Bagaimana Vision Fund Yang Dibangunkan Oleh Softbank Mengalami Kerugian USD17 Bilion?

Tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa Masayoshi Son adalah orang Asia yang paling berani mengambil cabaran dan juga seorang yang visionary. Beliau merupakan bilionaire dari Jepun yang merupakan pengasas syarikat SoftBank Group.

Baca: Softbank, Syarikat Pelaburan Terbesar Dalam Sektor Teknologi Dunia

Masayoshi Son terkenal dengan melakukan pelaburan yang berisiko tinggi yang kadang kala sukar untuk difahami oleh pelabur biasa. Apa yang pasti, beliau merupakan seorang yang sangat berani melabur di dalam syarikat start-up sehingga mencecah berbilion dolar walaupun model perniagaan syarikat start-up itu tidak jelas.

Permulaan Masayoshi Son

Beliau mula terkenal di dalam dunia teknologi apabila melabur di dalam syarikat Yahoo dan Alibaba Group di era 1990-an. Pelaburan yang beliau lakukan ini telah memberi kekayaan yang luar biasa kepada dirinya dan juga SoftBank.

Sebelum berlakunya krisis dot-com bubble pada era milenium, beliau telah membeli hampir kesemua saham yang berkaitan dengan syarikat internet. Masayoshi Son pernah menjadi lelaki terkaya di dunia pada tahun 2000 selama tiga hari sebelum dot-com bubble berlaku yang menyebabkan beliau kehilangan hampir semua  wang pelaburanya.

Syarikat ini mula bangkit dengan kejayaan yang dimiliki oleh Alibaba di mana SoftBank mempunyai 25% pegangan di dalam Alibaba Group. Pelaburan yang dilakukan terhadap Alibaba telah membuka mata dunia dunia terhadap kehebatan yang dimiliki oleh Masayoshi Son.

Apa Itu Vision Fund?

Dengan rekod kejayaan pelaburan yang lepas, ia telah menjadikan Masayoshi Son disegani oleh pelabur yang lain terutamanya dari barat. Dengan memiliki rekod yang luar biasa, beliau bercita-cita tinggi untuk menguasai dunia teknologi. Beliau percaya hidup ini terlalu singkat untuk mengejar impian yang kecil.

Oleh yang demikian, beliau telah membangunkan satu tabung yang di namakan Vision Fund pada tahun 2016. Tabung ini merupakan hasil pengumpulan duit para pelabur yang ingin membuat pelaburan di dalam dunia teknologi.

Ketika mula memperkenalkan tabung ini, ramai pelabur di dunia ragu-ragu dan ada juga yang mentertawakan beliau kerana mereka tidak percaya bahawa Masayoshi Son mampu untuk mengumpul duit pelaburan yang banyak.

Kredit Gambar: Bloomberg

Walaupun begitu, sebahagian pelabur percaya terhadap pelan pelaburan Masayoshi Son, dan beliau dapat mengumpul sebanyak USD100 bilion dalam tempoh dua tahun sahaja. Di antara pelabur terbesar yang melabur di dalam Vison Fund ini adalah Arab Saudi, yang menggunakan dana kekayaan berdaulat mereka sebanyak USD45 bilion.

Selain daripada itu, Abu Dhabi juga turut menggunakan dana kekayaan berdaulat mereka sebanyak USD15 bilion untuk melabur. Syarikat teknologi terkenal juga tidak ketinggalan untuk membuat pelaburan seperti Apple, Foxxconn dan Qualcomm.

Bagaimana Vision Fund Mengalami Kerugian?

Setelah berjaya mendapat jumlah yang diperlukan, SoftBank mula melabur di dalam syarikat start-up yang terkenal di dunia. Di antara pelaburan yang menjadikan Vision Fund ini bermasalah adalah apabila SoftBank melabur dengan begitu tinggi sekali ke dalam Uber dan WeWork.

Kedua-dua syarikat ini telah menjejaskan kedudukan kewangan Vision Fund.

Kredit Gambar: Yahoo Finance

WeWork terjejas teruk apabila pengasasnya tidak mempunyai visi yang jelas di dalam teras perniagaan mereka. Manakala Uber pula berdepan dengan masalah disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Disebabkan inilah, Vision Fund yang dimiliki oleh SoftBank mengalami kerugian berjumalah USD17 bilion setakat ini.

Adakah Vision Fund Mampu Bertahan?

Dengan penularan wabak yang belum nampak penghujungnya lagi, prestasi Vision Fund ini tidak mendatangkan keuntungan. Cita-cita Masayoshi Son untuk membangunkan Vision Fund yang kedua nampaknya tidak akan berhasil dan menarik pelabur asing dengan melihat pelaburan yang berlaku terhadap Vision Fund pertama.

Kredit Gambar: Business Insider

Untuk membuat kesimpulan bahawa Vision Fund pertama ini gagal adalah terlalu awal kerana kebiasaan teknik pelaburan yang dilakukan oleh Masayoshi Son ini memakan masa yang lama sebelum mampu menuai hasil yang lumayan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Trend Menurun Semakin Mengukuh

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak semalam apabila jatuh MYR45 untuk ditutup pada paras MYR4,393. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada MYR4,435. Ia kemudiannya merekodkan paras tertinggi intrahari sebanyak MYR4,456 sebelum kegiatan jualan yang tinggi mengheret FCPO ini ke arah paras terendah sesi bernilai MYR4,382. Ia kemudian menutup dagangan pada MYR4,393 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan menguasai pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan komoditi ini jelas menurun melepasi paras sokongan penting bernilai MYR4,420 dan terus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga berada dalam keadaan menurun, yang menunjukkan bahawa momentum menurun adalah kuat dan terus berlangsung. FCPO kini dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,300. Kami tetapkan bias dagangan negatif memandangkan mereka yang menantikan penurunan harga berada dalam kawalan.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kini disemak kepada MYR4,700.

Selepas membuat penembusan menurun, paras sokongan pertama disemak kepada MYR4,300 dan diikuti oleh paras MYR4,200. Paras rintangan pertama pula sekarang berada pada MYR4,570 dan diikuti oleh paras ambang MYR4,700.