Keluarga Rothschild Yang Paling Berkuasa Di Dunia, Siapakah Mereka Sebenarnya?

Sekiranya kita suka membaca perkara-perkara berkaitan hal dunia dan kewangan, sudah pasti kita pernah mendengar nama Rothschild. Mereka merupakan sebuah keluarga yang amat berkuasa dan di antara yang terkaya di dunia.

Dengar sahaja nama Rothschild, sudah pasti kita terbayangkan lambang kekayaan. Namun, di sebalik kekayaan dan kekuasaan keluarga ini, terdapat beberapa konspirasi yang sering digembar-gemburkan.

Di antara konspirasi yang dimaksudkan adalah mereka mengawal sistem kewangan antarabangsa, menjadi ketua organisasi rahsia seperti Illuminati dan juga kemungkinan besar terlibat dalam kehilangan pesawat MH370. 

Sejarah Keluarga Rothschild

Pada abad ke-18, seorang lelaki Jerman Yahudi bernama Mayer Amchel Rothschild yang bekerja sebagai ‘Court Jew’ merupakan seorang yang berkedudukan tinggi dalam institusi perbankan. Beliau menguruskan kewangan dan pinjaman dalam kalangan bangsawan pada ketika itu.

Biarpun riba adalah haram menurut Bible, beliau tiada sekatan untuk melakukan transaksi kerjayanya dengan menggunakan konsep riba. Oleh itu, dengan pantas beliau dapat mengumpul kekayaan yang amat luar biasa.

Mayer Rothschild telah berkahwin dengan anak perempuan Court Jew yang lain dan mereka dikurniakan 5 anak. Dengan keluarga yang bertambah besar, mereka menikahkan anak-anak mereka dengan sepupu sepapat sahaja demi melindungi kekayaan keluarga.

5 anak lelaki mereka kemudian menguruskan industri perbankan yang telah mereka tubuhkan di negara utama Eropah iaitu Itali, Jerman, Australia, Britain dan Perancis.

Dengan adanya keluarga dan harta kekayaan yang luas ini, ahli keluarga Rothschild ini mula mengorak langkah dengan berkhidmat sebagai banker di negara-negara Eropah.

Mereka juga menyalurkan dana untuk konflik besar seperti Revolusi Perancis, Perang Napoleon, Pembinaan Terusan Suez, menyelamatkan Bank England daripada bankrap dan banyak lagi.

7 Fakta Menarik Rothschild Family

1. Rothschild dikatakan terlibat dalam konflik ‘New World Order’, salah satu konspirasi Yahudi seperti yang dipercayai ramai.

2. Rothschild Group adalah sebuah institusi bank pelaburan yang menekankan konsep pinjaman kepada bangsawan, bank serta menjalankan transaksi berasaskan riba.

3. Keseluruhan wang milik mereka dianggarkan $1 – $2 quadrilion, namun ianya dibahagi-bahagikan di kalangan keluarga mereka, sebab itulah nama Rothschild tidak ditemui di dalam senarai orang terkaya Forbes.

4. Mereka adalah generasi yahudi yang telah wujud sejak dahulu lagi di mana telah menyalurkan wang untuk bank-bank di negara barat.

5. Kes konspirasi yang dikaitkan dengan mereka masih tidak mempunyai bukti kukuh, tetapi kebanyakannya mempunyai kaitan dengan mereka.

6. Rothschild juga membantu pembinaan negara baru seperti Belgium.

7. Ahli keluarga Rothschild yang paling berjaya kini adalah Benjamin De Rothschild yang menduduki tangga ke-1349 orang terkaya 2019 mengikut rekod Forbes.

Sumber Rujukan:

Ada Pejabat Di Kuala Lumpur Dan Negara Asean Lain

Sumber: Rotshchild & Co

Nampaknya mereka mempunyai pejabat di Kuala Lumpur dan beberapa negara Asean yang lain seperti Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Wah, menarik gila baca pasal keluarga Rothschild ni! Memang legenda dalam dunia kewangan. Tapi entahlah, konspirasi tu makin buat kepala pening. Siapa yang tahu betul-betul kan? Tapi pejabat di KL tu memang bikin terkejut! Siapa sangka diorang ada representasi dekat kita?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ada Gaji Tetap Tapi Buat Side Income? Jangan Terkejut Jika Terima Notis CP500 Dari LHDN

Ramai yang mempunyai gaji tetap beranggapan urusan cukai mereka telah selesai kerana majikan sudah membuat potongan cukai bulanan (PCB) setiap bulan. Namun, keadaan berbeza apabila seseorang individu mempunyai pendapatan tambahan selain gaji.

Antara pendapatan sampingan yang sering diterima rakyat Malaysia termasuk:

  • Pendapatan sewa rumah/homestay
  • Bisnes online
  • Grab/Food Panda rider
  • Content creator
  • Komisen jualan
  • Ejen insurans/takaful
  • Ejen hartanah

Jika anda mempunyai pendapatan seperti ini, anda mungkin akan menerima Notis CP500 daripada LHDN.

Apa Itu CP500?

CP500 ialah arahan bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN kepada individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian.

Secara mudahnya, LHDN menganggarkan cukai yang perlu dibayar berdasarkan rekod tahun-tahun terdahulu dan membenarkan bayaran dibuat secara ansuran setiap dua bulan.

Daripada menunggu sehingga hujung tahun dan membayar sekaligus, sistem CP500 membantu menyebarkan beban pembayaran sepanjang tahun.

Kenapa Pekerja Bergaji Tetap Boleh Terima Notis CP500?

Ramai menyangka CP500 hanya untuk peniaga sepenuh masa.

Hakikatnya, seorang pekerja bergaji juga boleh menerima CP500 jika mempunyai pendapatan sampingan yang signifikan.

Sebagai contoh:

Ahmad bekerja sebagai jurutera dan menerima gaji RM8,000 sebulan. Pada masa sama, beliau memperoleh RM3,000 sebulan daripada sewaan sebuah apartmen. Walaupun PCB telah dipotong daripada gajinya, pendapatan sewa tersebut tidak tertakluk kepada PCB. Oleh itu, LHDN boleh mengeluarkan CP500 bagi memastikan cukai ke atas pendapatan sewa itu dibayar secara berperingkat.

CP500 Bukan Cukai Tambahan

Salah faham yang sering berlaku ialah ramai menganggap CP500 sebagai cukai tambahan.

Sebenarnya tidak.

Bayaran CP500 hanyalah bayaran pendahuluan terhadap cukai yang bakal dikira apabila anda mengemukakan borang cukai pendapatan.

Jika jumlah CP500 yang dibayar melebihi cukai sebenar, lebihan tersebut boleh dituntut semula. Jika tidak mencukupi, baki cukai perlu dijelaskan.

Musim Borang B: Semak Jika Anda Ada CP500

Bersempena musim penghantaran Borang B, individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian disarankan untuk menyemak MyTax masing-masing.

Ramai pembayar cukai hanya menyedari kewujudan CP500 selepas menerima peringatan atau notis tunggakan.

Lebih baik mengetahui lebih awal dan merancang aliran tunai berbanding berdepan cukai yang besar secara mengejut.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Menerima Notis CP500?

Apabila menerima notis CP500, anda perlu memberi perhatian kepada tiga perkara utama:

  • Membuat bayaran cukai secara ansuran setiap dua bulan.
  • Membayar jumlah yang dinyatakan dalam notis CP500.
  • Memastikan bayaran dibuat sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Ramai pembayar cukai menyimpan notis tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan kerana menyangka ia sekadar makluman biasa. Hakikatnya, CP500 adalah jadual bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN dan memerlukan tindakan daripada penerima notis.

Jika anda tidak bersetuju dengan jumlah yang ditetapkan atau menjangkakan pendapatan anda jauh berbeza daripada tahun sebelumnya, anda boleh menghubungi LHDN untuk mendapatkan penjelasan lanjut atau membuat semakan yang bersesuaian.

Bagaimana LHDN mengetahui anda mempunyai pendapatan tambahan? Secara umumnya, CP500 ditentukan berdasarkan maklumat yang telah dilaporkan dalam borang cukai tahun-tahun terdahulu. Dengan pelaksanaan e-Invois yang semakin meluas, data transaksi yang direkodkan juga dijangka membantu meningkatkan ketepatan maklumat percukaian pada masa hadapan.

Terlepas Bayar CP500, Ada Penalti?

Ya. Jika bayaran CP500 tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti lewat bayar boleh dikenakan oleh LHDN.

Namun bagi Tahun Taksiran 2026, LHDN memberikan pengecualian penalti kepada individu yang mempunyai pendapatan penggajian serta pendapatan bukan penggajian yang menyebabkan notis CP500 dikeluarkan, termasuk pendapatan seperti sewa, faedah dan royalti.

Artikel The Star juga menekankan bahawa kelayakan bergantung kepada jenis pendapatan dan profil pembayar cukai, bukan sama ada penerima CP500 kali pertama atau tidak.

Langkah ini diperkenalkan bagi membantu kumpulan tersebut menyesuaikan diri dengan pelaksanaan sistem CP500 sepanjang tempoh peralihan.

Contoh:

Ahmad bekerja makan gaji dan PCB dipotong setiap bulan. Pada masa sama, beliau menerima pendapatan sewa rumah. Oleh sebab pendapatan sewa tidak tertakluk kepada PCB, Ahmad menerima notis CP500.

Sekiranya Ahmad tidak membuat bayaran ansuran CP500 pada Tahun Taksiran 2026, beliau tidak akan dikenakan penalti 10% di bawah Seksyen 107B(3) Akta Cukai Pendapatan.

Namun begitu, cukai yang masih belum dibayar tetap perlu dijelaskan apabila beliau mengemukakan borang cukai pendapatan kelak.

Ringkasnya, yang dikecualikan adalah penalti, bukannya cukai.

Baca lagi KONSESI PENGENAAN PENALTI KE ATAS NOTIS BAYARAN ANSURAN (CP500) BAGI INDIVIDU YANG MENERIMA PENDAPATAN PENGGAJIAN

Kesimpulan

Mempunyai pendapatan sampingan sememangnya satu perkara yang baik kerana ia membantu meningkatkan pendapatan. Namun begitu, jangan lupa bahawa setiap pendapatan juga datang bersama tanggungjawab percukaian.

Jika anda mempunyai pendapatan selain gaji, luangkan sedikit masa untuk memahami CP500. Ia bukan hukuman, bukan juga cukai tambahan, tetapi mekanisma yang membantu pembayar cukai mengurus bayaran cukai dengan lebih teratur sepanjang tahun.