Cara Beli Waran Dan Convert Waran Kepada Mother Share

Dalam pelaburan saham, kita ada saham dan kita juga ada waran. Di antara kelebihan melabur ke dalam waran adalah harganya yang lebih murah berbanding saham induk.

Sebelum meneruskan bicara, apa kata kita berkenalan dengan waran ini terlebih dahulu.

Saham Induk Umpama Mother Share (Mak), Waran Umpama Anak

Untuk memudahkan kita faham apa itu Waran, dengan bahasa mudahnya kita boleh anggap saham induk sebagai Mak dan waran sebagai Anak.

Waran terbahagi kepada dua:

1. Waran

  • Dikeluarkan oleh syarikat dengan tujuan untuk mendapatkan modal syarikat terbabit.
  • Selalunya mempunyai tempoh matang yang panjang iaitu untuk tempoh 4 tahun sehingga 10 tahun.

Jika Mak waran patuh Syariah, biasanya Anak waran juga patuh Syariah.

Pada penghujung nama saham, ada WA, WB, WC, WD.

Contoh: PMETAL-WA, PMETAL-WB

2. Waran Opsyen Beli

  • Dikeluarkan oleh sebuah institusi kewangan bagi saham yang tidak berkaitan dengan syarikat tersebut.
  • Kebiasaannya akan matang dalam jangka masa lebih pendek iaitu kurang dari setahun.

Walaupun Mak waran patuh Syariah, Anak waran tidak patuh Syariah. Kalau Mak waran tak patuh Syariah, sah-sah Anak waran pun tak patuh Syariah.

Pada penghujung nama saham, ada C diikuti dengan nombor.

Contoh: PMETAL-C15, PMETAL C-17

Cara Nak Beli Waran

Pertama sekali, kita kena bezakan dulu yang mana saham induk, yang mana waran patuh syariah, yang mana waran tak patuh syariah.

Dalam contoh saham Datasonic di atas:

DSONIC: Saham induk
DSONIC-WA: Waran patuh syariah
DSONIC-HA, DSONIC-HB, DSONIC-C23, DSONIC-C15: Waran tak patuh syariah

Nak beli waran, prosesnya sama saja macam nak beli saham induk. Tekan butang Buy, masukkan kuantiti, harga belian, validity dan klik Send Now.

Cara Nak Convert Waran Kepada Mother Share (Saham Induk)

Biasanya orang beli waran adalah untuk meraih keuntungan daripada kenaikan waran yang mengatasi saham induk. Anak yang baik akan ikut perangai (pergerakan) Mak, jika saham Mak naik sebanyak 5%, saham Anak berpotensi untuk naik 10%.

Tapi bagi mereka yang nak convert waran kepada saham induk sebelum tempoh matang waran tersebut, maka boleh ikut langkah-langkah berikut.

1. Isi Borang Exercise Form

Sebelum tarikh luput sesuatu waran, pihak Registrar akan menghantar surat yang mengandungi Exercise Form seperti contoh di atas kepada semua pemilik waran yang dah nak expired.

2. Buat Pembayaran Exercise Price

Untuk convert waran ke saham induk, ada istilah Exercise Price iaitu berapa harga perlu dibayar untuk convert waran yang kita ada kepada saham induk.

Bayaran biasanya dalam bentuk draf bank ke atas nama syarikat dan dipalang.

3. Hantar Exercise Form Dan Draf Bank Ke Registrar

Pastikan borang tersebut sampai ke tangan pihak Registrar sebelum tarikh tamat. Biasanya kita juga perlu bayar Processing Fee kepada pihak Registrar untuk memproses permohonan kita.

Berbaloi Ke Tak Nak Convert Waran Kepada Saham Induk?

Ada 3 keadaan yang akan wujud, samada kita rugi jika convert, samada kita tak untung dan tak rugi, dan samada kita untung sekiranya convert.

Sumber: Bursa Malaysia

Ianya berkait rapat dengan beberapa perkara iaitu:

Harga saham induk semasa tarikh luput (Share price at expiry)
Harga saham induk semasa (Current share price)
Harga untuk convert (Exercise price)
Nisbah penukaran (Conversion ratio)
Harga waran (Call warrant pice)

Sekiranya harga waran selepas ditambah Exercise price lebih murah daripada harga saham induk semasa tarikh luput, maka kita akan untung.

Sekiranya harga waran selepas ditambah Exercise price adalah sama dengan harga saham induk semasa tarikh luput, maka kita tak untung tak rugi.

Sekiranya harga waran selepas ditambah Exercise price lebih mahal daripada harga saham induk semasa tarikh luput, maka kita akan rugi.

Apa Jadi Kepada Waran Yang Tak Convert?

Akhir sekali, sekiranya kita dah berkira-kira bahawa adalah tak berbaloi untuk kita convert waran kepada saham induk, maka waran tersebut akan expired apabila tiba tarikh luputnya.

Biasanya beberapa minggu sebelum tarikh luput sesuatu waran, ianya tidak lagi boleh dijual beli di pasaran saham. Maka elakkan daripada membeli waran yang dah nak expired, kalau kita tak berniat untuk convert waran tersebut.

Takut-takut kita terbeli waran yang dah nak sampai expiry date, kemudian waran tersebut digantung kerana dah nak expired dan kalau nak convert pula menjadikan kita rugi – maka bertambahlah kerugian yang kita terpaksa tanggung.

Kerana perlu diingat, waran selepas tarikh luput tidak bernilai satu sen pun sekiranya tidak di-convert.

Miliki Panduan Lengkap Cara Melabur Waran

Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?

Semuanya kami akan kongsikan dalam Combo webinar + video + ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.