Hilang Pendapatan Disebabkan COVID-19? Ini Dia 4 Bantuan Yang Boleh Kita Pohon

Tidak kira di mana jua anda berada, anda tidak boleh mengelak daripada membincangkan isu COVID-19 pada masa kini. Ia merupakan topik hangat yang sudah pasti terpahat dalam sejarah.

Walaupun hanya bermula di wilayah Wuhan di China, ia sudah menular ke seluruh pelusuk dunia. Angka kematian akibat wabak ini semakin meningkat dan ini sudah pasti merupakan perkembangan yang membimbangkan.

Bagaimanapun, kerisauan masyarakat tidak terhenti setakat itu sahaja. Kebimbangan yang dicetuskan oleh pandemik ini melangkaui aspek kesihatan.

Perintah berkurung dan kawalan pergerakan yang diumumkan oleh pelbagai negara telah menyebabkan kemerosotan ekonomi dan gaya hidup.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui organisasi buruhnya menjangkakan seramai 195 juta pekerja sepenuh masa bakal kehilangan sumber pendapatan pada suku kedua tahun ini akibat penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

Industri yang paling teruk terjejas adalah perkhidmatan hotel dan makanan, pembuatan, dan runcit. 

Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima kesan. Bagaimanapun, pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah memperkenalkan beberapa inisiatif bagi membantu rakyat yang terjejas sumber pendapatan sama ada secara langsung atau tidak akibat COVID-19.

Perlukan duit tambahan untuk membantu anda yang sedang dalam kesempitan? Klik sini sekarang!

Sekiranya anda hilang pendapatan akibat daripada COVID-19, berikut adalah bantuan yang boleh anda pohon:

1. Bantuan khas dari NADMA

Bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) adalah sebanyak RM100 sehari. Ia adalah khusus bagi pesakit yang dirawat di wad dan dikenakan perintah pengawasan serta pemerhatian bagi kontak Covid-19.

Syarat-syarat lain termasuklah:

  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19.
  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) berikutan Covid-19

Permohonan dan maklumat lanjut boleh di dapati di laman sesawang NADMA.

2. Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)

Program ini adalah hasil usaha Kementerian Sumber Manusia melalui agensinya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Ia mula diperkenalkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2020.

ERP menyedia bantuan kewangan sementara sebanyak RM600 sebulan pada kadar rata untuk tempoh maksimun enam bulan kepada mana-mana pekerja dan majikan yang memenuhi kelayakan. Di antara syarat untuk menerima bantuan ini adalah:

  • pekerja diberi notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan berkuatkuasa 1 Mac 2020
  • pekerja swasta yang mendaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)
  • terhad kepada pekerja bergaji RM4,000 ke bawah

Permohonan hendaklah dilakukan oleh majikan bagi pihak pekerja dan wang RM600 tersebut disalurkan terus kepada akaun pekerja. Permohonan boleh dilakukan di laman sesawang Perkeso.

3. i-Lestari

Bantuan ini membolehkan pencarum KWSP mengeluarkan wang maksimum sebanyak RM500 sebulan dari Akaun 2 mereka. Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi tempoh 1 tahun (12 bulan) iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021. Permohanan pengeluaran i-Lestari bermula 1 April 2020 dan bayaran akan mula dibuat mulai Mei 2020.

Mereka yang layak membuat pengeluaran adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap. Bukan warganegara (Fasa 2) juga layak memohon.
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Mempunyai baki di dalam Akaun 2

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai i-Lestari, teruskan bacaan anda di artikel kami di sini.

4. Pulau Pinang: Bantuan untuk pemandu teksi, penarik beca, dan pemandu e-hailing

Akibat dari pergerakan yang terbatas dan penjarakan sosial, industri pengangkutan awam adalah antara yang terjejas teruk. Buat penduduk Pulau Pinang yang sumber pendapatannya berada di dalam industri ini, pihak Kerajaan Negeri ada menyediakan bantuan untuk anda.

Buat 2,248 pemandu teksi dan 318 penarik beca di negeri tersebut, wang insentif berbaki RM300 akan diawalkan ke bulan April 2020 dan ditambah dengan bantuan ‘one-off’ sebanyak RM200. Buat kira-kira 10,000 pemandu e-hailing pula, bantuan tunai sebanyai RM300 akan diberikan.

This image has an empty alt attribute; its file name is assidq_300x250px_bm01.jpg

Perlukan duit tambahan untuk membantu anda yang sedang dalam kesempitan? Klik sini sekarang!

Dapatkan tawaran pembiayaan Islam terbaik di Malaysia hari ini

Tidak semua hutang adalah buruk. Malahan, adakalanya ia boleh menguntungkan kita. Selain merupakan kaedah untuk melangsaikan hutang, pembiayaan kewangan boleh digunakan untuk membuat pelaburan strategik dan penambahan aset. 

Adakalannya juga kita memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan perniagaan, perkahwinan, pelancongan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Pembiayaan kewangan adalah cara terbaik untuk membantu anda dalam perbelanjaan.

Apabila pembiayaan itu adalah jenis Islamik, ia lebih menjamin anda daripada tertipu dan risiko bebanan kewangan adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional.

Kredit: AsSidq.com

AsSidq.com adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islami. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.

Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba, gharar, maysir, haram, dan zulm.

Sama seperti produk perbankan Islam yang lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui Assidq.com dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia. Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pinjaman peribadi Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah.

Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Banyak Keistimewaan Jadi Miskin di Malaysia?

Jangan salah faham. Menjadi miskin bukanlah satu keistimewaan. Tetapi di Malaysia, golongan berpendapatan rendah dan keluarga yang benar-benar memerlukan memang mempunyai akses kepada pelbagai bentuk bantuan kerajaan.

Antaranya:

1. STR – Sumbangan Tunai Rahmah
Bantuan tunai kepada golongan yang memenuhi syarat pendapatan dan kategori ditetapkan.

2. SARA – Sumbangan Asas Rahmah
Bantuan untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad.

Penerima STR 2026 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2026 berjumlah RM200 / RM150 / RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026).

3. Bantuan perumahan
Ada skim seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR), selain skim sewaan atau subsidi tertentu untuk keluarga berpendapatan rendah.

Keluarga berpendapatan kasar isi rumah sehingga RM3,000, belum memiliki rumah dan memenuhi syarat boleh memohon PPR.

4. Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Ini berbeza dengan PPR.

Contoh:
Keluarga berpendapatan rendah mempunyai tanah sendiri tetapi belum mempunyai rumah yang sesuai boleh melihat kelayakan RMR.

Antara syarat yang dinyatakan SPNB ialah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 dan pemohon/pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna. Tanah yang sesuai juga diperlukan.

Cara mohon:
Permohonan dibuat melalui SPNB dan dokumen berkaitan tanah, pendapatan serta maklumat keluarga perlu disediakan.

5. Bantuan JKM
Ini antara yang ramai tak tahu sebab bantuan JKM bukan satu jenis sahaja.

Contohnya terdapat bantuan berkaitan kanak-kanak, warga emas, OKU, penjagaan dan keadaan keluarga tertentu.

Cara mohon:
Permohonan boleh dibuat melalui sistem eBantuan JKM bagi negeri yang menyokong permohonan dalam talian, kemudian pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah bersama dokumen sokongan.

Terdapat pelbagai skim mengikut keadaan penerima, termasuk bantuan kanak-kanak, warga emas dan bantuan am.

6. Bantuan Kesihatan – mySalam

Skim Perlindungan B40 merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.

Bagi penerima yang layak pada 2026, mySalam menyediakan manfaat seperti hospitalisasi sehingga RM700 setahun dan RM8,000 untuk penyakit kritikal yang dilindungi, tertakluk kepada syarat skim.

Cara mohon:
Semak kelayakan di portal mySalam. Jika layak dan berlaku kejadian yang dilindungi, tuntutan dibuat secara dalam talian dengan memuat naik dokumen seperti nota discaj atau borang doktor.

Portal mySalam

7. Bantuan pendidikan
Bantuan yuran, tuisyen, biasiswa dan pelbagai bentuk sokongan pendidikan disediakan secara bersasar untuk keluarga yang memerlukan.

8. Bantuan zakat
Bagi orang Islam yang layak, boleh memohon bantuan daripada institusi zakat negeri masing-masing.

Contohnya bantuan boleh melibatkan:

  • sara hidup
  • pendidikan
  • perubatan
  • sewa/rumah
  • bantuan kecemasan
  • modal perniagaan

Cara mohon:
Bergantung kepada negeri. Contohnya di Selangor, permohonan dibuat melalui saluran rasmi institusi zakat negeri dan biasanya memerlukan dokumen pendapatan, tanggungan, tempat tinggal dan dokumen sokongan berkaitan.

9. Bantuan pekerjaan & latihan
Kerajaan juga menyediakan program pekerjaan dan latihan kemahiran untuk membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan.

MYFutureJobs
Portal pekerjaan nasional yang dikendalikan PERKESO. Boleh cari kekosongan kerja, daftar sebagai pencari kerja dan dapatkan khidmat padanan pekerjaan.

TVET
Kalau nak belajar kemahiran seperti automotif, elektrik, kimpalan, penyelenggaraan, teknologi dan sebagainya, boleh semak institusi TVET kerajaan dan permohonan melalui UP_TVET.

HRD Corp
Terdapat pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan pekerjaan, bergantung kepada program serta kelayakan peserta.

Program penempatan pekerjaan PERKESO
PERKESO juga menjalankan program padanan pekerjaan, karnival kerjaya dan penempatan pencari kerja dengan majikan.

10. Bantuan membaiki atau membina rumah
Program bantuan perumahan turut merangkumi pembinaan baharu dan baik pulih rumah, khususnya bagi isi rumah miskin tegar.

Contoh 1 : Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar

KPKT ada Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar untuk isi rumah yang memenuhi syarat kemiskinan, termasuk yang disahkan dalam eKasih.

Contohnya rumah mengalami:

  • bumbung rosak
  • kerosakan akibat banjir/ribut/kebakaran
  • kerosakan kecil kerana faktor usia
  • keadaan rumah yang tidak lagi selesa tetapi masih ekonomik untuk dibaiki

Kadar bantuan maksimum yang dinyatakan KPKT ialah RM13,000 di Semenanjung dan RM15,000 di Sabah, Sarawak dan Labuan.


Jadi, betul ke “banyak keistimewaan jadi miskin”?

Banyak bantuan disediakan untuk mereka yang berada dalam keadaan miskin atau berpendapatan rendah. Dan bantuan ini bukan bermaksud hidup mereka lebih mudah.

Sebab di sebalik setiap bantuan itu ada satu perkara yang kita selalu terlupa:

Miskin tetap bermaksud mempunyai sumber kewangan yang terhad.

Bantuan kerajaan mungkin meringankan beban, tetapi tidak semestinya mengubah kehidupan seseorang menjadi senang.

Bantuan ialah jaring keselamatan. Bukan tiket untuk hidup mewah.