HP Inc. Tawar Pelan Ansuran Teknologi Dengan Perkhidmatan Awan Percuma Untuk Komuniti PKS Malaysia

HP Inc. Malaysia melancarkan HP for Business, sebuah platform khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) demi mengukuhkan lagi masa depan ekonomi negara. Bagi menyokong keperluan pendigitalan PKS sebagai usaha memulihkan semula perniagaan mereka, HP for Business menawarkan pelan ansuran teknologi bulanan hanya dari RM85.50 selama tiga bulan pada Oktober*[1] ini. Pelan daripada HP ini dapat membantu PKS Malaysia meningkatkan keselamatan, produktiviti dan mobiliti mereka dengan rangkaian PC untuk perniagaan HP. Ia turut disertakan dengan perkhidmatan perisian berasaskan awan bersepadu percuma selama 12 bulan oleh Deskara bagi membantu PKS menguruskan operasi perniagaan termasuk penyediaan invois, perakaunan, pelaporan kewangan, jualan dan pengenalpastian dan pengesanan pelanggan, serta pengurusan perbelanjaan, cuti dan gaji kakitangan.

PKS adakah pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan di Malaysia, mewakili 98.5% perniagaan yang ditubuhkan di Malaysia[i], menyediakan pekerjaan untuk 70% tenaga kerja Malaysia[ii]. Menurut Laporan Tinjauan PKS Asia Pasifik (APAC) HP, 46% PKS yang disoal selidik menjangkakan penyusutan  pertumbuhan pasca COVID. Walau bagaimanapun, lebih 50% PKS menjangkakan mereka bukan sahaja mampu bertahan tetapi sebaliknya mengembangkan lagi perniagaan, pasca pandemik[iii], dan sedang mencari sokongan serta bimbingan yang sangat diperlukan bagi memulihkan semula kelangsungan perniagaan mereka menerusi penggunaan digital dan transformasi model perniagaan sedia ada.

HP Malaysia sentiasa menyokong usaha transformasi digital PKS menerusi  HP for Business, sebagai platform yang menyediakan sumber, keupayaan dan ilmu pengetahuan, serta inovasi teknologi dengan pembiayaan yang fleksibel. Selain daripada itu, HP for Business turut menawarkan webinar perniagaan percuma di mana PKS tempatan boleh mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar industri mengenai pelbagai topik seperti kemapanan perniagaan, kecekapan kos, ekonomi digital dan keselamatan.

“Hp for Business akan memperkasakan PKS tempatan dengan ilmu pengetahuan, inovasi dan perkhidmatan yang dikuasakan oleh rangkaian teknologi perniagaan HP yang mengutamakan fleksibiliti, keselamatan, kebolehpercayaan dan prestasi. Penawaran terbaru ini menyasarkan untuk memastikan bahawa PKS dapat terus bergerak ke hadapan sambil mereka memastikan kelestarian masa depan perniagaan mereka dan menyesuaikan diri agar dapat terus berkembang walaupun dengan sumber yang terhad,” kata Pengarah Saluran dan Perusahaan Malaysia, HP Inc., Alex Tan.

“Pendigitalan tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang mewah, tetapi ianya adalah keperluan penting. Platform semua dalam satu kami akan membolehkan PKS menjalankan perniagaan mereka dengan lancar, mengesan aktiviti kewangan, mengurus akaun, berinteraksi dengan pelanggan dan kakitangan mereka. Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan HP di dalam program ini bagi memperkasakan PKS di Malaysia agar mereka dapat melalui tempoh yang serba mencabar ini dengan jayanya”, kata Naib Presiden Deskera, Somesh Mishra.

Komitmen HP terhadap transformasi digital PKS Malaysia

Di dalam era transformasi digital ini, hampir 60% PKS di seluruh APAC melihat pendigitalan sebagai satu kemahiran penting bukan sahaja untuk bertahan tetapi untuk mengembangkan perniagaan pasca pandemik. Di Malaysia, pendapat sama turut disuarakan oleh lebih 65% PKS[iv] tempatan untuk meningkatkan lagi produktiviti, kecekapan, keselamatan dan mobiliti perniagaan bagi menyokong fleksibiliti kewangan dan pertumbuhan perniagaan dalam jangka panjang.

Tenaga kerja PKS hari ini memerlukan kolaborasi teknologi, berkuasa dan selamat yang dapat meningkatkan lagi produktiviti dan kemahiran perniagaan mereka. Mereka juga mahukan ekosistem produk dan perkhidmatan serta ilmu pengetahuan dan kepakaran yang dapat menangani keperluan perniagaan mereka yang lebih luas melangkaui teknologi. Di HP, kami sentiasa komited dalam menyokong transformasi digital Malaysia menerusi inisiatif seperti HP for Business yang menawarkan bimbingan, sumber dan keupayaan termasuk Pelan Ansuran HP for Business bagi memberikan fleksibiliti kewangan kepada PKS untuk memasuki era digital.

Pelan Ansuran Teknologi HP dikuasakan oleh rangkaian komputer riba dan komputer meja perniagaan HP termasuk HP ProBook 440 G7, HP ProBook 445R G6 and HP ProDesk 400 G6.

HP ProBook 440 G7

Dipercayai, nipis dan ringan, ia menawarkan ciri-ciri penting pada harga mampu milik untuk semua perniagaan. HP ProBook 440 dilengkapi dengan pemproses Intel® Core™ i5 -10210U, yang bersedia menyempurnakan tugas harian anda dengan jangka hayat bateri yang panjang. Menampilkan penutup aluminium tahan lasak dan bergaya dengan paparan skrin penuh berbingkai nipis dan dek papan kekunci CNC, HP ProBook 440 menawarkan reka bentuk yang ultra nipis dengan keutamaan prestasi untuk perniagaan. Dibina dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan di bawah, di dalam dan di atas sistem operasi bagi melindungi, mengesan dan kembali pulih daripada serangan siber, perniagaan anda pastinya akan terus maju dengan HP Security.  

HP ProBook 445R G6

Berciri penuh, nipis dan ringan, HP ProBook 445R G6 membolehkan para profesional kekal produktif tidak kira di mana sahaja. Tanpa menjejaskan reka bentuknya yang bergaya, HP ProBook 445R G6 menjadi alat penting untuk tenaga kerja hari ini, dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan menggunakan pelbagai faktor pengesahan termasuk cap jari dan pengecaman wajah agar anda dapat melaksanakan semua tugas penting anda sepanjang hari.    

HP ProDesk 400 G6

Memberikan sokongan bertaraf dunia dalam mencipta satu tetapan yang cekap dan pintar, HP ProDesk 400 G6 digabungkan dengan Monitor 18.5 inci HP V194 berupaya memperkayakan pengalaman bekerja dari rumah dan pejabat. Dibina dengan mengutamakan prestasi perniagaan dan keselamatan, sentiasa dilindungi ketika di dalam talian dengan HP Sure Click, terima kemas kini secara automatik menerusi HP BIOSphere Gen5 dan lindungi PC anda dengan mudah menggunakan antara muka HP Client Security Manager Gen5.  

Harga dan Kebolehdapatan

  • HP ProDesk 400 G6 boleh didapati sekarang, bermula pada RM2,669.00, dengan ansuran bulanan RM85.50 selama 36 bulan
  • HP ProBook 440 G7 boleh didapati sekarang, bermula pada RM3,250.00, dengan ansuran bulanan RM104.12 selama 36 bulan
  • HP ProBook 445R G6 boleh didapati sekarang, bermula pada RM2,999.00, dengan ansuran bulanan RM96.08 selama 36 bulan
  • Kedua-dua pakej ansuran berkenaan menawarkan perkhidmatan Deskera selama 12 bulan (Essential Plan bernilai RM5,000) untuk 5 pengguna, perisian perniagaan semua dalam satu yang mengendalikan simpan kira (pengeluaran invois, perakaunan, laporan kewangan), jualan (CRM, Petunjuk, Dalam Proses) dan juga pengurusan kakitangan (gaji, cuti, perbelanjaan).
  • Semua yang di atas didatangkan dengan Sokongan Perkhidmatan Di Lokasi Pengguna HP atau HP On-Site Service Support *.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelan ansuran HP for Business dan mengetahui lokasi pengedar sah HP, sila kunjungi: https://reinvent.hp.com/HP-for-Business-Installment-Plan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk HP for Business yang lain, sila kunjungi HP Online Store di https://store.hp.com/my-en/default/ atau rakan kedai dalam talian terpilih termasuklah di Lazada dan Shopee.

Mengenai HP

HP Inc. mencipta teknologi yang dapat menjadikan hidup lebih baik untuk semua orang tidak kira di mana sahaja. Kami menghasilkan pengalaman yang menakjubkan menerusi portfolio produk dan perkhidmatan penyelesaian sistem peribadi, pencetak dan pencetak 3D. Maklumat lanjut mengenai HP Inc. boleh didapati di http://www.hp.com.


[1] *tertakluk kepada terma dan syarat


[i]  http://www.smeinfo.com.my/profile-of-smes

[ii] https://www.comparehero.my/sme/articles/sme-landscape-malaysia

[iii] https://press.hp.com/us/en/press-releases/2020/hp-study-reveals-optimism-among-smb-business-owners.html

[iv] ASEAN SMEs: Are you transforming for the future? Study, United Overseas Bank (UOB), EY, and Dun & Bradstreet, 2019

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CIMB Securities Kekal Saranan ‘Neutral’ Ke Atas Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saran an ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, terutamanya di Johor, susulan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, memandangkan keputusan itu memberikan mandat yang jelas kepada pentadbiran baharu untuk memastikan kesinambungan pembangunan.

CIMB Securities dalam nota penyelidikannya hari ini memaklumkan bahawa ia termasuk pengumuman rasmi pelan tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada suku keempat 2026, dengan sokongan daripada kerajaan perpaduan persekutuan.

Bank pelaburan itu juga menjangkakan pelancaran projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor Bahru bernilai RM7 bilion pada separuh kedua 2026, berikutan pemberian surat hasrat kepada konsortium DOM Industries-MMC Engineering-Nylex- BTS Group Holdings.

Bagaimanapun, projek infrastruktur rentas sempadan yang lain, termasuk cadangan Laluan Link 2 Sistem Transit Rapid (RTS) Tuas-Iskandar Puteri dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, masih menunggu kejelasan dasar yang lebih lanjut.

“Walaupun kami mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, pelan tindakan JS-SEZ yang akan datang dan permulaan Laluan Link RTS pada suku pertama 2027 akan menyokong permintaan bagi hartanah kediaman bertanah dan perindustrian di Johor, dengan kesan limpahan faedah kepada aset komersial dan runcit di koridor pertumbuhan utama,” menurut nota penyelidikan itu.

Nilai tanah industri utama dilaporkan telah meningkat dua kali ganda kepada RM150 bagi setiap kaki persegi daripada RM 70-RM80 bagi setiap kaki persegi pada 2024, didorong oleh permintaan berterusan berkaitan pusat data, dengan pencarian tanah semakin beralih ke luar Johor Bahru disebabkan oleh kekangan bekalan tenaga dan air.

Namun, CIMB Securities memberi amaran mengenai segmen kediaman bertingkat tinggi di Johor Bahru, di mana data suku pertama 2026 daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) menunjukkan stok sedia ada sebanyak 108,863 unit pangsapuri perkhidmatan, serta bekalan masuk dan dalam perancangan masing-masing sebanyak 41,832 dan 18,712 unit sehingga 2030/2031.

Ia meningkatkan risiko lambakan bekalan sekiranya permintaan gagal seiring dengan bekalan tambahan tersebut.

Dalam senarai analisisnya, UEM Sunrise kekal sebagai pilihan utama bagi peningkatan semula nilai tanah Johor, memandangkan simpanan tanah Iskandar Puteri yang luas dan pelan induk perindustrian Gerbang Nusajaya yang akan datang pada suku pertama
2027.

Pemaju lain yang mempunyai pendedahan ketara kepada kawasan sekitar Laluan Link R’TS termasuk Eco World, Mah Sing Sunway, SP Setia dan KSL Holdings.

Sementara itu, Perkhidmatan Tren Elektrik Kuala Lumpur-JB Sentral yang baharu telah meningkatkan ketersambungan dalam negeri dan membuka peluang pembangunan di daerah sekitar, sekali gus memberi manfaat kepada Matrix Concepts menerusi perbandaran Bandar Seri Impian miliknya di Kluang.

Dalam PRN diadakan pada 11 Julai, 2026, Barisan Nasional mengekalkan penguasaan di Johor dengan majoriti dua pertiga yang besar, selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi dipertandingkan.

BERNAMA