Garam: Komodoti Yang Pernah Menjadi Mata Wang

Semua orang tahu perkataan ‘Gaji (salary)’ yang sinonim dengan maksud lain seperti bayaran, nafkah, pendapatan, hasil, perolehan, upah dan sebagainya. Hujung bulan adalah waktu yang paling dinanti-nantikankan oleh semua orang, kerana kebiasaannya kita akan menerima gaji kita bekerja selama sebulan.

Namun tahukah anda, perkataan Gaji (salary) sebenarnya berasal dari perkataan Latin iaitu “salarium”, yang membawa maksud “garam yang dijadikan sebagai medium pertukaran (salt money)”.

Pada zaman dahulu, empayar Rom membayar askar, pegawai dan pentadbir awam melalui peruntukan salt money yang dimiliki oleh pihak kerajaan. Sehinggalah hari ini salarium kekal menjadi istilah gaji yang diterima oleh tentera di Itali, walaupun garam sudah tidak dijadikan sebagai mata wang di Itali.

Kredit Gambar: Biography

Menurut catatan Marco Polo dalam buku karangan beliau yang bertajuk ‘The Travels of Marco Polo’ yang dihasilkan pada akhir abad ke-13, beliau telah menceritakan semula tentang penggunaan salt money di China, wilayah Kain-Du. Di antara petikan kata-kata beliau:

“Di negara ini (China), terdapat tempat untuk penghasilan garam, di mana mereka akan melakukan pemprosesan melalui merebus air garam tersebut, selama berjam-jam. Lalu akan membentuk kepingan dan akan dipotong menjadi bentuk dan saiz bulatan kecil. Kemudiannya akan diletak di atas jubin panas, berhampiran dengan api, sehinggalah kandungan air sudah tidak terdapat lagi, lalu kering dan keras. Sehinggalah wang tersebut terlalu berharga, kerana tidak mampu dihasilkan oleh orang ramai melainkan penguasa kerajaan wilayah tersebut. Harga 80 kepingan salt money tersebut bersamaan dengan sejongkang emas. Namun apabila salt money tersebut diguna pakai di kawasan terpencil dalam wilayah Kain-Du, ia jauh terlalu murah. Iaitu sekitar 50 hingga 60 salt money hanya mampu mendapatkan beberapa butir emas, kerana penguasa di kawasan terpencil tersebut tahu dan faham penduduk di pedalaman kurangnya ilmu untuk mengetahui nilai sebenar salt money”.

– The Travels of Marco Polo

Selepas salt money berkembang dengan jayanya di China, negara Ethiopia kemudiannya membawa masuk penggunaan salt money di Eropah pada kurun ke-16. Para pedagang dan penjelajah yang berkunjung ke Eropah, akan menggunakan garam sebagai mata wang yang menjadi medium pertukaran.

Sedikit berbeza dengan cara penghasilan salt money di China, Ethiopia menjadikan garam dalam bentuk kepingan, dan berupa tekstur seperti batu 4 segi, mempunyai berat lebih kurang hampir 300 gram, berwarna putih, panjang sekitar 10 hingga 12 inci dan berketebalan sebanyak 1.5 inci.

Image by LoggaWiggler from Pixabay

Namun jika dilihat semula gambaran salt money di Ethiopia ianya berwarna hitam, mungkin ini disebabkan penggunaan wang tersebut yang banyak bertukar tangan. Terdapat juga perumpamaan yang berbunyi “he eateth salt” merujuk kepada individu yang terlalu kaya-raya.

Pada kurun ke-19, Richard Burton mengunjungi Harar dan telah mendapati orang seorang hamba kanak-kanak, boleh dibebaskan atau dibeli hanya mengunakan sebuku salt money. Tahukah anda bahawa, salt money di Ethiopia digelar sebagai ‘Amole’.

Penggunaan garam sebagai wang memberi makna tambahan kepada ungkapan ‘worth his salt’. Hampir setiap sudut dunia, terdapat penggunaan garam sebagai sebahagian daripada bingkisan sejarah yang menarik.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa, kegunaan garam pada masa lalu boleh disifatkan sebagai salah satu komoditi yang mendapat permintaan secara universal.

Sumber Rujukan:

  • Einzig, Paul. 1966. Primitive Money
  • Polo, Marco. 1958. The Travels of Marco Polo
  • Williams, Jonathan, ed. 1997. Money: A History
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.