Timbalan Gabenor Bank Pusat Norway Terpaksa Letak Jawatan Kerana Mempunyai Isteri Warganegara China

Scandinavia merupakan kelompok negara yang berada di bahagian utara benua Eropah dan terkenal dengan kekayaan serta kemewahan yang dimiliki oleh penduduk di kawasan tersebut. Norway juga tidak terkecuali menjadi salah satu negara yang paling aman serta kaya di kalangan penduduk Eropah.

Kekayaan yang dimiliki oleh Norway adalah disebabkan negara tersebut merupakan negara pengeluar minyak yang terbesar di Eropah yang mana hasil pengeluaran minyak mentah tersebut dilaburkan melalui Dana Kekayaan Berdaulat (Sovereign Wealth Fund) yang ditubuhkan pada tahun 1990.

Dana kewangan Norway kini merupakan dana kewangan terbesar di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak USD1.2 trilion. Dana Kekayaan Berdaulat ini merupakan dana yang dimiliki oleh rakyat Norway di mana 9,000 buah syarikat berada di bawah pengurusan dana ini.

Selain menjadi dana yang paling besar di dunia, Dana Kekayaan Berdaulat ini merupakan dana yang paling tinggi nilai etika daripada segi moral di dalam membuat sebarang pelaburan. Dana ini tidak akan melabur ke dalam mana-mana syarikat yang melanggar hak asasi manusia sebagai portfolio pelaburan mereka.

Timbalan Gabenor Bank Pusat Norway, Jon Nicolaisen

Dalam artikel sebelum ini, kita telah mengetahui bagaimana pengurus Dana Kekayaan Berdaulat telah dipaksa meletak jawatan kerana mengambil penajaan luar untuk penerbangan dan juga menghadiri konsert Kumpulan Sting.

Baca : Kontroversi Melanda Pengurus ‘Sovereign Wealth Fund’ Terbesar Dunia Kerana Menaiki Jet Peribadi Mewah

Pada kali ini, Timbalan Gabenor Bank Pusat Norway ini pula terpaksa melepaskan jawatan yang disandangnya kerana mempunyai isteri rakyat China yang dikahwiniya pada tahun 2010 yang menetap di China.

Jon Nicolaisen yang dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Pusat Norway pada tahun 2014 dan sepatunya disambung kontrak perkhidmatannya pada tahun ini. Namun, kontraknya tidak disambung disebabkan tidak melepasi syarat Civil Security Clearance Authority yang ditetapkan oleh negara tersebut.

Apa Itu Civil Security Clearance Authority?

Civil Security Clearance Authority ini merupakan salah satu badan yang diperkenalkan oleh Norway pada tahun 2018. Badan ini bertanggungjawab untuk memantau kakitangan awam yang berkhidmat di dalam mana-mana sektor kerajaan Norway. Ia bertanggungjawab dalam memantau latar belakang kakitangan awam yang berkhidmat untuk kerajaan Norway.

Undang-undang ini diperkenalkan oleh kerajaan Norway bagi menjaga kedaulatan dan juga keselamatan negara daripada anasir luar. Mana-mana kakitangan awam perlu melepasi proses security clearance bagi meneruskan perkhidmatan mereka dengan kerajaan Norway.

Ini bagi memastikan pegawai kerajaan tidak mengkhianati negara tersebut dengan rahsia negara yang dimilki dan tidak dibocorkan kepada pihak luar.

Norway Dan Hubungan Antarabangsa

Kredit Gambar: China Daily

Walaupun hubungan perdangangan di antara China dan Norway begitu kukuh, ia tidak bermakna  kedua-dua negara itu mempunyai hubungan yang akrab di dalam semua aspek. Oleh kerana China mempunyai ideologi komunis di dalam pentadbiran negara mereka, ia telah sedikit sebanyak mengakibatkan ketegangan hubungan dengan Norway yang dikenali sebagai negara anggota NATO.

Selain daripada China, Rusia juga mempunyai hubungan kurang mesra dengan Norway kerana pengaruh negara tersebut di Eropah. Selain pertembungan ideologi, negara ini merupakan pesaing utama kepada Norway di dalam pengeluaran minyak mentah dunia.

Oleh kerana Jon Nicolaisen merupakan Timbalan Gabenor Bank Pusat Norway, beliau bertanggungjawab untuk melihat semua portfolio pelaburan yang dilakukan Dana Kekayaan Berdaulat dan rancangan pelaburan yang bakal dibuat oleh dana tersebut pada masa akan datang.

Menurut sumber risikan Norway, Rusia dan China mempunyai kepentingan untuk mengetahui jumlah pengeluaran minyak mentah Norway ke peringkat antarabangsa yang boleh mempengaruhi harga minyak mentah dunia.

Setakat ini, China masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai tindakan Norway yang tidak meyambung kontrak Timbalan Gabenor Bank Pusat Norway disebabkan mengahwini salah seorang rakyat mereka.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.