Super Mart Melengkapkan Ekosistem Pembayaran Tanpa Sentuhan Dengan ShopeePay

KK Super Mart melengkapkan ekosistem pembayaran tanpa sentuhannya dengan dompet mudah alih Shopee, ShopeePay. Pengenalan ShopeePay merupakan pemangkin kepada KK Super Mart untuk menjadi rangkaian kedai serbaneka pertama yang menawarkan semua perkhidmatan pembayaran e-dompet terkemuka di kesemua 512 cawangan di seluruh negara.

“Misi kami adalah untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan kami. Selain daripada menambah bilangan cawangan di seluruh Malaysia, ia juga merangkumi perjalanan membeli-belah dari memilih produk hingga membuat pembayaran. Kami telah bergerak ke arah sistem tanpa tunai sejak tahun 2017 kerana semakin ramai rakyat Malaysia membawa wang tunai yang sedikit demi keselamatan. Oleh itu, kami amat teruja untuk menawarkan ShopeePay sebagai salah satu pilihan pembayaran tanpa tunai apabila pelanggan kami membeli barang keperluan mereka termasuk membayar bil,” kata Datuk Seri Dr K.K. Chai, pengasas KK Super Mart dan Pengerusi Eksekutif KK Group of Companies.

Penggunaan pembayaran tanpa sentuhan – e-dompet, kad kredit, debit serta prabayar juga menjadi pilihan orang ramai ketika penularan wabak Covid-19, tambah K.K. Chai. Ini juga didorong oleh inisiatif pihak kerajaan pada tahun 2020, e-Penjana, yang memberi insentif kepada para pengguna dengan kredit e-dompet bagi membantu pihak yang menghadapi masalah kewangan.

Untuk menandakan kerjasama dengan ShopeePay, pelanggan KK Super Mart akan menerima pulangan tunai sebanyak RM3 dengan perbelanjaan minimum RM15 apabila mereka membayar dengan ShopeePay, setiap pengguna terhad kepada satu transaksi sehari.

Selain itu, sempena Jualan Tahun Baru Cinanya (CNY), pelanggan KK Super Mart akan menerima pulangan tunai sebanyak RM4 dengan perbelanjaan minimum RM10. Setiap pengguna dapat menerima maksimum tiga pulangan tunai sepanjang tempoh kempen yang berakhir pada 25 Mac 2021.

“Menawarkan ganjaran kepada pembeli KK Super Mart apabila mereka membayar dengan ShopeePay pasti akan membantu meningkatkan jualan di cawangan-cawangan kami. Kerjasama kami dengan ShopeePay akan mengukuhkan lagi imej jenama dan meningkatkan kesedaran jenama di kalangan pelanggan yang akan memberikan kami kelebihan daya saing berbanding dengan pesaing kami,” kata K.K. Chai.

Menawarkan ShopeePay sebagai sebahagian daripada ekosistem pembayaran tanpa sentuhan merupakan salah satu daripada banyak lagi pencapaian yang akan datang untuk KK Super Mart. Kedai serbaneka tersebut berkembang secara agresif ke seluruh Malaysia, dengan matlamat untuk membuka cawangan yang ke-600 pada akhir tahun 2021. Ia juga akan memperkenalkan Aplikasi kesetiaannya yang akan membolehkan penggunanya menikmati ganjaran setiap hari dan mendapatkan promosi terkini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.