Kenali 4 Robo-Advisor Yang Ada Di Malaysia

Sejak Covid-19 melanda, kita dapat dilihat bagaimana semakin ramai kalangan rakyat Malaysia yang celik dengan pelaburan. Maklumlah, bila PKP melanda, kita lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan banyak belajar benda baru – terutamanya tentang pelaburan.

Di antara pelaburan yang semakin popular adalah robo-advisor. Ia merupakan gabungan di antara AI dengan algorithm menggunakan formula matematik yang tertentu bagi membantu dalam memaksimakan keuntungan.

Malaysia Baru Nak Naik

Sejarah robo-advisor ini bermula selepas krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat tahun 2008 yang mana selepas peristiwa tersebut, ramai pelabur mula beralih kepada robo-advisor sebagai penasihat pelaburan mereka. Kalau nak tahu, robo advisor pertama di dunia ini diperkenalkan oleh Betterment pada tahun 2014.

Robo-advisor telah menjadi sangat popular di Amerika Syarikat dengan sebanyak $400 bilion aset pengurusan di bawah kendalian mereka pada tahun 2018. Hari ini, Malaysia juga tidak ketinggalan menggunakan teknologi robo-advisor ini.

Mari kita lihat syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan robo-advisor yang telah mendapat kelulusan daripada Securities Commission Malaysia (SC) untuk beroperasi.

1. MYTHEO

This image has an empty alt attribute; its file name is Ronnie-Tan-CEO-of-GAX-MD-700x752.jpg

Merupakan sebuah syarikat yang berasal dari Jepun yang ditubuhkan pada tahun 2016. Syarikat ini telah mengurus dana kewangan pelanggan dari Jepun seramai 75,000 orang yang mana bernilai sebanyak $450 juta.

Di Jepun syarikat ini dikenali sebagai THEO. Syarikat ini yang berkejasama dengan syarikat tempatan, GAX MD dan hasilnya adalah MYTHEO.

Modal pelaburan bagi MYTHEO ini adalah serendah RM100.

Yuran tahunan pula dikenakan berdasarkan jumlah simpanan pelaburan

  • Untuk RM30,000 ke bawah, caj yang dikenakan adalah 1%,
  • Seterusnya RM30,000 ke RM100,000, caj yang dikenalkan adalah 0.9%,
  • Seterusnya RM100,000 ke RM300,000, caj yang dikenalkan adalah 0.8%,
  • Seterusnya RM300,000 ke RM500,000, caj yang dikenalkan adalah 0.7%,
  • Seterusnya RM500,000 ke RM1,000,000, caj yang dikenalkan adalah 0.6%,
  • RM1,000,000, dan ke atas adalah 0.5%.

Baca: Perkhidmatan Pengurusan Pelaburan Digital Mungkin Cara Yang Ideal Untuk Rakyat Malaysia Melabur

2. Raiz Invest (Raiz)

Syarikat yang berasal dari Australia ini telah ditubuhkan pada tahun 2016. Riaz bekerjasama dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan baru mendapat lesen untuk beroperasi di Malaysia pada tahun ini.

Sejak dilancarkan pada tahun 2016, syarikat ini telah mempunyai pelanggan seramai 211,000 yang aktif setiap bulan. Riaz menguruskan dana sebanyak AU$444 juta.

Modal pelaburan yang paling minimum adalah sebanyak RM5.

Kadar bayaran tahunan yang dikenakan adalah bergantung kepada dua keadaan:

  • Sekiranya jumlah pelaburan di bawah RM6,000, caj yang dikenakan setiap bulan adalah RM1.50
  • Sekiranya jumlah pelaburan melebihi RM6,000, caj yang dikenakan adalah sebanyak 0.3%

Baca: PNB Lancar Aplikasi Pelaburan Serendah 5 Sen

3. Stashaway

Syarikat yang berpengkalan di Singapura ini telah ditubuhkan pada tahun 2016. Stashaway mula memasuki Malaysia pada akhir tahun 2018.

Katanya tiada modal permulaan yang diperlukan untuk mula melabur. Tak perlu nak maintain akaun pelaburan dengan sebarang jumlah minima.

Pada tahun 2019, katanya Stashaway telah mempunyai seramai 100,000 pelanggan.

Yuran tahunan bagi perkhidmatan syarikat ini adalah seperti berikut:

  • RM50,000 dan ke bawah, caj yang dikenakan adalah 0.8%,
  • RM50,000 hingga RM100,000, caj yang dikenakan adalah 0.7%,
  • RM100,000 hingga RM250,000, caj yang dikenakan adalah 0.6%,
  • RM250,000 hingga RM500,000, caj yang dikenakan adalah 0.5%,
  • RM500,000 hingga  RM1,000,000, caj yang dikenakan adalah 0.4%,
  • RM1,000,000 hingga RM3,000,000, caj yang dikenakan adalah 0.3%,
  • RM3,000,000 dan keatas, caj yang dikenakan adalah 0.2%.

Baca: Stashaway Kumpul USD$12 Juta Dalam Pembiayaan Siri B Dipimpin Eight Roads Ventures

4. Wahed Invest

Satu-satunya robo-Advisor yang patuh syariah ini berpengkalan di New York. Wahed Invest ditubuhkan di sana pada tahun 2015.

Baru saja dilancarkan di Malaysia pada penghujung Oktober 2019. Dan dalam masa hanya 9 bulan, mereka telah berjaya mencatatkan seramai 100,000 orang pelanggan.

Jumlah minimum pelaburan adalah sebanyak RM100.

Caj untuk perkhidmatan tahunan terbahagi kepada dua iaitu:

  • 0.79% jika jumlah pelaburan sebanyak RM100 sehingga RM499,999,
  • 0.39% jika jumlah pelaburan sebanyak RM500,000 dan ke atas

Baca: 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja

Muat turun aplikasi Wahed Invest di https://wahedinvest.com/get-started/ dan dapatkan bonus permulaan sebanyak RM10 dengan menggunakan kod ‘ezaado1’ sewaktu pendaftaran.

Pulangan daripada Wahed Invest ni boleh tahan juga, baru beberapa bulan dah mencecah lebih daripada 20%.

Sumber Rujukan: https://vulcanpost.com/707692/malaysia-licensed-robo-advisors-list-2020/

5. BEST Invest

This image has an empty alt attribute; its file name is Pelaburan-ESG-Environmental-Social-and-Governance-Yang-Patuh-Syariah-Dan-12-Kelebihan-Melabur-Dengan-BEST-Invest1-700x359.png

Selain daripada robo-advisor, kita juga ada aplikasi pelaburan robo-pintar yang dikenali sebagai BEST Invest.

Ianya merupakan sebuah aplikasi telefon pintar yang menyediakan platform pelaburan atas talian patuh Syariah oleh BIMB Investment Management Berhad; yang merupakan anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad.

Nak tahu lebih lanjut, jemput baca Pelaburan ESG (Environmental, Social and Governance) Yang Patuh Syariah Dan 12 Kelebihan Melabur Dengan BEST Invest.

Pulangan daripada BEST Invest pun mantap, baru beberapa bulan dah mencecah lebih daripada 8%. Tak perlu tunggu sampai setahun untuk mencatatkan ROI setinggi ini.

Previous ArticleNext Article

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.