Cara Jual Bitcoin, ETH, XRP, Litecoin Menggunakan Platform Luno

Sebelum ini kami ada kongsikan berkenaan bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno. Alhamdulillah, semakin ramai orang yang terbuka minda mengenai pelaburan baru ini.

Kami juga ada berkongsi bagaimana Cara Beli Aset Digital Seperti Bitcoin Menggunakan Platform Luno. Tapi bila dah beli, mesti nak jual pula untuk dapatkan keuntungan atau lock profit kita.

Jom kita tengok cara-cara untuk menjual Bitcoin dengan menggunakan platform Luno ini.

1. Klik aplikasi Luno dan login

2. Klik ‘Wallets’, tekan SELL dan pilih Bitcoin (atau Ethereum, Litecoin, Ripple) yang anda ingin jual

3. Pilih ‘MYR wallet’, nanti Bitcoin terjual dia akan masuk ke dalam wallet kita

4. Klik ‘Confirm’ untuk pengesahan

5. Masukkan nombor pin 4 digit yang telah ditetapkan semasa pendaftaran akaun Luno

6. Setel, mudah saja kan?

7. Tapi duit tersebut ada dalam wallet, sekarang kita nak pindah ke akaun bank pula. Klik ‘Local Currency’

8. Klik ‘Withdraw’

9. Masukkan maklumat akaun bank, pastikan nama akaun bank adalah sama seperti nama kita dan bukan nama orang lain

10. Masukkan nombor pin 4 digit

11. Pilih akaun bank yang telah didaftarkan sebentar tadi

12. Luno akan caj RM0.10 sebagai yuran pengeluaran. Klik ‘Confirm’

13. Masukkan nombor pin 4 digit

14. Itu saja, tahniah anda telah berjaya memindahkan wang daripada wallet ke akaun bank

15. Status adalah ‘Pending, biasanya ia akan ambil masa 1-2 hari untuk transaksi tersebut berjaya

Cukup mudah untuk jual Bitcoin menggunakan platform Luno ini.

Nak Bitcoin Percuma?

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma masukkan kod 63B72W. Bila dah deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250, nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

FCPO: Mendatar Di Bawah Garisan SMA 50 Hari

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO menurun MYR2 untuk ditutup pada paras MYR4,535 selepas tekanan jualan muncul berhampiran garisan SMA 50 hari. Pada Jumaat, komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,547. Ia kemudiannya berayun antara MYR4,570 dan MYR4,518 sebelum menutup dagangan pada paras MYR4,535. Pergerakan harga ini mengesahkan bahawa garisan SMA 50 hari terus menjadi paras rintangan overhed.

Selagi komoditi ini berada di bawah garisan purata bergerak jangka sederhana ini, mereka yang menantikan penurunan harga akan mempunyai kelebihan teknikal. Sementara itu, paras rintangan kukuh dijangka berada pada paras MYR4,700. Dalam keadaan pasaran menurun, paras rintangan kukuh dan akan menghalang kenaikan harga komoditi ini. Kami akan terus berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO menembusi paras ambang MYR4,700 tersebut.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan terdekat sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840