OneConnect Financial Technology Memulakan Operasi Di Malaysia Dengan Mendirikan Entiti Baharu; Pelancaran Dirasmikan Oleh MDEC

OneConnect Financial Technology Co., Ltd. (NYSE: OCFT), penyedia pelantar teknologi-sebagai-perkhidmatan utama dan syarikat berkait Kumpulan Insurans Ping An, mengukuhkan komitmen sebagai rakan kerja teknologi dipercayai buat institusi kewangan di Malaysia dengan pelancaran entiti baharu, OneConnect Smart Technology (Malaysia) Sdn Bhd. Sejajar dengan strategi perluasan di Asia Tenggara, Malaysia merupakan lokasi pertumbuhan utama di mana OneConnect merancang membentuk pasukan tempatan yang bersedia menawarkan perkhidmatan kepada institusi kewangan di serata Malaysia selain menyumbang kepada projek di peringkat rantau. Pelancaran dihadiri tetamu kehormat, Dato’ Ng Wan Peng, Ketua Pegawai Operasi, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Industri fintech di Malaysia berkembang pesat

Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan keterangkuman kewangan dan peralihan tabiat perbankan yang kian menjurus ke pelantar digital. Antaranya ialah pengumuman pada tahun lalu berkenaan pengeluaran lesen perbankan digital baharu serta penerbitan garis panduan “Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital” (eKYC) pada 30 Jun 2020. Langkah ini memberdayakan penggerak perbankan dan fintech tempatan yang bersedia melancarkan transformasi digital serta inovasi fintech.

“Fintech banyak mendapat perhatian kerana potensi yang mengagumkan untuk membawa impak kepada kehidupan orang ramai dan mengubah ekonomi. Semenjak kemunculan fintech, bidang tersebut membolehkan orang ramai untuk mengakses produk kewangan dengan selamat dan efisien. Pada masa yang sama, fintech memecutkan pertumbuhan ekonomi pelbagai negara. Bagi menaiktaraf pembangunan ekosistem di dalam negara, MDEC akan terus bekerjasama dengan syarikat pemula, pelabur dan penggerak inovasi dari seluruh dunia untuk membawa manfaat positif melalui usaha berterusan untuk memperluaskan dan menyuntik inovasi kepada industri fintech. Dengan bermulanya operasi serantau OneConnect di Malaysia, terbukti bahawa Malaysia ialah destinasi pelaburan yang menarik. Hakikatnya, banyak penggerak ekosistem fintech dan data beroperasi di Malaysia disebabkan persekitaran tapak uji yang dinamik, selain latar belakang pelbagai budaya yang dimiliki warga kerja serta kecelikan digital dan kemahiran dalam bidang teknikal,” kata Dato’ Ng Wan Peng, Ketua Pegawai Operasi, MDEC.

Menurut Laporan e-Conomy SEA 2020[1], pengguna dan PKS mengamalkan perkhidmatan kewangan digital pada tahap yang belum pernah terlihat sebelum ini. Di Malaysia, ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan, ramai yang beralih kepada Internet untuk memperoleh solusi kepada kesulitan yang dihadapi.  Bilangan yang signifikan mencuba perkhidmatan digital baharu – 36 peratus daripada pelanggan perkhidmatan digital adalah pengguna baharu – dan 92 peratus daripada kelompok ini berhasrat meneruskan amalan ini selepas pandemik berlalu. Sehingga tarikh ini, Malaysia turut menyaksikan pertumbuhan bulanan pengguna aktif sebanyak 33 peratus untuk aplikasi perbankan mudah alih tertentu.   

Landskap ini menjadi latar penting kepada transformasi digital yang berkembang pesat di industri kewangan, dan menandakan perkembangan positif untuk OneConnect yang memiliki solusi tersedia bagi insurtech dan teknologi perbankan full-stack termasuk pembukaan akaun dan onboarding hujung-ke-hujung yang lancar, pinjaman pintar serta solusi eKYC yang boleh mengecam MyKad.  

Komited kepada pertumbuhan sektor kewangan Malaysia

OneConnect komited untuk menjadi pemboleh teknologi dipercayai bagi transformasi digital di institusi kewangan.

Berbekalkan 32 tahun pengalaman Ping An di industri kewangan serta rekod prestasi sebagai pemboleh teknologi disegani, OneConnect berupaya menawarkan rangkaian solusi luas dan mendalam, serta melangkah seiring dengan klien merentas roadmap transformasi digital menyeluruh.

Berkongsi pendapat yang sama, Tan Bin Ru, Ketua Pegawai Eksekutif (SEA) OneConnect Financial Technology, berkata, “Malaysia ialah lokasi berkepentingan strategik untuk OneConnect. Negara ini ialah tuan rumah kepada lima bank tempatan yang tersenarai antara 20 bank terbesar di Asia Tenggara, sekaligus memiliki tapak serantau. Keputusan Bank Negara Malaysia untuk membuka pintu kepada perbankan digital memberi tanda positif kepada strategi perluasan kami di Asia Tenggara. Antara tawaran nilai unik yang dihargai klien kami adalah solusi yang luas dan mendalam, memudahkan urusan apabila rakan kerja strategik tunggal boleh mengintegrasikan solusi digital semesta dan mengiringi pasukan dalaman di setiap fasa pelan transformasi. Kami melihat banyak potensi di Malaysia dan dengan pendirian pejabat baharu, kami dapat menyumbang pengetahuan pasaran yang meluas serta solusi tersedia kepada bank dan institusi kewangan tempatan di Malaysia.”

“Dengan pengalaman bekerja dengan klien dari semua bank utama dan lebih daripada separuh syarikat insurans di China, kami mencatatkan rekod prestasi kukuh dalam membolehkan transformasi digital, dan memiliki pengalaman khusus dalam bidang perbankan, insurans dan ekosistem. Semenjak mendirikan ibu pejabat serantau di Singapura pada 2018, lebih daripada 50 klien di serata Asia Tenggara dan sekitar Asia yang lain serta UAE dan Eropah memberi kepercayaan kepada kami untuk menjadi pakar teknologi mereka,” tambah beliau.  

Memenuhi keperluan institusi kewangan ternama di Malaysia

Setakat ini, OneConnect menawarkan perkhidmatan kepada syarikat insurans global dan tiga daripada lima bank terbesar di Malaysia. Kolaborasi bersama RHB Bank serta sebuah bank ‘Top 5’ yang lain telah membangunkan dua solusi pertama-dalam-pasaran yang baru dilancarkan di Malaysia. OneConnect turut bekerjasama dengan CIMB Filipina untuk menambahbaik teknologi perbankan digital di Filipina.

OneConnect juga bekerjasama dengan RHB Bank untuk membangunkan pelantar omnichannel yang mendigitasikan sepenuhnya pengalaman pinjaman PKS. Pelantar omnichannel tersebut – merangkumi aplikasi RHB Financing (PKS) untuk pelanggan, aplikasi penjualan untuk pengurus perhubungan bank serta laman sesawang pengurusan pinjaman – menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), eKYC dan Penyata Bank OCR. Dilancarkan pada Ogos, aplikasi mudah alih pembiayaan PKS pacuan AI pertama di Malaysia mengautomasikan dan memudahkan proses onboarding, di mana PKS hanya perlu menghantar dua salinan dokumen diimbas – kad pengenalan tempatan dan penyata bank – melalui telefon bimbit untuk memohon pinjaman. Pelantar omnichannel membolehkan RHB menawarkan perkhidmatan yang lebih efisien kepada PKS dengan menyingkatkan proses ‘back-office’ dan mengurangkan kos.  RHB Bank berhasrat menyalurkan kemudahan pembiayaan berjumlah RM500 juta untuk membantu perniagaan kecil pada tahun hadapan. 

OneConnect turut bekerjasama dengan sebuah bank ‘Top 5’ tempatan yang lain untuk membangunkan, aplikasi perbankan mudah alih yang dipacu oleh solusi eKYC OneConnect, solusi eKYC pertama yang diluluskan oleh BNM untuk dilancarkan pada Oktober. Aplikasi ini adalah yang pertama dalam sejarah perbankan di Malaysia yang menawarkan pengalaman onboarding digital sepenuhnya, tanpa perlu berkunjung ke mana-mana cawangan bank. Pelanggan boleh membuka akaun dan melakukan urusan perbankan dengan selamat di mana-mana dan bila-bila sahaja ketika situasi pandemik.

Yao Jing, Ketua Strategi dan Pembangunan Perniagaan (Singapura dan Malaysia), OneConnect Financial Technology, berkata, “Pengetahuan pasaran kami yang mendalam dan solusi tersedia untuk Malaysia mensiapsiagakan kami untuk memenuhi keperluan setempat. Kami berterima kasih atas kepercayaan dan keyakinan yang ditunjukkan oleh antara institusi kewangan terbesar di Malaysia, dan tekad untuk terus memperkukuhkan perhubungan dengan klien yang dihargai. Kami menganggap syarikat kami penggerak teknologi yang kukuh dalam bidang diceburi, dan bersedia membantu dan membolehkan ekosistem perbankan digital tempatan. Kami akan terus melancarkan kolaborasi dan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan dan pemegang taruh yang lain, termasuk Bank Negara Malaysia, serta memupuk bakat teknologi tempatan sepanjang menyusuri landskap transformasi bersama.”  

OneConnect merancang untuk melantik warga kerja tempatan untuk membangunkan pasukan produk dan kejuruteraan yang kelak membantu klien di Malaysia dan berpeluang menyertai projek di peringkat rantau.

Tentang OneConnect Financial Technology

OneConnect (NYSE: OCFT) adalah pelantar teknologi-sebagai-perkhidmatan utama untuk institusi kewangan. Pelantar syarikat menyediakan solusi teknologi awanan natif yang mengintegrasikan kepakaran industri kewangan dengan teknologi terkini di pasaran. Solusi syarikat menyediakan aplikasi teknologi serta perkhidmatan perniagaan pacuan teknologi kepada institusi kewangan. Bersama, solusi yang ditawarkan membolehkan transformasi digital klien syarikat, lantas membantu meningkatkan pendapatan, menguruskan risiko, meningkatkan keefisienan, menambahbaik mutu perkhidmatan serta mengurangkan kos.

Pelantar teknologi-sebagai-perkhidmatan kami meliputi secara strategik pelbagai cabang industri perkhidmatan kewangan termasuk perbankan, insurans dan pengurusan aset merentasi skop lengkap perniagaan  – dari jualan dan pemasaran serta pengurusan risiko sehingga perkhidmatan pelanggan, selain infrastruktur teknologi seperti pengurusan data, pembangunan program dan perkhidmatan awanan.

[1] https://www.bain.com/globalassets/noindex/2020/e-conomy_sea_2020_report.pdf

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.