Berapa Keuntungan Bank-Bank Islam Di Malaysia?

Kalau sebelum ini kita dah tengok bank-bank konvensional di Malaysia untung sampai berbilion Ringgit setiap tahun, jom kita tengok pula berapa keuntungan yang diperolehi oleh bank-bank Islam yang ada di Malaysia bagi tahun kewangan 2018 / 2019.

Untuk makluman semua, buat masa ini terdapat 16 buah bank Islam menurut laman web Bank Negara Malaysia (BNM).

1. Affin Islamic Bank Berhad

Sumber: Affin Islamic 2018 Annual Report

Affin Islamic Bank telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM112.4 juta bagi tahun 2018.

2. Alliance Islamic Bank Berhad

Sumber: Alliance Islamic Financial Statement 2019

Alliance Islamic Bank telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM115.8 juta bagi tahun 2019.

3. AmBank Islamic Berhad

Sumber: AmBank Group Financial Report 2019

AmBank Islamic Bank telah mencatatkan pendapatan sebanyak RM820.1 juta dan keuntungan bersih sebanyak RM311.8 juta bagi tahun 2019.

4. Bank Islam Malaysia Berhad

Sumber: BIMB Financial Statements 2018

BIMB Holdings telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM801.4 juta bagi tahun 2018.

5. Bank Muamalat Malaysia Berhad

Sumber: BMMB Annual Report 2019

Bank Muamalat Malaysia telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM179.4 juta bagi tahun 2019.

6. CIMB Islamic Bank Berhad

Sumber: CIMB Islamic Full Audited Financial Statements 2019

CIMB Islamic Bank telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM788.0 juta bagi tahun 2019.

7. Hong Leong Islamic Bank Berhad

Sumber: Hong Leong Islamic Bank Annual Report 2019

Hong Leong Islamic Bank telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM333 juta bagi tahun 2019.

8. MBSB Bank Berhad

Sumber: MBSB Audited Financial Statements for Financial Year Ended 31 December 2018

MBSB Bank telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM383.8 juta bagi tahun 2018.

9. Maybank Islamic Berhad

Sumber: Maybank Islamic Financial Statements FY2019

Maybank Islamic telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM2.5 bilion bagi tahun 2019.

10. Public Islamic Bank Berhad

Sumber: Public Islamic 2019 Financial Statement

Public Islamic telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM492.1 juta bagi tahun 2019.

11. RHB Islamic Bank Berhad

Sumber: RHB Islamic Annual Report 2018

RHB Islamic telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM434.8 juta bagi tahun 2018.

12. Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad

Sumber: Al Rajhi Bank Financial Statements For The Financial Year Ended 31 December 2018

Al Rajhi Bank telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM11.7 juta bagi tahun 2018.

13. HSBC Amanah Malaysia Berhad

Sumber: HSBC Amanah Year End Results 2018

HSBC Amanah telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM162.7 juta bagi tahun 2018.

14. Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad

Sumber: KFH Malaysia Annual Report 2018

Kuwait Finance House Malaysia telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM20.9 juta bagi tahun 2018.

15. OCBC Al-Amin Bank Berhad

Sumber: OCBC Al-Amin Reports & Financial Statements 31 December 2019

OCBC Al-Amin telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM164.4 juta bagi tahun 2019.

16. Standard Chartered Saadiq Berhad

Sumber: Standard Chartered Saadiq Full Year Financial Results 2018

Standard Chartered Saadiq telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM42.9 juta bagi tahun 2018.

Top 3 Keuntungan Bersih Bank Islam Di Malaysia

Kalau ikut kepada ranking, maka:

  1. Maybank Islamic: RM2.5 bilion bagi tahun 2019
  2. BIMB Holdings: RM801.4 juta bagi tahun 2018
  3. CIMB Islamic Bank: RM788.0 juta bagi tahun 2019

Hanya BIMB Holdings yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan ianya patuh Syariah. Maybank dan CIMB juga disenaraikan di pasaran saham, namun ianya tak patuh Syariah.

Sumber: Trading View

Namun harga saham BIMB telah jatuh sebanyak 21.40% bagi tempoh setahun yang lalu. Namun sebulan dua ini kelihatan ia telah membuat rebound yang cantik.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Banyak Keistimewaan Jadi Miskin di Malaysia?

Jangan salah faham. Menjadi miskin bukanlah satu keistimewaan. Tetapi di Malaysia, golongan berpendapatan rendah dan keluarga yang benar-benar memerlukan memang mempunyai akses kepada pelbagai bentuk bantuan kerajaan.

Antaranya:

1. STR – Sumbangan Tunai Rahmah
Bantuan tunai kepada golongan yang memenuhi syarat pendapatan dan kategori ditetapkan.

2. SARA – Sumbangan Asas Rahmah
Bantuan untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad.

Penerima STR 2026 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2026 berjumlah RM200 / RM150 / RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026).

3. Bantuan perumahan
Ada skim seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR), selain skim sewaan atau subsidi tertentu untuk keluarga berpendapatan rendah.

Keluarga berpendapatan kasar isi rumah sehingga RM3,000, belum memiliki rumah dan memenuhi syarat boleh memohon PPR.

4. Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Ini berbeza dengan PPR.

Contoh:
Keluarga berpendapatan rendah mempunyai tanah sendiri tetapi belum mempunyai rumah yang sesuai boleh melihat kelayakan RMR.

Antara syarat yang dinyatakan SPNB ialah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 dan pemohon/pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna. Tanah yang sesuai juga diperlukan.

Cara mohon:
Permohonan dibuat melalui SPNB dan dokumen berkaitan tanah, pendapatan serta maklumat keluarga perlu disediakan.

5. Bantuan JKM
Ini antara yang ramai tak tahu sebab bantuan JKM bukan satu jenis sahaja.

Contohnya terdapat bantuan berkaitan kanak-kanak, warga emas, OKU, penjagaan dan keadaan keluarga tertentu.

Cara mohon:
Permohonan boleh dibuat melalui sistem eBantuan JKM bagi negeri yang menyokong permohonan dalam talian, kemudian pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah bersama dokumen sokongan.

Terdapat pelbagai skim mengikut keadaan penerima, termasuk bantuan kanak-kanak, warga emas dan bantuan am.

6. Bantuan Kesihatan – mySalam

Skim Perlindungan B40 merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.

Bagi penerima yang layak pada 2026, mySalam menyediakan manfaat seperti hospitalisasi sehingga RM700 setahun dan RM8,000 untuk penyakit kritikal yang dilindungi, tertakluk kepada syarat skim.

Cara mohon:
Semak kelayakan di portal mySalam. Jika layak dan berlaku kejadian yang dilindungi, tuntutan dibuat secara dalam talian dengan memuat naik dokumen seperti nota discaj atau borang doktor.

Portal mySalam

7. Bantuan pendidikan
Bantuan yuran, tuisyen, biasiswa dan pelbagai bentuk sokongan pendidikan disediakan secara bersasar untuk keluarga yang memerlukan.

8. Bantuan zakat
Bagi orang Islam yang layak, boleh memohon bantuan daripada institusi zakat negeri masing-masing.

Contohnya bantuan boleh melibatkan:

  • sara hidup
  • pendidikan
  • perubatan
  • sewa/rumah
  • bantuan kecemasan
  • modal perniagaan

Cara mohon:
Bergantung kepada negeri. Contohnya di Selangor, permohonan dibuat melalui saluran rasmi institusi zakat negeri dan biasanya memerlukan dokumen pendapatan, tanggungan, tempat tinggal dan dokumen sokongan berkaitan.

9. Bantuan pekerjaan & latihan
Kerajaan juga menyediakan program pekerjaan dan latihan kemahiran untuk membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan.

MYFutureJobs
Portal pekerjaan nasional yang dikendalikan PERKESO. Boleh cari kekosongan kerja, daftar sebagai pencari kerja dan dapatkan khidmat padanan pekerjaan.

TVET
Kalau nak belajar kemahiran seperti automotif, elektrik, kimpalan, penyelenggaraan, teknologi dan sebagainya, boleh semak institusi TVET kerajaan dan permohonan melalui UP_TVET.

HRD Corp
Terdapat pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan pekerjaan, bergantung kepada program serta kelayakan peserta.

Program penempatan pekerjaan PERKESO
PERKESO juga menjalankan program padanan pekerjaan, karnival kerjaya dan penempatan pencari kerja dengan majikan.

10. Bantuan membaiki atau membina rumah
Program bantuan perumahan turut merangkumi pembinaan baharu dan baik pulih rumah, khususnya bagi isi rumah miskin tegar.

Contoh 1 : Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar

KPKT ada Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar untuk isi rumah yang memenuhi syarat kemiskinan, termasuk yang disahkan dalam eKasih.

Contohnya rumah mengalami:

  • bumbung rosak
  • kerosakan akibat banjir/ribut/kebakaran
  • kerosakan kecil kerana faktor usia
  • keadaan rumah yang tidak lagi selesa tetapi masih ekonomik untuk dibaiki

Kadar bantuan maksimum yang dinyatakan KPKT ialah RM13,000 di Semenanjung dan RM15,000 di Sabah, Sarawak dan Labuan.


Jadi, betul ke “banyak keistimewaan jadi miskin”?

Banyak bantuan disediakan untuk mereka yang berada dalam keadaan miskin atau berpendapatan rendah. Dan bantuan ini bukan bermaksud hidup mereka lebih mudah.

Sebab di sebalik setiap bantuan itu ada satu perkara yang kita selalu terlupa:

Miskin tetap bermaksud mempunyai sumber kewangan yang terhad.

Bantuan kerajaan mungkin meringankan beban, tetapi tidak semestinya mengubah kehidupan seseorang menjadi senang.

Bantuan ialah jaring keselamatan. Bukan tiket untuk hidup mewah.