Kenali 12 Ciri-Ciri Wanita Yang Bijak Urus Kewangan

Dalam banyak-banyak sifat wanita, sifat bijak urus kewangan adalah salah satu ciri wanita idaman lelaki. Tambahan pula jika anda sedang mencari calon isteri.

Wanita sebenarnya tak perlu buat-buat bodoh dalam hal yang berkaitan dengan kewangan. Wanita yang bijak adalah wanita yang boleh hidup bersendirian walaupun tiada lelaki di sampingnya.

Jom kita lihat ciri-ciri wanita yang bijak urus kewangan, boleh semak sama ada isteri atau teman wanita anda mempunyai ciri-ciri ini?

1. Mempunyai Matlamat

Wanita yang bijak mengurus kewangan adalah mereka yang mempunyai matlamat kewangan. Tahu berapa banyak perlu simpan setiap bulan, tahu berapa banyak yang perlu dilaburkan setiap bulan dan tahu perbezaan di antara keperluan dan kehendak.

Tapi itu tidak bermakna tiada langsung bajet untuk shopping.

2. Pandai Menyimpan

Sekiranya seseorang wanita tersebut tiada simpanan walaupun bekerja, itu tandanya mereka bukanlah seorang yang bijak mengurus wang.

Selain daripada matlamat tadi, kena pastikan ianya disusuli dengan tindakan.

3. Berdisiplin

Seseorang wanita tidak akan mudah untuk berbelanja sesuka hati. Walaupun ada jualan mega atau sale setiap bulan, mereka yang bijak pasti tidak akan mudah tergoda dengannya.

4. Tahu Platform Simpanan Yang Menguntungkan

Selalunya wanita berkerjaya akan membuat simpanan yang menguntungkan seperti menyimpan di ASB atau Tabung Haji biar pun belum berkahwin.

Adakalanya mereka menyimpan sejak muda lagi dan biarkannya ‘beranak-pinak’ di dalamnya..

5. Ada Pelan Perlindungan

Wanita yang bijak mengurus kewangan akan mempunyai pelan perlindungan diri sendiri. Hal ini tidak sedikit pun menjejaskan kewangan mereka kerana ia adalah sesuatu yang menguntungkan bagi mereka.

Statistik menunjukkan bahawa golongan wanita lebih terdedah kepada risiko masalah kesihatan, maka lagi awal ada perlindungan takaful lagi, lagi bagus.

6. Menyimpan Emas

Ada wanita yang sukakan emas perhiasan dalam bentuk gelang tangan, rantai dan bermacam-macam lagi. Lebih bijak lagi, wanita yang menyimpan emas sebagai aset.

Ambil tahu juga perbezaan di antara barang kemas dengan gold bar atau dinar.

Dan tahukah anda dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM64.50 (berdasarkan harga emas RM258 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian emas pertama anda hari ini juga.

7. Suka Ilmu Kewangan

Tak ramai wanita yang peka dan suka ilmu yang berkaitan dengan kewangan. Tapi seorang wanita yang bijak urus kewangan ini pasti suka untuk membaca atau membeli buku-buku berkaitan kewangan berbanding buku-buku lain yang tak bermanfaat.

8. Mempunyai Jiwa Bisnes

Sekalipun tidak meminati perniagaan, tetapi ada wanita yang sangat meminati sesuatu dan pandai untuk menjana pendapatan melaluinya.

Sebagai contoh ada yang pandai masak, pandai buat kek, pandai menjahit; maka wanita yang bijak adalah mereka yang boleh dapat duit dengan melakukan perkara yang diminatinya.

9. Berfikiran Jauh

Berfikiran jauh tentang kerjaya dan impian beberapa tahun lagi adalah ciri wanita yang bijak urus kewangan. Biasanya wanita yang mempunyai anak walaupun masih kecil, beliau sudah mempunyai rancangan rapi sebagai persediaan anak tersebut untuk membesar.

10. Tak Cerewet Bab Makan Dan Jalan-Jalan

Ada wanita yang terlalu memilih tentang makanan dan tempat untuk berjalan-jalan. Kalau boleh, nak makan di tempat yang mewah atau bercuti di luar negara.

Sayangilah wanita yang tak kisah untuk makan di tepi jalan atau sekadar pergi melancong ke tempat bajet.

11. Tak Kisah Gaji Suami Sedikit

Bagi yang dah berumahtangga, mereka sanggup terima suami mereka seadanya. Kalau gaji sedikit sekalipun, tak pernah nak mengadu walaupun dalam hati teringin sesuatu.

Tahap keyakinan mereka ini tinggi, rezeki Allah yang bagi, asalkan suami merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam hal-hal rumahtangga.

12. Berdikari

Yang terakhir sekali, mereka ini boleh berdiri sendiri dan berdikari. Dengan memiliki ciri-ciri di atas ini, pastinya wanita yang bijak boleh mengharungi kehidupan walaupun pelbagai cabaran yang datang.

Itulah dia 12 ciri-ciri wanita yang bijak mengurus kewangan yang anda perlu tahu. Bagi yang sedang mencari calon isteri, boleh tengok sama ada teman wanita anda sekarang ada atau tidak ciri-ciri idaman lelaki ini.

Sumber Rujukan: Public Gold Bangi

Previous ArticleNext Article

Tiga Firma Semikonduktor Mahu Labur US$100 Juta Di Pulau Pinang – Chow

GEORGE TOWN, 27 April (Bernama) — Tiga syarikat semikonduktor baharu berminat untuk melabur di Pulau Pinang membabitkan jumlah pelaburan sebanyak US$100 juta (US$1=RM4.76), kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).

Chow berkata pelaburan US$100 juta itu sebagaimana dinyatakan oleh Blue Chip Venture Capital (BCVC), berperanan penting dalam menarik pelaburan strategik ke Pulau Pinang dan dijangka merancakkan segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) negeri itu yang kian berkembang dengan ekosistem pembungkusan serba maju.

“WLCSP merevolusikan industri semikonduktor dengan bertindak membangunkan teknologi inovatif selain membantu pelanggan melaksanakan pembuatan pakej semikonduktor dengan volum tinggi.

“SJE pula berpengalaman luas dalam bahan, peralatan serta keupayaan penyelidikan dan pembangunan hebat manakala AMTE adalah penyedia utama radas pembuatan semikonduktor dihasilkan di China dengan produk utama tertumpu kepada peralatan ‘etching’ atau pengetsaan dan pemproses filem yang digunakan di bahagian hadapan pemprosesan semikonduktor,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Chow berkata pemeteraian memorandum persefahaman dengan syarikat semikonduktor itu dilaksanakan sewaktu berlangsungnya Sidang Kemuncak KL20 pada minggu lepas yang menjadi asas bagi hasrat itu.

Selain itu, menjawab gesaan bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya negeri itu menjalankan pascanilai bagi meneliti bagaimana Pulau Pinang terlepas peluang hab atau taman reka bentuk IC kepada Selangor, Chow menegaskan bahawa Pulau Pinang masih kekal menarik kepada pelabur.

Malah, beliau juga menyambut baik sebarang pertemuan dengan Lim untuk membincangkan perkara itu.

Dalam pada itu, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Blue Chip VC Tim Chen menyifatkan kerjasama dengan Pulau Pinang sebagai satu perkembangan penting dalam industri semikonduktor negeri itu dan akan memakan masa beberapa bulan sebelum dapat dilaksanakan.

“Usaha bersama ini dapat mewujudkan ratusan peluang pekerjaan,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Urusan Oriza PE Yao Hua, Pengasas Gallizul Capital Steven Hsieh dan Ketua Pegawai Eksekutif Rigol Technologies Wang Ning.

— BERNAMA