PMB Investment Menerima GIFA Championship Award

PMB Investment Berhad (PMB Investment), sebuah anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA), menerima Global Islamic Finance Awards (GIFA) 2020 bagi kategori Pengurusan Aset Islamik di Islamabad, Pakistan.

“Kami berbesar hati menerima Anugerah ini. Ini adalah kemuncak visi pihak berkepentingan kami, Majlis Amanah Rakyat (MARA), misi Lembaga Pengarah kami dan usaha semua kakitangan kami. Anugerah ini merupakan sokongan hebat dari pendekatan kami terhadap pelaburan runcit dan institusi, yang berkisar pada pasukan kelas atas, pelbagai produk dalaman dan pihak ketiga, dan komitmen berterusan terhadap inovasi dan standard kualiti tertinggi.

Dipasangkan dengan nilai korporat yang mantap, pendekatan itu membolehkan kami mencipta nilai kukuh dan berkekalan untuk pelabur kami dari masa ke masa,” kata Datuk Azrulnizam Abdul Aziz, Pengerusi Pelaburan MARA.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, “GIFA 2020 merupakan penganugerahan piawaian kecemerlangan tertinggi di peringkat global bagi mengiktiraf kerajaan, institusi dan individu yang telah menunjukkan prestasi terbaik dalam bidang masing masing bagi menyumbang ke arah kelestarian sektor kewangan Islam dan perbankan antarabangsa”.
GIFA yang dimulakan pada 2011 oleh Edbiz Corporation.

Upacara penganugerahan GIFA diadakan setiap tahun bagi menonjolkan, mendorong dan memberi penghargaan kepada prestasi dan sumbangan yang luar biasa terhadap pertumbuhan komuniti kewangan Islam global dan perbankan dengan objektif utama untuk mempromosikan tanggungjawab sosial, kepatuhan terhadap keaslian Syariah dan komitmen terhadap sektor ini . Sebagai satu-satunya program anugerah kewangan Islam global, pemenang GIFA adalah dari seluruh dunia.

Mengulas lanjut, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Pelaburan MARA, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, “Julai lalu, PMB Investment turut menerima pengiktirafan dalam Anugerah Unit Amanah Disyorkan 2020/21 oleh FSMone (dulu dikenali sebagai Fundsupermart) menerusi dana PMB Shariah Premier Fund bagi kategori Ekuiti Malaysia (Islamik)”.

Tambah Tengku Ahmad Badli Shah lagi, “pengiktirafan yang diberikan institusi tempatan dan global kepada PMB Investment dan dana-dana yang diuruskan membuktikan syarikat ini mempunyai rekod prestasi yang cemerlang. Ditambah dengan inisiatif program tanggungjawab sosial Korporat syarikat, iaitu #ArifLabur (sebuah program mendidik masyarakat mengenai pengurusan kewangan dan pelaburan di Malaysia), menjadikan PMB Investment sebuah organisasi pengurusan aset yang bukan sahaja mementingkan keuntungan semata, malah kesedaran masyarakat berkaitan pengurusan kewangan dan pelaburan juga menjadi keutamaan sejak penubuhan syarikat ini”.

PMB Investment sebuah syarikat milik penuh Kumpulan Pelaburan MARA Berhad, adalah sebuah Syarikat Pengurusan Pelaburan Islam (Islamic Fund Management Company, IFMC), menguruskan 16 dana unit amanah dengan beberapa mandat portfolio pelaburan dalam kelas-kelas aset ekuiti dan sukuk.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cabaran RIFAR Yang Diterajui Belia Oleh SC Untuk Memacu kesedaran Dan Inovasi Bagi Sungai-Sungai Di Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan River Flooding Adaptation & Resilience (RIFAR) Challenge untuk memperkasakan golongan muda supaya menyumbang idea dan tindakan yang dapat memperkukuh ketahanan sungai-sungai di Malaysia.

Inisiatif ini merupakan kerjasama dengan rakan strategik dalam penglibatan universiti, pelaksanaan dunia sebenar langkah mitigasi banjir dan kepakaran teknikal dalam ketahanan serta kelestarian sungai. Rakan-rakan tersebut ialah:

  1. ICAEW Malaysia
  2. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
  3. Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) – pemaju induk projek Selangor Maritime Gateway (SMG)
  4. Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC)

Pertandingan seluruh negara ini menjemput pelajar universiti untuk membantu menangani ancaman banjir sungai yang semakin meningkat melalui dua kategori berbeza:
▪ The Sprint: Laluan kesedaran yang memfokuskan komunikasi kreatif, bagi meningkatkan kesedaran awam dan tindakan komuniti mengenai kesihatan sungai di Malaysia.
▪ The Marathon: Laluan inovasi pelbagai disiplin di mana pasukan membangunkan intervensi mitigasi banjir untuk Taman Sri Muda. Penyelesaian menggabungkan konsep kejuruteraan dengan pelan pembiayaan pasaran modal serta manfaat sampingan iklim yang boleh diukur, seperti tenaga boleh diperbaharui.

RIFAR merupakan sebahagian daripada inisiatif Transition, Resilience & Adaptation in Capital Markets (TRAC) oleh SC. Ia selaras dengan objektif lebih luas SC untuk memperkukuh peranan pasaran modal dalam menggerakkan pembiayaan bagi peralihan iklim, adaptasi dan ketahanan, seperti yang digariskan dalam Capital Market Masterplan 2026-2030.

RIFAR ialah cabaran adaptasi dan ketahanan iklim kedua SC, meneruskan kejayaan besar Coastal Flooding Adaptation & Resilience (COFAR) Challenge yang diadakan pada 2025. Inisiatif ini melibatkan 220 pelajar dari 29 universiti untuk membangunkan penyelesaian adaptasi bagi Pulau Carey, Selangor.

Bercakap semasa webinar pelancaran RIFAR Challenge, Pengerusi SC Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata sungai berada di pusat cabaran adaptasi iklim Malaysia.

“Sungai ialah sistem peredaran negara ini, membekalkan 80% bekalan air mentah negara dan mengalir melalui koridor ekonomi paling penting kita.”

“Pasaran modal menilai idea yang bukan sahaja kukuh dari segi teknikal tetapi juga berdaya maju dari segi kewangan. Selepas kejayaan COFAR, kami yakin pelajar universiti Malaysia boleh menyumbang kepada penyelesaian bersepadu yang diperlukan untuk lembangan sungai kita,” katanya.

RIFAR Challenge menawarkan jumlah hadiah wang tunai RM50,000 untuk kategori Marathon dan RM7,000 untuk Sprint. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar dari semua universiti awam dan swasta di Malaysia, serta rakyat Malaysia yang belajar di universiti luar negara.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari: www.sc.com.my/trac/rifar-challenge
Pendaftaran ditutup pada 12 Mei 2026.