Lebihan Duit KWSP Nak Labur Di Mana?

Baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada mengumumkan bahawa caruman syer pekerja akan diturunkan daripada 11% kepada 9%. Ini bagi membolehkan orang ramai mempunyai duit lebihan untuk dibelanjakan, sekaligus dapat merancakkan lagi ekonomi negara.

Sumber: Laman Web KWSP

Sekiranya kita bergaji RM3,000 dengan caruman KWSP sedia ada sebanyak RM330, kini dengan caruman 9% kita akan ada lebihan sebanyak RM60. Bagi mereka yang bergaji RM5,000 pula, kini akan ada lebihan sebanyak RM100.

Bagi kita yang tidak terjejas daripada segi pendapatan dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa, pasti akan tergoda untuk membelanjakan lebihan 2% yang boleh dibawa pulang. Nampak macam sedikit, tetapi jika kita tidak membuat perancangan, pasti kita akan menghabiskannya begitu sahaja.

Seeloknya, kita melaburlah dengan duit lebihan tersebut. Tapi persoalannya, nak melabur kat mana? Ada ke tempat yang kita boleh melabur RM100 setiap bulan dengan pulangan yang OK?

Sumber: The Star

Berdasarkan kepada dividen KWSP yang dilihat berada di paras 5% – 6% setahun, dan jika kita ingin laburkan lebihan 2% yang akan dibawa ‘pulang’, kalau boleh kita mahukan pelaburan tersebut memberikan pulangan yang lebih tinggi daripada ini. Yang lagi elok adalah jika kita boleh anggapkan 2% dilaburkan seperti KWSP (untuk jangka masa panjang) tapi dengan kebolehan untuk mengeluarkannya pada bila bila masa tanpa tempoh berkunci (seperti KWSP).

Pelaburan Patuh Syariah Di Wahed Invest

Salah satu tempat yang boleh kita laburkan duit lebihan tersebut adalah di Wahed Invest. Ianya menawarkan rakyat Malaysia cara yang lebih bijak untuk melabur dengan menyediakan akses kepada portfolio patuh Syariah yang pelbagai. Modal permulaan pun cuma RM100 sahaja, dan boleh top-up setiap bulan.

Bergantung kepada toleransi kita terhadap risiko dan portfolio yang bersesuaian, Wahed Invest akan melaburkan wang kita ke dalam pelbagai instrumen seperti:

  • Saham di Amerika Syarikat
  • Saham di Malaysia
  • Sukuk
  • Emas

Yang lagi bestnya, nak buka akaun dengan Wahed Invest kita boleh buat secara online menggunakan aplikasi telefon pintar saja. Tak perlu walk-in ke mana-mana cawangan atau berjumpa secara face-to-face dengan ejen. Memang sesuai sangat dengan situasi semasa yang memerlukan kita mengurangkan kontak dengan orang ramai.

Selepas membuka akaun dengan Wahed Invest dengan modal serendah RM100, kita perlu menjawab lapan soalan bagi mengenalpasti tahap toleransi risiko, objektif pelaburan dan juga portfolio yang sesuai dengan kita.

Berapa Pulangan Pelaburan Wahed Invest?

Tahun 2020 adalah tahun yang mencabar bagi semua pihak. Ramai yang merungut apabila pulangan pelaburan telah berkurang jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Tetapi tidak bagi Wahed Invest.

Pulangan Pelaburan Mengikut Portfolio Wahed Malaysia Setahun
Sehingga Kini (24 Disember 2020)

Sumber: Wahed Invest Malaysia. Prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi masa hadapan. Pulangan dikira mengikut tarikh permulaan portfolio pelaburan Wahed dicipta (29 November 2019) hingga 24 Disember 2020

Bagi portfolio yang sangat konservatif, pulangan adalah sebanyak 3.6% dalam masa setahun. Lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh simpanan tetap yang kebanyakannya tak sampai 2% bagi tahun 2020 ini. Pelaburan sederhana konservatif pula menyaksikan pulangan sebanyak 8.3%.

Bagi mereka yang sanggup berdepan dengan risiko yang lebih tinggi, maka potensi pulangan juga adalah lebih tinggi. Portfolio sederhana mencatatkan pulangan sebanyak 12.4% manakala portfolio sederhana agresif adalah sebanyak 16.3%.

Seterusnya bagi mereka yang boleh menerima risiko yang tinggi pula, pulangan juga tinggi dengan melabur di Wahed Invest. Portfolio agresif mencatatkan pulangan 18.3% manakala portfolio sangat agresif pula memberikan pulangan sebanyak 21.0%.

Kita juga boleh pilih untuk melabur ke dalam portfolio emas, yang mencatatkan pulangan sebanyak 19.9% bagi tahun 2020.

Sekiranya kegawatan ekonomi yang melanda dunia disebabkan pandemik Covid-19 pun boleh dapat keuntungan sebanyak ini, maka tak mustahil untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi pada tahun 2021 nanti.

Daripada melabur ke dalam skim yang bukan-bukan yang menyebabkan kita terjebak dengan skim cepat kaya, Wahed Invest merupakan pelaburan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan patuh Syariah. Siap boleh pilih portfolio yang sesuai dengan diri sendiri.

Apa yang penting adalah kita melabur secara konsisten setiap bulan atau setiap minggu. Boleh gunakan teknik Dollar Cost Averaging (DCA) bagi memperolehi keuntungan jangka masa panjang.

Tak kisah ekonomi gawat ke ekonomi sihat ke, yang penting kita kembangkan duit secara sah dan patuh Syariah. Semuanya di hujung jari saja dan kita tak perlu pening kepala untuk uruskan dana secara aktif.

Kalau pelaburan saham, kita kena jual beli selalu dan perlu monitor setiap hari. Apa kata kita biarkan saja kepada mereka yang berpengalaman untuk uruskan duit kita.

Bagi mereka yang dah ada akaun dengan Wahed Invest, tahniah kerana berjaya meraih keuntungan yang tinggi. Teruskan melabur secara konsisten setiap bulan bagi merebut peluang lebihan duit KWSP bagi meraih pulangan yang lebih tinggi.

Bagi yang mungkin pertama kali dengar mengenai Wahed Invest dan berminat untuk membuka akaun, jemput baca 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja. Lepas dah buka akaun, boleh teruskan untuk melabur setiap bulan menggunakan konsep DCA tadi.

Penafian Penulis:

Artikel ini dibuat dengan kerjasama Wahed Invest.

Wahed Invest beroperasi di Malaysia sebagai Wahed Technologies Sdn Bhd (“Wahed Invest”) yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”) sebagai syarikat Pengurusan Pelaburan Digital (DIM).

Wahed Invest diberi kuasa untuk menjalankan perniagaan pengurusan dana yang menggabungkan teknologi inovatif ke dalam perkhidmatan pengurusan portfolio budi bicara automatik yang ditawarkan kepada pelanggan di bawah lesen yang dikeluarkan mengikut Jadual 2 Akta Perkhidmatan Pasaran Modal 2007.

Semua pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kerugian wang yang anda laburkan dan prestasi lalu tidak menjamin prestasi masa akan datang. Sejarah pulangan, pulangan dijangka dan unjuran kebarangkalian disediakan untuk tujuan maklumat dan ilustrasi sahaja dan tidak menunjukkan prestasi masa akan datang yang sebenar. Wahed Invest tidak bertanggungjawab terhadap liabiliti bagi hasil perdagangan dan pelaburan anda.

Kuasa dan kebenaran yang diberikan daripada SC tidak menunjukkan atau memberi pandangan bahawa SC mengesyorkan atau menyokong produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Dokumen ini belum disemak oleh SC.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

KWSP Suami Meninggal: Boleh Isteri Tuntut Sebagai Harta Sepencarian?

Selama ini, apabila seorang suami meninggal dunia, ramai mungkin menganggap wang KWSP yang ditinggalkan akan terus menjadi harta pusaka dan dibahagikan kepada waris mengikut faraid.

Namun, perkembangan hukum dan keputusan Mahkamah Syariah menunjukkan perkara ini sebenarnya lebih kompleks.

Pada September 2025, Muzakarah Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-128 memutuskan bahawa tuntutan harta sepencarian terhadap wang KWSP oleh ahli beragama Islam adalah diharuskan, tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan Mahkamah Syariah.

Keputusan ini membawa satu implikasi penting kepada pasangan yang berkahwin.

Wang KWSP tidak semestinya keseluruhannya menjadi harta pusaka untuk difaraidkan.

Sekiranya Mahkamah Syariah memutuskan sebahagian wang tersebut merupakan hak harta sepencarian pasangan, bahagian itu akan diberikan kepada pasangan terlebih dahulu. Bahagian yang diperintahkan sebagai harta sepencarian tersebut pula tidak dikira sebagai harta pusaka pencarum dan tidak tertakluk kepada pembahagian faraid.

Tetapi sebenarnya, isu ini bukan bermula pada 2025

Menariknya, beberapa negeri sudah mempunyai perkembangan berkaitan isu ini sebelum keputusan Muzakarah Kebangsaan tersebut.

Kelantan: kes KWSP sebagai harta sepencarian sejak 2000-an

Antara kes yang sering dirujuk ialah Norhayati binti Yusoff lwn Ahmad Shah bin Ahmad Tabrani, yang diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan.

Dalam kes tersebut, wang KWSP suami menjadi antara aset yang dituntut sebagai harta sepencarian.

Mahkamah mengiktiraf konsep sumbangan tidak langsung isteri. Walaupun isteri mungkin tidak membuat caruman KWSP secara langsung, sumbangan kepada rumah tangga boleh menjadi faktor dalam menentukan hak harta sepencarian.

Ini penting kerana ia menunjukkan bahawa persoalan harta sepencarian bukan semata-mata tentang siapa yang memasukkan duit ke dalam akaun.

Sumbangan pasangan kepada rumah tangga juga boleh mempunyai nilai dari sudut undang-undang Syariah.

Selangor pula mempunyai pendirian yang jelas

Dalam panduan Jabatan Mufti Selangor pada 2020 berkaitan wang KWSP selepas kematian suami, dinyatakan bahawa isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian sepanjang tempoh perkahwinan dengan arwah suami sebelum lebihan harta tersebut dibahagikan mengikut faraid.

Kemudian pada 2023, Selangor mempunyai fatwa khusus berkaitan harta sepencarian selepas kematian salah satu pihak dalam perkahwinan. Rujuk Fatwa Tentang Harta Sepencarian Selepas Kematian Salah Satu Pihak Dalam Perkahwinan Di Negeri Selangor.

Ini menunjukkan konsep tuntutan harta sepencarian selepas kematian bukan sesuatu yang hanya muncul selepas keputusan MKI pada 2025.

Johor: daripada pendirian lama kepada pendekatan baharu

Pendirian terdahulu di Johor menyatakan wang KWSP pencarum yang meninggal dunia merupakan harta pusaka dan tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian. Fatwa Johor yang lebih lama, dikeluarkan pada 2013, menyatakan:

“Apabila pencarum KWSP meninggal, wang KWSP ialah harta pusaka dan perlu difaraidkan; ia tidak boleh dijadikan harta sepencarian.

Namun, selepas keputusan MKI 2025, Johor mengambil pendekatan baharu yang membenarkan tuntutan harta sepencarian terhadap wang KWSP bagi ahli beragama Islam yang layak, tertakluk kepada keputusan Mahkamah Syariah. Rujuk Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.

Perubahan ini menunjukkan bagaimana pendirian berkaitan KWSP dan harta sepencarian boleh berkembang mengikut keputusan hukum dan kerangka undang-undang semasa.

NegeriKedudukan yang ditemuiTahun / status
KelantanAda kes Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan tuntutan terhadap KWSP sebagai harta sepencarian; turut ada fatwa berkaitan tuntutan harta sepencarian selepas kematianKes 2006; Fatwa Negeri 2002
SelangorSecara rasmi mengiktiraf bahawa selepas kematian salah satu pihak, pasangan boleh menuntut harta sepencarian. Soal jawab Mufti Selangor juga secara jelas menyebut isteri boleh menuntut harta sepencarian terhadap KWSP arwah sebelum baki difaraidkanFatwa 2023; panduan 2020
JohorDahulu berpendirian sebaliknya: KWSP ialah harta pusaka dan tidak boleh dijadikan harta sepencarian. Tetapi pada 2026, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor mengeluarkan keputusan baharu yang membenarkan tuntutan KWSP sebagai harta sepencarian, selaras dengan MKI 20252013 → berubah 2026
SarawakPernah memutuskan wang caruman KWSP tidak boleh dianggap harta sepencarian, sebaliknya harta pusaka yang difaraidkanKeputusan terdahulu

Jadi, apa maksudnya kepada pasangan?

Kita ambil contoh mudah.

Katakan seorang suami meninggal dunia dan meninggalkan RM500,000 dalam KWSP.

Isteri membuat tuntutan harta sepencarian.

Jika Mahkamah Syariah selepas mempertimbangkan tuntutan tersebut memutuskan bahawa RM150,000 adalah hak harta sepencarian isteri, maka RM150,000 itu bukan lagi sebahagian daripada harta pusaka suami untuk difaraidkan.

Baki RM350,000 pula barulah menjadi sebahagian daripada harta pusaka, tertakluk kepada proses pengurusan pusaka dan pembahagian mengikut faraid.

Jadi bukan bermaksud:

“Isteri automatik dapat separuh KWSP.”

Tidak.

Yang betul ialah:

“Isteri yang layak boleh membuat tuntutan, dan jumlah yang menjadi harta sepencarian bergantung kepada keputusan Mahkamah Syariah.”

Kenapa perkara ini penting untuk perancangan pusaka?

Sebab ramai orang melihat KWSP hanya daripada sudut simpanan persaraan.

Tetapi apabila berlaku kematian, ia menjadi sebahagian daripada proses pengurusan harta si mati.

Dalam konteks pasangan Islam, terdapat beberapa perkara yang perlu dibezakan:

Pertama, harta sepencarian.

Ini ialah tuntutan pasangan terhadap harta yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan, tertakluk kepada undang-undang dan keputusan Mahkamah Syariah.

Kedua, harta pusaka.

Selepas hak-hak yang berkaitan seperti harta sepencarian ditentukan, baki harta si mati boleh menjadi harta pusaka.

Ketiga, faraid.

Baki harta pusaka kemudiannya dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid.

Sebab itu seseorang tidak boleh terus melihat angka KWSP dan berkata:

“Ini semua akan difaraidkan.”

Ia bergantung kepada keadaan dan, bagi tuntutan harta sepencarian, keputusan Mahkamah Syariah.

Namun, jangan salah faham

Keputusan MKI 2025 bukan bermaksud setiap isteri automatik mendapat sebahagian daripada KWSP suami.

Ia hanya membuka ruang bahawa tuntutan tersebut diharuskan.

Tuntutan masih perlu dibuat dan dipertimbangkan oleh Mahkamah Syariah.

Jumlahnya juga tidak semestinya 50:50.

Mahkamah boleh melihat kepada pelbagai faktor dan bukti berkaitan sumbangan pasangan serta keadaan harta yang dituntut.

Satu lagi perkara penting ialah status keputusan hukum tersebut di setiap negeri. Keputusan Muzakarah MKI perlu dilihat bersama peruntukan dan proses undang-undang Syariah negeri masing-masing.

Daripada “siapa dapat KWSP?” kepada “apa hak setiap pihak?”

Ini sebenarnya perubahan cara kita melihat perancangan pusaka.

Bila seorang suami meninggal dunia, persoalannya bukan semata-mata:

“Berapa banyak isteri dapat?”

Tetapi:

“Apakah hak isteri sebagai pasangan? Apakah yang menjadi harta sepencarian? Apakah yang benar-benar menjadi harta pusaka? Dan siapa yang berhak menerima baki tersebut melalui faraid?”

Perbezaan ini nampak kecil, tetapi dari sudut nilai harta, ia boleh menjadi sangat besar.

Lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai simpanan KWSP jutaan ringgit.

Maka, bagi pasangan yang beragama Islam, memahami kedudukan harta sepencarian dan faraid semasa masih hidup jauh lebih baik daripada cuba memahami semuanya selepas berlaku kematian.

KWSP bukan sekadar soal berapa banyak kita berjaya kumpul. Kita juga perlu tahu bagaimana wang itu akan diurus apabila kita sudah tiada.

Penafian: Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan nasihat undang-undang, fatwa atau nasihat kewangan. Kedudukan harta sepencarian, tuntutan wang KWSP dan proses pembahagian harta pusaka boleh berbeza mengikut negeri, fakta kes dan keputusan Mahkamah Syariah. Pembaca disarankan mendapatkan nasihat daripada peguam syarie, pihak berkuasa agama negeri atau pihak yang berkelayakan sebelum membuat sebarang tuntutan atau keputusan berkaitan harta pusaka.