Raya secara kreatif dengan kempen #BolehRayaDenganBoost. Dari membayar zakat, membeli-belah baju Raya dan makanan serta menyediakan juadah Raya semua dapat dilakukan dengan selamat, mudah dan lancar.

“Dalam suasana yang tidak menentu akibat wabak COVID-19 ketika ula Ramadan, Boost ingin membawa erti bulan suci dan keriangan menjelang Hari Raya Aidilfitri dengan pelbagai pilihan fleksibel untuk merancang persiapan anda. Seperti yang dilihat dalam beberapa minggu yang lepas, orang Malaysia sekarang bukan sahaja semakin celik teknologi tetapi juga kreatif dalam menggunakan teknologi untuk melalui tempoh ini yang luarbiasa. Pendek kata, Boost ingin menjadi rakan digital anda dalam mendekatkan Ramadan dan Raya kepada anda dan keluarga,” kata Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie, Pengarah Produk dan Pemasaran Boost.

#BolehBeramalDenganBoost

Sempena Ramadan, orang Malaysia boleh beramal dengan Boost. Untuk tempoh 30 hari mulai hari ini, Boost akan mengetengahkan satu badan amal setiap hari, untuk meningkatkan kesedaran awam tentang betapa mudahnya untuk berhubung dan membantu mereka yang memerlukan dengan hanya mengetik jari  di skrin smartphone dengan cara yang selamat, mudah dan lancar untuk memberi sinar cahaya kepada golongan kurang bernasib baik.

Ketika ramai meraikan kedatangan Ramadan dari keselesaan rumah, petugas kesihatan barisan hadapan terus berikhtiar untuk memastikan kesihatan semua. Bagi menyokong usaha mereka dari jarak yang selamat, pengguna Boost boleh terus menderma kepada ‘Tabung COVID-19’ anjuran Boost. Sehingga kini, tabung telah menerima sumbangan sebanyak RM450,000 daripada masyarakat Malaysia yang murah hati. Derma yang diterima akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan NGO yang membantu keluarga yang terkesan secara langsung oleh coronavirus.

#BolehDapatTerbaik Dengan Boost

Dengan pengumuman perintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April 2020, Boost kekal komited untuk membantu rakyat Malaysia menyambut Raya sambil memelihara kesihatan serta membawa kemeriahan sehingga ke pintu depan semua. Keriangan Raya di rumah bertambah dengan ganjaran dan ‘cashback’ untuk berbelanja lebih banyak lagi. Pengguna Boost boleh mendapatkan segala keperluan, dari baju Raya ke bahan masakan untuk resipi juadah yang lazat, serta penghantaran makanan dan pengiriman Duit Raya kepada keluaraga dan kenalan rapat.

Boost menyediakan tawaran Raya yang menarik dengan ‘cashback’ dari rakan niaga utama termasuk:

  • Pakej buka puasa dari PichaEats, dahmakan dan DeliverEat serta tawaran penghantaran makanan oleh Pizza Hut dan tawaran take-away di KFC.
  • Jenama fesyen seperti ZALORA, MIMPIKITA, NAELOFAR, L’Oréal dan HERMO.
  • Tawarn hebat dalam talian di Courts Online Store dari rangkaian kedai perabot dan perkakas elektronik Courts
  • ‘Cashback’ untuk pengguna yang membayar bil dan menambah nilai kredit telefon mudah alih melalui Boost, untuk transaksi bayaran yang mudah supaya pengguna sentiasa berhubung dengan keluarga dan kenalan yang tersayang.
  • Peminat e-games dan hiburan boleh menikmati tawaran daripada Garena, SEAGM, PUBGM dan Viu untuk mengisi masa ketika tempoh PKP.

Kepada mereka yang memiliki sebab kukuh untuk berkunjung ke kedai, dengan Boost mereka boleh berurus tanpa tunai, serta menikmati tawaran di lokasi seperti Tesco, Mydin, Giant, Aeon Big, Servay, Bataras, Farley, Everrise, Sunshine, C-Mart, TMG Mart dan farmasi termasuk Watsons, Guardian, Caring, Alpro Pharmacy dan BIG Pharmacy.

Boost juga akan memperkenalkan ciri baharu di app dalam satu bulan yang akan datang bagi membolehkan lebih banyak penjimatan dan tawaran, jadi pengguna harus menyemak kemaskini di app.

Meskipun tahun ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, rakyat Malaysia boleh bergantung pada Boost sebagai rakan e-dompet gaya hidup untuk semua urusan Ramadan dan Raya. Pengguna Boost dinasihatkan untuk terus mengamalkan penjarakan social (social distancing) dan berurus secara tanpa tunai bagi pengalaman membeli-belah yang lebih selamat, sambil kita bersama-sama memerangi ancaman COVID-19.

Mengenai Boost

Boost adalah aplikasi e-dompet gaya hidup ‘homegrown’ yang bertujuan merevolusi cara pengguna melakukan transaksi harian. Menggabungkan keperluan gaya hidup dan teknologi digital masa kini, Boost berusaha untuk memudahkan transaksi, lebih pantas, lebih selamat & memberi lebih manfaat kepada pengguna secara keseluruhan.

Boost dilancarkan secara rasmi pada Januari 2017, sebagai satu platform mendigitalkan salah satu perkhidmatan teras syarikat telekomunikasi – cara pengguna menambah kredit prabayar mereka. Boost membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan telefon bimbit di rakan kongsi Boost tanpa tunai atau kad kredit. Pada akhir bulan Mac 2020, 7.3 juta pengguna Boost kini boleh membayar di lebih daripada 152,000 rakan niaga di seluruh negara.

Ciri-Ciri Utama:

  • Ganjaran melalui BoostUP
  • Ganjaran untuk belanja dalam talian melalui CashUp
  • Bayar di peniaga QR UnionPay di Malaysia
  • Membayar bil utiliti dengan rakan kongsi seperti Telekom Malaysia, Astro dan Syabas
  • Membayar tempat letak kereta di tepi jalan dan berpagar
  • Perkhidmatan bantuan tepi jalan dan penyelenggaraan kereta
  • Tempahan dan pembelian tiket pengangkutan awam – KLIA Ekspres, KTM, EzCab, CatchThatBus dan Firefly
  • Derma tanpa tunai #DoGoodWithBoost
  • Membeli dan menawarkan baucar digital untuk kedia F&B, hiburan, kesihatan & kecantikan
  • Pemisahan bil melalui ciri unik “Go Dutch”
  • Membeli prabayar
  • Pemindahan wang dengan percuma
  • Perkhidmatan penghantaran makanan melalui DeliverEat, dahmakan dan Eatigo

Pengguna Android boleh memuat turun Boost dari Play Store manakala pengguna iOS boleh memuat turun dari App Store.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web at https://www.myboost.com.my/ atau‘follow’ Boost di Facebook (https://www.facebook.com/myboostapp/) dan Instagram (https://www.instagram.com/myboostapp/).

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.