Sektor Pembuatan Sarung Tangan Getah Malaysia Merupakan Yang Terbaik Di Dunia

Sejak sebelum penularan wabak virus COVID-19 lagi, Malaysia adalah pengeluar sarung tangan getah yang terkenal di dunia. Syarikat TOPGLOVE adalah syarikat pengeluar sarung tangan getah nombor 1 di dunia.

Syarikat ini mempunyai pegangan pasaran sebanyak 26% dalam industri sarung tangan getah dunia. Malaysia merupakan pengeluar yang terbaik kerana memberikan sarung tangan yang berkualiti, harga yang berpatutan dan dapat membekalkan produk pada kadar yang berterusan.

Selain Malaysia, negara jiran Thailand juga adalah pengeluar sarung tangan getah yang besar di dunia. Malaysia dan Thailand membekalkan sarung tangan getah kepada semua benua di dunia.

Namun begitu, sejak penularan wabak COVID-19 permintaan terhadap produk sarung tangan meningkat dengan begitu ketara sekali. Presiden Malaysian Rubber Glove Manufacturers Association (MARGMA), Supramaniam berkata pada permintaan sarung tangan getah akan kekal tinggi sehingga tahun 2023.

Sumber: Malaysiastock.biz

Keuntungan TOPGLOVE naik mendadak disebabkan permintaan sarung tangan getah yang melambung tinggi ini.

Industri sarung tangan getah mempunyai kadar pertumbuhan yang baik iaitu 10% – 15%. Hal ini kerana dengan kesedaran pengguna untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran meningkatkan lagi permintaan sarung tangan getah.

Pengeluaran sarung getah dunia juga dijangka meningkat sehingga 420 bilion setahun dari 380 bilion tahun lepas.

Dengan pertumbuhan yang sihat, hasil eksport negara juga meningkat 103% dalam tahun 2020. Syarikat TOPGLOVE boleh membekalkan lebih dari 100 billion sarung tangan getah setiap tahun.

Manakala syarikat pesaing yang lain seperti HARTALEGA dan SUPERMAX masing–masing membekalkan 10 bilion dan 48 bilion gloves setahun.

Persaingan yang sihat antara syarikat pengeluar di Malaysia antara sebab Malaysia mampu memberikan harga yang kompetitif pada produk sarung tangan getah. Syarikat pengeluar yang kecil juga mendapat manfaat dari permintaan sarung tangan getah sejak pandemic bermula.

Antaranya adalah CAREPLUS yang mana sebelum ini berada dalam keadaan getir kerana merekodkan kerugian tiga tahun berturut-turut tetapi dengan permintaan sarung tangan sepanjang pandemik, mereka berjaya mencatatkan keuntungan yang berganda. Kini CAREPLUS dalam pelan jangka panjang untuk mengembangkan bisnes mereka.

Hampir 90% syarikat pengeluar sarung tangan mencatatkan peningkatan 2-10 kali ganda kerana Malaysia menjadi pusat pengeluaran sarung tangan getah yang berjaya di dunia.

Ramai pelabur berjaya mengambil manfaat dengan peningkatan harga saham syarikat pengeluar sarung tangan getah. Dijangka industri ini akan terus berkembang dengan pesat pada masa 2–3 tahun akan datang.

Dapatkan Ilmu Asas Dalam Pelaburan Saham

Adakah anda seorang yang:

✅ Tiada asas pelaburan saham

✅ Nak mula melabur saham tapi kurang yakin

✅ Dah pernah belajar tentang saham, tapi dah lupa ilmu di kelas sebelum ini

✅ Belum jumpa teknik yang sesuai dengan diri

✅ Tidak tahu masa terbaik untuk beli saham

✅ Tidak faham membaca chart

✅ Tiada panduan dalam melabur saham

Jika ANDA tergolong dalam salah satu daripada perkara di atas, jangan risau!

Webinar Senang Saham 3.0 dapat membantu anda dengan kelas intensif selama 3 hari.

Ya! 3 hari! Belajar sampai lebam, belajar sampai jadi! Ada duit tapi tanpa ilmu, tiada gunanya.

Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:

ANALISIS FUNDAMENTAL

ANALISIS TEKNIKAL

SENTIMEN

TRADING PLATFORM

SCREENER

Haa! Habis kelas ni, anda tak ragu-ragu lagi!

Dapatkan seat anda sekarang, kerana ada harga promosi menanti di -> https://thekapital.my/senangsaham

Klik Webinar Senang Saham 3.0

Previous ArticleNext Article

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.