“Rumah Second Hand Pun OK Bang…”

Cuba tanya diri sendiri soalan-soalan ini:

  • Sampai bila nak menyewa?
  • Sampai bila nak tunggu betul-betul bersedia, baru nak beli rumah?
  • Nak beli rumah baru, tapi tak mampu?

Kalau depan mata kita ada peluang memiliki rumah, apa salahnya kita beli sebuah walaupun ianya rumah subsale (rumah second hand). Rata-rata mengatakan rumah second hand sebagai rumah ‘barai,’ ‘busuk,’ ‘takde kelas,’ dan macam-macam lagi.

Maafkan mereka. Yang biasa cakap macam ni sebenarnya tak tahu tentang kelebihan membeli rumah second hand.

# Langkah 1: Survey Dulu

Pertama sekali, survey dan pilih dulu hartanah yang kita nak beli. Banyak sebenarnya laman web yang kita boleh tengok-tengok seperti:

  1. Mudah – http://www.mudah.my/
  2. Property Guru – http://www.propertyguru.com.my/
  3. iProperty – https://www.iproperty.com.my/
  4. Propwall – http://www.propwall.my/
  5. Hartabumi – http://www.hartabumi.my/

Ada banyak sangat rumah second hand tersenarai dekat sana. Pastikan anda cari dengan teliti dan buat pilihan yang tepat.

# Langkah 2: Tandatangan Letter of Acceptance (LOA) atau Letter of Offer

Seterusnya, kalau dha berkenan tu, cepat-cepatlah tandatangan Letter of Acceptance atau Letter of Offer yang disediakan oleh ejen hartanah. Paling penting, pastikan dulu ejen yang kita pilih tu berdaftar secara sah dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH atau BOVAEA).

Jangan sekali-kali guna ejen haram atau yang tidak berdaftar. Sebab ramai dah terkena, jadi lebih baik kita berhati-hati.

# Langkah 3: Bayar Booking Fee dan Minta Lanjutkan Tempoh Siapkan SPA

Kalau hati dah berkenan dan nak beli hartanah tersebut, bayar 3% daripada harga rumah sebagai bayaran booking atau deposit.

Kebiasaanya, ejen akan beri kita masa 14 hari, tapi kita boleh cuba minta 21 hari sebab kadang-kadang loan lambat lulus. Selagi loan tak lulus, kita tak boleh nak sign Sales & Purchase Agreement (SPA). Dicadangkan supaya kita mohon pembiayaan sekurang-kurangnya dengan 4 bank untuk memudahkan kita buat pilihan.

Upah peguam yang ada kepakaran dalam bidang pengurusan hartanah untuk siapkan SPA.

# Langkah 4: Dapatkan Bukti Pemilikan Pemilik Asal

Pastikan pemilik rumah asal (penjual) tandatangan pada Letter of Acceptance dan pastikan kita dapat salinan Sales & Purchase Agreement pembelian untuk buktikan bahawa mereka adalah pemilik rumah yang sah.

# Langkah 5: Settlekan Baki 7%

Bayar baki 7% deposit pembelian rumah. Dalam step #3 tadi, kita dah bayar 3%. Jumlah ni kita perlu cukupkan sampai 10% sebelum tandatangan SPA.

Kemudian kita kena tunggu pula 3 hingga 6 bulan untuk pihak bank membayar kepada penjual jumlah yang tertunggak (baki 90%, lepas kita dah bayar duit down payment 10%).

Seterusnya pastikan kita follow-up dengan peguam tiap-tiap minggu untuk pastikan dia buat kerja dan ada kemajuan.

Bukan apa… mesti dah tak sabar nak ada rumah sendiri… Jadi, jika bank dah jelaskan semua jumlah tertunggak kepada penjual, peguam boleh uruskan proses pengambilan kunci rumah. Pemilik rumah atau penjual akan kosongkan rumah untuk selesaikan proses pemindahan sehingga berjaya.

Dah selesai baca kan… boleh faham langkah-langkah ni?
Tahu tak  berapa kos guaman (legal fees) hartanah?

Jangan risau kalau tak faham dan perlukan pencerahan lagi, boleh baca artikel-artikel ini pula:

Kita Kena Bayar Kos Yuran Guaman Yang Lebih Mahal Pada Tahun 2017

Ramai Kata Tak Mampu Beli Rumah. Bukan Tak Mampu Tapi “Tak Tahu”

Apa-apa pun tahniah kepada anda semua kerana telah berjaya baca artikel ini dan sudah tergerak hati nak beli sebuah rumah walaupun sekadar rumah subsale….

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman