Orang Lain Melabur Saham Untung, Mengapa Aku Belum?

Kita sering terpesona dengan keuntungan rakan-rakan seperjuangan dalam dunia pelaburan saham. Hampir setiap hari, mesti ada yang akan mempamerkan ‘screenshot’ keuntungan di media sosial.

Tapi selepas kita belajar mengenai saham, ada yang pergi webinar, ada yang baca buku, ada yang tengok di YouTube; namun bila cuba beli saham, tak untung-untung.

Orang lain portfolio hijau, kita pun beli saham yang sama tapi portfolio kita merah belaka. Jom kita dengarkan pesanan daripada Coach Roslinah Laikoi, mungkin ini puncanya mengapa kita belum untung macam mereka.

1. Belum Cukup Faham

Pertama, kefahaman kita berbeza-beza. Ada yang lepas habis seminar, masih dalam fasa nak faham. Maklumlah, sebelum ni mana pernah dengar langsung pasal saham.

Ada yang baru nak fahamkan sistem, nak faham FA, nak faham TA, nak faham terma, nak faham baca berita. Bila semua masih dalam proses nak faham jadinya belum berani nak tekan BUY.

Saham pun belum beli, ini sah-sah belum boleh buat duit.

2. Tak Kenal Diri Sendiri

Kedua, tak pasti nak jadi pedagang (trader) atau pelabur (investor). Nak jadi investor tapi buat kajian fundamental (FA) pun tak sampai setengah minit.

Nak jadi investor tapi setiap minit klik butang refresh dekat trading platform. Bila lama sangat harga saham tersebut tak berubah, dijual terus saham tu pada harga beli. Kan dah rugi kena bayar brokerage fees.

3. Acah-Acah Scalper

Kata baru belajar, kata baru nak kenal dunia saham, tapi langsung tak cermat. Analogi dia macam ni.

Ingat lagi tak kisah kita baru nak ambil lesen kereta masa umur 18 tahun?

Masa ujian, kita bawa kereta Kancil manual. Tapi bila lulus dan dapat lesen ‘P’, bawa kereta macam orang dah 10 tahun pengalaman. Cilok sana sini, bawa lebih daripada had kelajuan. Seolah-olah kitalah raja di atas jalanraya.

Tapi bila dah kemalangan, bila dah asyik kena saman, kereta pula rosak selalu sebab asyik ‘tekan’; maka kita pun insaf selepas itu.

Sebagai seorang yang baru berkecimpung dalam dunia pelaburan saham, mesti kita teruja untuk buat benda baru. Benda yang sifu atau mentor kita kata jangan buat, benda itulah yang kita buat.

Jadi biasanya kalau untung pun sebab nasib, tapi biasanya lebih banyak rugi.

4. Teruja Dan Terikut-Ikut Orang Lain

Keempat, teruja dengan keterujaan orang lain. Biasanya kalau orang yang buat kajian, kalau dia minat beli saham tersebut, memang biasanya mereka yang mengkaji syarikat tersebut akan teruja seolah-olah itu adalah syarikat bapak dia yang punya.

Kita yang tak tahu apa-apa ni, main ikut beli. Trading Plan tak ada, Target Price tak ada, Cut Loss tak tahu dekat mana. Kesudahannya, beliau dah jual dengan keuntungan, kita masih hold saham tu dengan kerugian.

Sumber Rujukan: FB Roslinah Laikoi

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Meridian Ditegur Bursa, Didenda RM8,500

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd mengenakan teguran secara terbuka terhadap Meridian Bhd dan Pengarah Eksekutifnya, Tang Boon Koon, selepas syarikat itu didapati melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities (LR Utama).

Tang turut dikenakan denda keseluruhan RM8,500 berikutan pelanggaran berkenaan.

Bursa Malaysia Securities dalam kenyataan berkata, Meridian melanggar perenggan 9.23(1) LR Utama kerana gagal menerbitkan laporan tahunan termasuk penyata kewangan diaudit dalam tempoh ditetapkan bagi tempoh kewangan 17 bulan berakhir 30 November 2023 dan tempoh kewangan 18 bulan berakhir 31 Mei 2025.

Menurutnya, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 30 November 2023 hanya diterbitkan pada 5 April 2024, iaitu lewat lima hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 31 Mac 2024.

Sementara itu, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mei 2025 diterbitkan pada 8 Oktober 2025, iaitu lewat enam hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 30 September 2025.

“Tang, Pengarah Eksekutif Meridian pada masa itu, melanggar perenggan 16.13(b) LR Utama kerana membenarkan Meridian melakukan pelanggaran berkenaan serta dikenakan teguran secara terbuka selain denda keseluruhan berjumlah RM8,500,” katanya.

Bursa Malaysia Securities turut mengarahkan Meridian memastikan Tang dan kakitangan berkaitan menghadiri program latihan pematuhan LR Utama, khususnya berkaitan penyata kewangan.

Selain itu, lembaga pengarah syarikat diminta menyemak semula kecukupan serta kecekapan sumber kewangan dan perakaunan, selain dasar serta prosedur pelaporan kewangan syarikat.

Bursa Malaysia Securities berkata, dapatan pelanggaran dan tindakan terhadap Meridian serta Tang dibuat menurut perenggan 16.19 LR Utama selepas proses sewajarnya selesai dengan mengambil kira semua fakta dan keadaan berkaitan kes berkenaan.

Pertimbangan itu termasuk kepentingan material pelanggaran, kesannya terhadap Meridian serta pemegang saham atau pelabur, selain peranan, tanggungjawab, pengetahuan dan tingkah laku Tang.

Bursa Malaysia Securities memandang serius pelanggaran berkenaan kerana penyerahan penyata kewangan dalam tempoh ditetapkan adalah kewajipan asas bagi syarikat tersenarai.

“Amat penting untuk memastikan pasaran yang teratur dan adil bagi sekuriti yang diniagakan di Bursa Malaysia Securities serta perlu bagi membantu keputusan pelaburan yang termaklum.

“Bursa Malaysia Securities turut mengingatkan Meridian dan lembaga pengarahnya mengenai tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan piawaian tanggungjawab korporat serta akauntabiliti yang sewajarnya kepada pemegang saham dan orang awam yang melabur,” katanya.

Menurut Bursa Malaysia Securities, kelewatan penerbitan laporan tahunan berkenaan berpunca terutamanya daripada kegagalan Meridian menyelenggara serta menyediakan maklumat, dokumen dan rekod perakaunan yang diperlukan kepada juruaudit luar.

Keadaan itu turut menyebabkan juruaudit memberikan pendapat penafian terhadap kedua-dua set penyata kewangan diaudit berkenaan.

Pendapat penafian itu mencetuskan kriteria yang ditetapkan di bawah Nota Amalan 17 (PN17), sekali gus menyebabkan Meridian diklasifikasikan sebagai penerbit berstatus PN17 pada 8 April 2024.