Masa Depan Boeing Bergantung Kepada Industri Aeroangkasa Ketika Musim Pandemik

Boeing adalah syarikat yang tidak asing lagi dalam industri penerbangan komersial dunia. Syarikat ini bersama dengan Airbus telah mendominasi industri penerbangan dunia sejak hampir setengah dekad yang lalu.

Jika dibandingkan, perniagaan Boeing lebih tersusun berbanding dengan Airbus di mana mereka mempunyai pelbagai perniagaaan yang berkaitan dengan aeroangkasa seperti membina peralatan ketenteraan, menghasilkan jet pejuang serta juga terlibat dalam industri angkasa lepas.

Sebelum pandemik berlaku pada awal tahun 2020, Boeing  telah menghadapi masalah yang teruk di mana dalam tempoh 6 bulan, dua kapal terbang buatan mereka iaitu 737 MAX telah terhempas yang telah mengorbankan ke semua krew penerbangan bersama dengan penumpang.

Syarikat yang menjadi korban kepada dua kapal terbang buatan syarikat tersebut adalah Ethiopian Airlines dan juga Lion Air Indonesia.

Kredit Gambar: The Verge

Kesan kejadian tersebut telah memberi nama buruk kepada Boeing yang turut menjejaskan harga saham syarikat.

Kapal terbang buatan mereka dipercayai terhempas disebabkan masalah perisian (software) yang dibangunkan oleh syarikat tersebut sehingga menyebabkan berlakunya masalah teknikal semasa penerbangan. Imej buruk yang diterima oleh Boeing tidak berakhir di situ sahaja. Timbul pula masalah pandemik yang berlaku tahun lepas menyebabkan syarikat ini mengalami kesulitan di dalam perniagaan kapal terbang komersial.

Hampir semua sektor penerbangan dunia telah lumpuh disebabkan banyak negara telah mengharamkan industri penerbangan beroperasi di negara mereka disebabkan merebaknya wabak ini tanpa kawalan.

Walaupun begitu, Boeing masih lagi boleh bertahan disebabkan mereka bergantung kepada industi aeroangkasa yang banyak membantu syarikat tersebut bertahan daripada segi kewangan.

Kontrak yang diberikan oleh kerajaan Amerika Syarikat kepada Boeing melalui NASA turut membantu kedudukan kewangan syarikat.

Boeing merupakan syarikat yang dianugerahkan kontrak aeroangkasa terbesar oleh kerajaan Amerika Syarikat berbanding dengan syarikat lain di dalam industri yang sama.

Pada tahun 2014, Boeing telah memperolehi sebanyak USD4.2 bilion bagi menghasilkan roket untuk NASA.

Kontrak tersebut diberi untuk mengurangkan kebergantungan Amerika Syarikat kepada Rusia dalam misi menghantar angkasawan mereka ke ISS (International Space Station).

Boeing  telah memulakan penyelidikan untuk menghasilkan roket untuk NASA. Akhrinya pada tahun 2019, syarikat ini telah berjaya melancarkan roket pertama mereka yang dikenali sebagai Starliner.

Kredit Gambar: Futurism

Roket yang berjaya dilancarkan itu telah sampai ke orbit bumi. Tetapi malangnya, disebabkan kesilapan daripada segi perisian (software), Starliner tidak berjaya untuk sampai ke ISS yang menyebabkan misi tersebut terpaksa dibatalkan dan kembali ke bumi.

Misi ini dikira gagal dan turut mencemarkan imej Boeing  yang selama ini merupakan syarikat yang paling berpengalaman dalam industri aeroangkasa.

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang sesuai digambarkan dengan situasi yang berlaku kepada Boeing. Pelancaran roket gagal mencapai objektif manakala kapal penerbangan komersial yang terhempas menimbulkan keresahan para pelabur.

Para pelabur mula mempersoalkan strategi Boeing  yang dilihat terkebelakang berbanding dengan pesaingnya, terutamanya SpaceX yang telah berjaya membawa angkasawan NASA ke ISS.

Terdapat juga laporan audit NASA yang mengatakan Boeing telah terkebelakang dalam menyiapkan roket mereka berbanding dengan pesaing yang lain.

Projek yang tertangguh menyebakan NASA kecewa dengan perkembangan oleh Boeing ini.

Boeing dilihat gagal dalam menyempurnakan misi mereka dan ia merupakan sesuatu yang tidak patut berlaku kepada syarikat yang begitu gah sebelum ini.

Kini, mereka sedang bersiap untuk membuat pelancaran kedua roket dan kali ini mereka tidak boleh sama sekali gagal atau kontrak akan dikurangkan.

Kos pelancaran kali kedua oleh Boeing adalah berjumlah USD400 dan semestinya mereka sangat tertekan, lebih-lebih lagi apabila menggunakan wang para pembayar cukai negara Amerika Syarikat.

Sumber Rujukan:

Tahukah anda bahawa saham Boeing disenaraikan di pasaran saham Amerika Syarikat dan kita boleh beli saham mereka dengan minimum 1 unit saja?

First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti FacebookGoogleTesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?

Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.

Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
 Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma

Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA