Berikut Adalah 4 Tanda Amaran Penipuan Dalam Talian, Jangan Jadi Mangsa

Rakyat Malaysia mudah menjadi mangsa penipuan dalam talian. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil langkah mengadakan kempen untuk mengatasi penipuan dalam talian yang semakin menjadi isu biasa di kalangan rakyat Malaysia. Bilangan rakyat Malaysia yang ditipu semakin meningkat dalam beberapa tahun yang lepas, tetapi kesedaran tentang isu ini kelihatan masih rendah.

Tahun lepas, seorang peniaga kehilangan RM6,800 dalam penipuan penjualan kereta secara dalam talian sebelum membuat keputusan untuk membuat laporan polis.

Satu lagi penipuan dalam talian yang berlaku pada 2018 mensasarkan netizen untuk mengklik pautan pada sesuatu halaman. Halaman tersebut mendakwa pelbagai orang telah berjaya mengaut keuntungan besar selepas melabur dalam Bitcoin dan juga mengandungi petikan dari individu tersebut. Pautan yang disertakan akan membawa pembaca ke halaman yang membolehkan penipu mencuri maklumat peribadi mereka.

Walaupun kita sudah mendengar dan membaca banyak cerita mengenainya, masih terdapat ramai orang lagi yang kehilangan jumlah besar wang hasil titik peluh mereka kepada penipuan dalam talian. Anda boleh menjadi mangsa seterusnya! Oleh itu, adalah bijak untuk mengetahui mekanisme penipuan dalam talian dan bagaimana untuk mengelakkannya dengan apa cara sekalipun.

Berikut adalah apa yang anda perlu ketahui mengenai penipuan dalam talian:

Ketahui Bagaimana Ia Berfungsi

Memandangkan sebahagian besar penipuan dalam talian melibatkan pinjaman peribadi, langkah pertama untuk mengelakkan daripada ditipu adalah untuk mengetahui bagaimana pinjaman berfungsi.

Dengan pinjaman jenis ini, anda meminjam sejumlah wang daripada bank atau pemberi pinjaman untuk digunakan sesuka hati. Sesetengah orang mengambil pinjaman peribadi untuk memperbaiki rumah, atau memulakan perniagaan, atau membeli iPhone. Perjanjian ini berbeza dengan pinjaman perumahan atau kenderaan.

Perjanjian akan disediakan oleh pemberi pinjaman di mana butiran pembayaran balik, kadar faedah dan pelbagai butiran lain dinyatakan.

Keseluruhan proses ini tidak memerlukan pemberi pinjaman untuk membayar apa-apa wang pendahuluan kerana segala bayaran yang perlu dibuat akan ditolak dari jumlah wang yang dipinjam.

Ia juga penting untuk mengetahui siapa peminjam anda. Adakah anda memohon pinjaman daripada institusi kewangan berlesen seperti bank, atau pemberi pinjaman wang atau syarikat kredit? Pinjaman daripada institusi kewangan berlesen adalah pilihan paling selamat kerana ia dikawal selia oleh bank pusat.

Ketahui Jenis Penipuan

Banyak penipuan dalam talian wujud hari ini. “Pinjaman dengan bayaran pendahuluan” adalah di mana peminjam membuat pembayaran pendahuluan pada waktu kelulusan. Inilah kaedah yang digunakan oleh kebanyakan penipu pinjaman, tetapi pertimbangkan ini – ia benar-benar tidak masuk akal untuk anda membayar wang yang anda tidak ada untuk mendapatkan pinjaman.

Satu lagi taktik biasa yang digunakan oleh penipu adalah memancing data (phishing). Dalam kes seperti ini, penipu akan menyamar untuk menipu anda memberi maklumat peribadi seperti butiran perbankan dan kad kredit serta kata laluan.

Terdapat beberapa cara ini boleh dilakukan. Seorang penipu mungkin menyamar sebagai kakitangan institusi kewangan yang terkenal atau syarikat pinjaman dengan laman web yang kelihatan sah, atau cara yang biasa ialah melalui emel.

Walaupun ia sukar untuk mengetahui penipuan terkini, kecuali jika mangsa muncul di berita, terdapat beberapa tanda amaran yang boleh diberi perhatian oleh peminjam:

4 Tanda Amaran Penipuan Pinjaman

1. Pemberi pinjaman yang tidak mengambil kira sejarah kredit anda

Terdapat banyak pinjaman dan kad kredit yang sesuai dengan pelbagai tujuan seperti memulakan perniagaan atau menyatukan hutang. Pemberi pinjaman yang tidak mengambil berat dengan sejarah kredit adalah membimbangkan. Iklan yang mengatakan “Tidak susah – wang cepat dijamin” atau “Kami tidak peduli tentang kredit anda. Pinjaman ini untuk anda” adalah terlalu baik untuk menjadi kenyataan dan anda perlu berwaspada terhadapnya.

Syarikat yang sah hanya akan meluluskan pinjaman selepas mereka menilai sejarah kredit peminjam dan mengesahkan kesahihan maklumat dalam borang permohonan.

2. Bayaran pendahuluan

Anda perlu berhati-hati apabila pemberi pinjaman menuntut fi permohonan terlebih dahulu. Dalam kebanyakan kes, pemberi pinjaman yang sah tidak akan meminta peminjam membayar apa-apa sebelum peminjam menerima pinjaman.

Sesetengah penipu akan menamakan ini sebagai “fi pemprosesan” atau memberitahu peminjam bahawa bayaran pendahuluan sedemikian diperlukan akibat kesihatan kredit buruk peminjam. Bayaran ini, jika diperlukan, biasanya akan ditolak daripada jumlah pinjaman sebelum pembayaran.

3. Digesa untuk bertindak segera

Penipu akan menekan anda untuk memberi maklumat peribadi atau menghantar wang sebelum apa-apa kertas kerja dilakukan. Mereka akan berkata ia adalah tawaran satu kali sahaja atau mendesak anda bertindak dengan serta-merta supaya tidak terlepas ansuran tanpa faedah. Anda perlu sentiasa meminta kertas kerja dan meneliti perjanjian sebelum memohon apa-apa, terutamanya jika ia melibatkan wang.

4. Meminta maklumat peribadi

Jangan sekali-kali memberi maklumat kad kredit atau akaun bank anda melalui telefon atau Internet melainkan anda mengetahui sebab maklumat tersebut diminta dan syarikat yang ingin mengetahuinya.

Ketahui Jenis Perkhidmatan

Dalam era ini, ramai penipu muncul untuk menyasar pengguna yang tidak mempunyai apa-apa syak wasangka. Satu cara yang biasa digunakan ialah penipuan pinjaman secara dalam talian. Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, kaedah serangan mereka telah menjadi lebih canggih. Oleh itu, adalah bijak dan praktikal untuk mengetahui pelbagai perkhidmatan yang didapati untuk menghalang diri anda daripada ditipu atau tidak mengetahui tentang perkhidmatan kewangan yang bermanfaat kerana terlalu berhati-hati.

Dengan kemunculan teknologi kewangan, perkara yang kita boleh lakukan tanpa meninggalkan rumah telah meningkat dan kini terdapat lebih banyak cara untuk menjadi bijak kewangan. Ia penting untuk mengetahui tentang platform kewangan supaya kita dapat membuat keputusan kewangan yang termaklum.

Laman web perbandingan seperti iMoney menawarkan alat perbandingan dan maklumat kewangan yang bernilai kepada pembaca. Tetapi bagaimana anda membezakan laman web pihak ketiga dalam talian daripada laman web penipu?

Perbezaannya ialah platform kewangan seperti iMoney hanya akan membantu dalam permohonan pinjaman dengan institusi kewangan berlesen, dan bukan pemberi pinjaman wang atau syarikat kredit. Laman web seperti ini tidak memberi pinjaman terus kepada peminjam, tetapi hanya memberikan perkhidmatan tambahan untuk membantu mereka memohon pinjaman yang terbaik. Perkhidmatan ini adalah percuma kepada pengguna, jadi anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk memohon pinjaman.

Apa yang disediakan oleh iMoney hanyalah khidmat nasihat, di mana pengunjung akan dibantu dari segi keperluan kewangan mereka, sama ada pinjaman, kad kredit, jalur lebar atau insurans. Pengunjung kemudiannya akan ditujukan ke pihak berkenaan untuk meneruskan permohonan.

Ketahui Diri Anda Sendiri

Apabila memohon pinjaman daripada sumber yang sah, tidak ada cara pintas untuk diambil. Peminjam dan pemberi pinjaman perlu memenuhi kriteria tertentu sebelum transaksi pinjaman dapat diluluskan dan dilaksanakan. Jika anda ingin mengambil pinjaman, tanya diri anda mengapa anda memerlukannya terlebih dahulu. Jika anda seorang peminjam yang belum dilayan, anda mungkin ingin mendapatkan bantuan daripada penasihat kewangan untuk menilai kesihatan kredit anda dan mungkin menggunakan cara lain yang sah bagi memastikan anda tidak lagi berada dalam keadaan berhutang.

Ingat, anda tidak boleh memanipulasi sistem. Meminjam dari bank bayangan atau sumber yang meragukan akan membahayakan anda. Sekiranya sesuatu kelihatan terlalu baik untuk menjadi kenyataan, ia biasanya suatu penipuan. Mempercayainya akan meletakkan anda dalam keadaan kewangan yang lebih teruk daripada keadaan anda sebelum ini.

Oleh itu, ambil satu langkah ke belakang, fikir semasak-masaknya dan lakukan keputusan termaklum apabila ia melibatkan kewangan anda supaya anda dilindungi daripada penipuan dalam talian.

Artikel ini diterbitkan untuk kali pertama di iMoney Malaysia. Layari laman web iMoney untuk mempelajari cara-cara mengurus kewangan peribadi anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.