Artificial Intelligence, Mampukah Ia Menjana Keuntungan Yang Besar Dalam Pelaburan Saham?

Dunia semakin maju dengan perkembangan teknologi dan semakin hari semakin berkembang dengan pesat. Terutamanya sektor teknologi yang bergerak dengan begitu pantas sekali.

Begitu juga dengan perkembangan pasaran saham sejak kebelakangan ini yang mana aplikasi teknologi kini digunapakai di dalam pelaburan saham, seiring dengan peredaran masa.

Sejak dari dulu lagi, bagi sesiapa yang tidak tahu melabur di dalam pasaran saham, mereka boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pakar pelabur seperti syarikat hedge fund.

Ketika era hedge fiund baru bermula pada akhir dekad 1940-an, ramai pelabur yang tidak pandai melabur menyerahkan wang mereka untuk dilaburkan oleh institusi tersebut dan mendapat pulangan seperti yang dipersetujui.

Dekad demi dekad, pasaran saham mula berubah dengan kehadiran komputer yang mana telah membantu ramai pelabur di dalam urusan jual beli saham dan menjadikannya lebih mudah.

Kehadiran pasaran Nasdaq pada awal 1970-an telah menjadikan urusan saham kini dalam bentuk digital. Ia telah membuat live trading semakin pantas dengan adanya teknologi.

Selepas krisis ekonomi yang melanda Amerika Syarikat pada tahun 2008, pasaran saham mula berubah dengan kehadiran Robo-advisor yang boleh membantu pelabur dengan lebih tepat lagi.

Robo-advisor adalah sebuah program komputer yang melibatkan sekumpulan manusia yang terdiri daripada financial advisors, investment managers, data scientists dan programmer yang membuat program terhadap sistem kewangan berdasarkan algorithm.

Saham yang dipilih oleh Robo-advisor ini adalah berdasarkan apa yang telah diprogram ke dalamnya.

Kini teknologi di dalam pasaran saham yang menggunakan teknologi Artificial Intelligence semakin mendapat perhatian. Teknologi Artificial Intelligence ini berbeza dengan Robo-advisor daripada segi pemilihan saham di pasaran.

Berbanding dengan Robo-advisor yang menggunakan traditional programming, teknologi Artificial Intelligence adalah jauh lebih ke hadapan dan menggunakan konsep deep learning machine untuk mentafsir data dan membuat keputusan.

Teknologi Artificial Intelligence di dalam industri saham ini adalah sebuah teknologi yang mana mereka mampu belajar dengan sendiri berdasarkan maklumat yang diberi. Di antara maklumat penting yang perlu diberi kepada Artificial Intelligence ini adalah seperti data saham yang lepas, berita dan isu semasa serta post yang terdapat di laman sesawang dan juga media sosial.

Kemudiannya teknologi Artificial Intelligence ini mampu mentafsir maklumat tersebut untuk mendapat maklumat yang tepat didalam pemilihan saham. Teknologi ini mampu belajar sendiri berdasarkan maklumat yang diperolehi tanpa memerlukan pengawasan manusia.

Sekarang ini, sebahagian Robo-advisor turut menggunakan teknologi Artificial Intelligence di dalam pemilihan saham mereka dan tidak bergantung sepenuhnya kepada tradisional programming.

Persoalannya sekarang, adakah Artificial Intelligence mampu untuk menewaskan pasaran saham dengan memberikan pulangan yang memberangsangkan berbanding dengan pelaburan yang dilakukan oleh manusia sendiri dan juga traditional programming?

Setakat hari ini, tiada data yang khusus yang boleh mendakwa kehebatan Artificial Intelligence ini mampu menewaskan pasaran saham dan juga mana-mana institusi hedge fund yang besar dunia seperti Renaissance Technologies yang mana purata pulangan tahunan mereka adalah sebanyak 40%.

Teknologi Artificial Intelligence hanya dipakai oleh pelabur yang berskala kecil dan hasilnya juga tidaklah seperti yang diharapkan dan tak mampu nak menewaskan pasaran secara konsisten.

Walaupun begitu, teknologi Artificial Intelligence ini sedang berkembang pesat di dalam dunia pelaburan kerana kebolehan mereka untuk memproses maklumat dan mentafsir maklumat dengan begitu cepat sekali.

Ianya merupakan teknologi yang mampu membuat keputusan dengan pantas tanpa melibatkan emosi semasa melakukan trading. Tidak mustahil sekiranya dalam masa beberapa tahun lagi, teknologi Artificial Intelligence menjadi semakin maju dan mampu menjana keuntungan yang besar di dalam pasaran saham satu hari nanti.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Strategi Pasaran: Ketidaktentuan Dunia Menguntungkan Pasaran Pelaburan Yang Selamat

Nilai di ASEAN

Walaupun ramalan makroekonomi RHB optimis dan tahap kecairan dunia kukuh, faktor geopolitik tidak menentu dan kebimbangan akan gelembung kecerdasan buatan (AI) dan risiko-risiko pasaran kewangan AS menunjukkan pemindahan aset ke pasaran pelaburan selamat seperti Singapura diberikan penekanan lebih besar. Kami masih menyukai ekuiti Singapura kerana pertumbuhan perolehan bertahan, pulangan pemegang saham menarik dan sifat pasarannya yang selamat dan bertahan, namun pelabur harus mengambil pendekatan pemilihan saham lebih teliti, dan bukannya berdasarkan pendedahan indeks semata-mata.

Penilaian menarik sebagai prima facie untuk pasaran Indonesia mungkin memikat, tetapi pelabur mestilah berwaspada akan aspek kawal selia yang sering berubah-ubah, di samping risiko-risiko dasar. Kami terus melihat pasaran Malaysia sebagai sebuah pasaran perdagangan memandangkan ketahanan ekonomi yang baik dilemahkan oleh penilaian-penilaian saham yang premium.

Indonesia

Kami terus memandang baik akan pasaran ekuiti Indonesia meskipun persekitaran makroekonomi dan dasarnya lebih mencabar. Susulan penurunan mendadak pada 1H26, JCI kini diniagakan pada nilai antara paling menarik (-3SD daripada purata P/E lima tahun hadapan). Walaupun keadaan tidak menentu ini
mungkin berlarutan dalam jangka dekat, kami percaya ia menawarkan potensi pemulihan bermakna apabila keyakinan pelabur beransur-ansur naik. Kes asas sasaran JCI kami untuk akhir 2026 sebanyak 7,300 mata dibuat berdasarkan P/E FY26F 12.4x (-1SD daripada purata lima tahun), yang mencerminkan kerangka penilaian yang lebih konservatif dan premium risiko pasaran yang lebih tinggi.

Malaysia

Kami secara asasnya terus memberi pandangan membina dalam prospek ekuiti pasaran tanah air berpandukan andaian-andaian kes asas RHB. Sasaran akhir tahun 2026 kami untuk FBM KLCI terus berada pada paras 1,750 mata (EPS hadapan 15.5x). Melihat kepada faktor-faktor kekangan semasa yang ada bermakna potensi kenaikan mutlak akan terbatas, memandangkan prestasi pasaran terus terikat pada paras lingkungan tertentu. Asas-asas pasaran dan prestasi perolehan korporat akan menjadi faktor penentu utama kepada pertumbuhan pasaran ini.

Tahap kecairan kukuh dapat menawarkan sokongan apabila penurunan berlaku, sekali gus mewajarkan pendekatan pembelian saham semasa harga lemah yang dilindungi oleh sektor-sektor bertahan (tenaga, perladangan, penjagaan kesihatan, pengguna, REIT dan telekomunikasi). Sektor-sektor WAJARAN TINGGI lain termasuklah perbankan, minyak & gas (O&G), hartanah, pembinaan, bahan asas, teknologi dan pengangkutan. Perlu diingatkan bahawa portfolio pelaburan dijangka terus beralih kepada sahamsaham ketinggalan apabila pelabur mengamalkan pendekatan perdagangan taktikal.

Untuk Singapura

Ekuiti memasuki 3Q26 dengan penyertaan jumlah saham yang masih kecil setelah sektor perkhidmatan kewangan mengaut sebahagian besar keuntungan MSCI Singapura secara YTD. Prospek kami masih lagi optimis, namun menggemari strategi pemilihan saham secara teliti berbanding pendedahan indeks yang pasif, didorong oleh kes asas kami yang meramalkan gencatan senjata yang lama di Asia Barat, dasar Rizab Persekutuan AS (US Fed) yang tidak berubah, dan aliran kemasukan modal lebih kukuh pada 2026. Kami menjangkakan tarikan Singapura sebagai pasaran yang selamat akan menyokong kemasukan modal.

Kami juga menjangkakan momentum pertumbuhan perolehan akan berkembang di luar skop sektor perbankan, manakala REIT mendapat manfaat daripada kadar faedah lebih rendah. Tema-tema pelaburan terbaik kami ialah pulangan modal oleh pemain perkhidmatan kewangan, penerima manfaat AI, perlindungan daripada inflasi dan El Niño, tarikan Singapura sebagai pasaran selamat, dan REIT perindustrian dan pejabat terpilih, dengan memberikan keutamaan pada syarikat yang mempunyai perolehan bertahan, kuasa penetapan harga dan pulangan pemegang saham yang menarik.

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.