6 Sebab Mengapa Kestabilan Kewangan Boleh Membantu Hidup Kita

Kita selalu dengar orang menasihati kita tentang kepentingan untuk mempunyai kewangan yang stabil. Kewangan yang stabil bukan saja daripada segi mempunyai simpanan serta aset yang banyak, tetapi juga daripada segi mempunyai skor kredit yang cantik.

Tapi persoalannya, kenapa penting sangat kewangan yang sihat dan kukuh?

Berikut merupakan beberapa sebab kenapa kita perlu mempunyai rekod kewangan yang sihat dan stabil.

1. Mudah Lulus Permohonan Pinjaman dan Kad Kredit

Perkara pertama yang akan dilihat oleh pihak bank dan institusi kewangan sebelum meluluskan permohonan pinjaman dan kad kredit adalah skor kredit kita. Sekiranya kitamempunyai skor kredit dan penilaian kewangan yang baik, pihak bank akan berasa yakin dengan kemampuan kita untuk melangsaikan pinjaman mengikut tempoh telah ditetapkan.

Jika bank atau syarikat kad kredit susah untuk meluluskan permohonan kita, ini bermakna keadaan kewangan kita mungkin berada pada tahap yang kurang memuaskan.

2. Mempercepatkan Proses Pinjaman

Bila skor kredit dan juga kewangan kita baik, proses untuk mendapatkan kelulusan pinjaman atau permohonan kad kredit akan menjadi lebih cepat.

Maklumlah, sejarah kewangan tip-top, jadi mereka tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memproses permohonan kita. Kita pun mesti suka benda yang cepat dan mudah bukan?

3. Lebih Banyak Pilihan

Pernah tak kita memohon untuk kad kredit yang kita rasakan sesuai dengan keperluan kita, tetapi permohonan tersebut ditolak dan kita disarankan untuk memohon kad lain? Itulah yang selalunya terjadi jika kesihatan kewangan kita adalah kurang memuaskan.

Tetapi sekiranya kita mempunyai rekod kewangan yang baik, pihak bank akan mempunyai pandangan yang baik. Ini bermakna kita berpeluang untuk mendapatkan pelbagai pihan yang lebih menarik dan upgrade kita ke pelan yang lebih baik.

4. Had Kredit Yang Lebih Tinggi

Pasti ramai yang tahu bahawa pihak bank akan menentukan had kredit kita berdasarkan pendapatan. Ini bermakna, semakin tinggi pendapatan kita, semakin tinggi juga had kredit yang diberikan. Begitu juga halnya dengan pinjaman.

Tetapi, harus diingatkan bahawa pihak bank turut mempertimbangkan komitmen kewangan kita sebelum membuat apa-apa keputusan. Jika credit rating kita tinggi, lebih mudah untuk mereka memberikan had kredit yang lebih tinggi.

5. Membantu Dalam Rundingan

Kadang-kadang, kita mungkin terpaksa berdepan dengan situasi di mana kita perlu meminta kepada pihak bank untuk memberikan tempoh pembayaran yang lebih fleksibel. Mungkin kita baru ditimpa musibah yang tidak diingini.

Pada masa inilah, rekod kewangan yang bersih diperlukan untuk meyakinkan pihak bank bahawa kita merupakan seorang yang bertanggungjawab untuk menjelaskan komitmen kewangan walaupun terpaksa memanjangkan tempoh.

Dan sekiranya kita mempunyai hubungan yang baik dengan pihak bank dan membayar hutang tepat pada masanya, kita juga boleh berunding dengan pihak bank untuk merendahkan kadar faedah.

6. Membantu Dalam Sektor Pekerjaan

Tahukah anda, di negara-negara tertentu seperti Amerika Syarikat, pihak majikan akan melihat sejarah kewangan pemohon yang ingin mendapatkan pekerjaan di syarikat mereka.

Kenapa pula?

Kerana bagi mereka, individu yang mempunyai tahap kewangan yang baik merupakan seorang individu yang bertanggungjawab.

Sampai macam tu sekali. Walaupun di Malaysia, majikan tak adalah strict sampai macam itu sekali, tetapi kita boleh nampak betapa pentingnya tahap kewangan seseorang itu boleh menjadi cerminan dirinya?

Sebab itulah penting untuk kita merancang kewangan dan perbelanjaan agar kredit skor kita berada pada tahap yang baik. Ia dapat membantu memudahkan hidup kita di kemudian hari.

Sumber Rujukan: Ringgit Plus

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.