Senarai Syarikat Takaful Yang Menyediakan Pelan Khas Untuk Berdepan Dengan Covid-19

Takaful merupakan satu keperluan bagi mereka yang merancang kewangan. Walaupun begitu, Takaful bukanlah sebuah instrumen pelaburan sebaliknya sebagai salah satu perlindungan sumber kewangan jika kita ditimpa musibah.

Terdapat banyak syarikat Takaful di Malaysia yang menyediakan pelbagai pelan bagi memudahkan para pencarum mereka mendapat manfaat ketika berlakunya musibah. Di Malaysia, ada 15 buah syarikat yang mempunyai lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang membolehkan mereka menjalankan perniagaan Takaful di Malaysia.

Walaupun begitu, tidak semua syarikat takaful di Malaysia yang menyediakan pelan khusus untuk pencarum mereka yang terkena virus Covid-19.

Mari kita lihat senarai syarikat takaful di Malaysia yang menyediakan pelan khas untuk berdepan dengan pandemik Covid -19 ini.

1. AIA PUBLIC Takaful Bhd

Manfaat Hospitalisasi:

  • Dibayar RM200 sehari selama 30 hari

Manfaat Kematian:

  • Dibayar RM10,000 secara lump sum kepada waris

Jumlah Tambahan Wang:

  • Polisi sedia ada pencarum (tiada cas tambahan yang perlu dibayar oleh pencarum kepada syarikat Takaful)

2. AmMetLife Takaful Berhad

Perlindungan Yang Diperolehi:

HANYA UNTUK SEMUA FrontLine Medical Workers yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

  • Manfaat Kematian: Dibayar RM6,000 kepada waris secara lump sum

Jumlah Tambahan Wang:

  • Polisi sedia ada pencarum (tiada cas tambahan yang perlu dibayar oleh pencarum kepada syarikat Takaful).

3. Etiqa Family Takaful Berhad

Perlindungan Yang Diperolehi:

  • Dibayar RM5,000 secara lump sum untuk pencarum yang positif Covid-19.

Jumlah Tambahan Wang:

  • Polisi sedia ada pencarum (tiada cas tambahan yang perlu dibayar oleh pencarum kepada syarikat Takaful).

4. FWD Takaful Berhad

Manfaat Hospitalisasi:

  • Dibayar RM200 sehari selama 60 hari

Manfaat Kematian:

  • Dibayar RM20,000 secara lump sum kepada waris

Jumlah Tambahan Wang:

  • Polisi sedia ada pencarum (tiada cas tambahan yang perlu dibayar oleh pencarum kepada syarikat Takaful).

5. Great Eastern Takaful Berhad

Manfaat Hospitalisasi:

  • Dibayar RM200 sehari selama 60 hari

Manfaat Kematian:

  • Dibayar RM20,000 secara lump sum kepada waris

Jumlah Tambahan Wang:

  • Polisi sedia ada pencarum (tiada cas tambahan yang perlu dibayar oleh pencarum kepada syarikat Takaful).

6. Hong Leong MSIG Takaful Berhad

Manfaat Hospitalisasi:

  • Dibayar RM200 sehari selama 30 hari

Manfaat Kematian:

  • Dibayar RM10,000 secara lump sum kepada waris

Jumlah Tambahan Wang:

  • Polisi sedia ada pencarum (tiada cas tambahan yang perlu dibayar oleh pencarum kepada syarikat Takaful).

7. Prudential BSN Takaful Berhad

Manfaat Hospitalisasi:

  • Dibayar RM1,000 secara lump sum

Manfaat Kematian:

  • Dibayar RM10,000 secara lump sum kepada waris

Jumlah Tambahan Wang:

  • Polisi sedia ada pencarum (tiada cas tambahan yang perlu dibayar oleh pencarum kepada syarikat Takaful).

8. Sun Life Malaysia Takaful Berhad

Manfaat Hospitalisasi:

  • Dibayar RM5,000 secara lump sum

Manfaat Kematian:

Dibayar RM7,500 secara lump sum kepada waris

Jumlah Tambahan Wang:

  • Polisi sedia ada pencarum (tiada cas tambahan yang perlu dibayar oleh pencarum kepada syarikat Takaful).

9.Takaful Ikhlas General Berhad

Manfaat Hospitalisasi:

  • Dibayar RM1,000 secara lump sum

Manfaat Kematian:

  • Dibayar RM8,500 secara lump sum kepada waris

Jumlah Tambahan Wang:

  • Polisi sedia ada pencarum (tiada cas tambahan yang perlu dibayar oleh pencarum kepada syarikat Takaful).

10. Zurich Takaful

Manfaat Hospitalisasi:

  • Dibayar RM100 sehari selama 5 hari

Manfaat Kematian:

  • Dibayar RM10,000 secara lump sum kepada waris

Jumlah Tambahan Wang:

  • Polisi sedia ada pencarum (tiada cas tambahan yang perlu dibayar oleh pencarum kepada syarikat Takaful).

Sumber Rujukan: Bank Negara Malaysia

Terima kasih kepada syarikat-syarikat Takaful kerana prihatin dengan masalah yang ditimpa rakyat Malaysia. Marilah sama-sama kita berdoa agar pandemik Covid-19 ini dijauhkan daripada kita semua.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Takaful vs Insurans Kereta: Adakah Duit Kita ‘Hangus’ Kalau Tak Pernah Kemalangan?

Setiap tahun, pemilik kenderaan di Malaysia wajib memperbaharui cukai jalan dan perlindungan kenderaan. Namun, masih ramai yang keliru atau sekadar “ikut kawan” tanpa memahami perbezaan antara Takaful dan Insurans Konvensional.

Ramai pemilik kereta sebut “Nak renew insurans kereta lah,” tapi sebenarnya mereka nak renew Takaful. Sebaliknya, ada juga yang ingat semua perlindungan kereta di Malaysia ini automatik patuh syariah atau berkonsepkan Takaful.

Realitinya tidak. Ini cara mudah untuk anda bezakan:

Lihat nama produk: Jika namanya ada perkataan “Takaful” (contoh: Takaful Ikhlas, Syarikat Takaful Malaysia, Etiqa Takaful), maka ia adalah produk patuh syariah. Jika namanya hanya “Insurance” atau “Insurans” (contoh: Allianz Insurance, MSIG Insurance, Lonpac Insurance), itu adalah produk konvensional.

Ini kerisauan paling popular yang bermain di minda pemilik kereta. Ramai yang bertanya:

“Kalau aku bayar Takaful tapi tak pernah kemalangan, bukan ke duit tu hangus macam tu saja? Apa faedah yang aku dapat?”

Jom kita bedah perbezaan ini supaya anda tidak lagi rasa rugi.

1. Niat & Akad: Jual Beli vs Tolong-Menolong

Perbezaan paling besar bukan pada harganya, tetapi pada kontrak (akad) di belakang tabir.

  • Insurans Konvensional: Menggunakan akad Mu’awadah (pertukaran komersial). Anda bayar premium kepada syarikat untuk “membeli” pampasan. Isunya, ia mengandungi unsur Gharar (ketidaktentuan) dan Maysir (seperti perjudian) kerana jika tiada kemalangan, syarikat ambil semua duit anda sebagai untung.
  • Takaful: Menggunakan akad Tabarru’ (derma). Sebahagian wang sumbangan anda dimasukkan ke dalam “Dana Risiko Peserta”. Niat anda adalah untuk menghibahkan (mendermakan) wang tersebut bagi membantu peserta lain yang ditimpa musibah.

2. Dilema “Duit Hangus”: Benarkah Tiada Langsung Faedahnya?

Jika sepanjang tahun kereta anda selamat dan tiada tuntutan (claim) dibuat, adakah anda rugi? Dari sudut Takaful, jawapannya adalah TIDAK.

Manfaat dari Sudut Rohani (Pahala)

Oleh kerana akadnya adalah derma untuk menolong orang lain (konsep Ta’awun), setiap sen yang anda bayar dikira sebagai amal jariah. Anda mendapat “manfaat ukhrawi” kerana membantu membiayai kos pembaikan kereta orang lain yang ditimpa malang.

Manfaat Perlindungan (Peace of Mind)

Anggaplah Takaful seperti mengupah pengawal keselamatan. Jika rumah anda tidak dirompak sepanjang tahun, adakah gaji pengawal itu dianggap hangus? Tidak, kerana anda telah mendapat manfaat perlindungan dan ketenangan jiwa sepanjang tempoh tersebut.

3. Kelebihan Yang Tiada Pada Insurans

Ini adalah bonus yang ramai orang terlepas pandang. Dalam insurans konvensional, lebihan wang (setelah tolak kos tuntutan) akan menjadi milik pemegang saham syarikat sepenuhnya.

Namun dalam Takaful:

  1. Jika dana risiko mempunyai lebihan (surplus) di akhir tahun, ia adalah milik kolektif peserta.
  2. Bergantung kepada polisi syarikat, lebihan ini boleh diagihkan semula kepada peserta yang tidak membuat tuntutan.
  3. Walaupun jumlahnya tidak menentu, ia merupakan satu pulangan tunai (cashback) yang adil berbanding insurans biasa.

Kesimpulan

Jangan lihat sumbangan Takaful sebagai satu perbelanjaan yang lebur begitu sahaja. Sebaliknya, lihatlah ia sebagai simpanan amal yang memberi anda ketenangan fikiran (peace of mind). Dalam Takaful, kalau tak kena musibah, kita dapat pahala menolong orang; kalau kena musibah, orang lain pula bantu kita. Adil dan berkat, bukan?

Memilih Takaful adalah satu langkah pengurusan risiko yang lebih efisien. Selain daripada perlindungan kenderaan yang komprehensif, anda juga berpeluang menikmati agihan lebihan (surplus) jika dana mencukupi. Ia adalah situasi win-win di mana risiko dikongsi bersama dan keuntungan bukan lagi milik mutlak syarikat semata-mata.