Shopeepay Memperkenal Ciri Baharu ‘Deals Near Me’ Demi Mendorong Pengguna Atas Talian Membeli Belah Di Kedai-Kedai Luar Talian

Dompet mudah alih ShopeePay telah memperkenalkan ciri baharu ‘Deals Near Me’ yang akan mendorong pengguna aplikasi ShopeePay untuk membeli belah di kedai-kedai luar talian secara efisien. Ciri baharu ini juga dapat memperkenalkan kepada para pengguna tawaran-tawaran terbaik yang sedia ada dikawasan berhampiran mereka sempena kempen Raya Bersama Shopee yang sedang berlangsung hingga 14 Mei.

‘Deals Near Me‘ merupakan salah satu ciri atas talian ke luar talian atau online-to-offline (O2O) yang menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi. Melalui ‘Deals Near Me’, perniagaan-perniagaan luar talian seperti kafe, restoran, dan penyedia perkhidmatan boleh menawarkan diskaun-diskaun mereka dalam bentuk baucar ShopeePay untuk ditemui oleh para pelanggan berdekatan. Para pengguna boleh membeli baucar dengan mudah di aplikasi Shopee, dan menebusnya serta-merta di kedai yang mengambil bahagian untuk menikmati pulangan tunai yang menarik apabila mereka membayar dengan ShopeePay.

Menurut Alain Yee, Ketua ShopeePay Malaysia, baucar-baucar ini akan membantu kedai luar talian untuk menarik perhatian para pengguna yang lazimnya gemar membeli-belah atas talian. Pandemik COVID-19  meninggalkan impak kepada tabiat berbelanja dan cara membeli belah rakyat Malaysia. Oleh itu, penting bagi perniaga-peniaga luar talian untuk memikirkan cara-cara baharu untuk menarik minat pelanggan-pelanggan ini untuk memasuki premis perniagaan mereka.

“Melalui Deals Near Me, para peniaga di luar talian dapat meningkatkan pendedahan perniagaan mereka kepada pembeli-pembeli atas talian. Kami juga akan menawarkan pulangan tunai melalui ciri baharu ini demi menggalakkan lagi pengguna-pengguna di kawasan berdekatan untuk mengunjungi premis-premis perniagaan yang menyertai program baucar ShopeePay ini. Kami percaya bahawa  tawaran-tawaran yang relevan kepada pengguna mampu meningkatkan jumlah jualan  para peniaga. Perkara ini penting, lebih-lebih lagi demi pemulihan perniagaan luar talian terutamanya dalam sektor peruncitan dan perkhidmatan  yang terkesan oleh tempoh kawalan pergerakan yang berlanjutan. Kami juga percaya bahawa ciri baharu ini memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak iaitu pengguna dan kedai yang mengambil bahagian, dalam pada kami mencipta pengalaman membeli-belah yang mudah, lancar dan penuh dengan ganjaran,” katanya.

Sejak 1 April, ciri tersebut telah membawa lebih daripada 100,000 pelanggan kepada 130 peniaga awal yang menggunakan Deals Near Me. Kedai-kedai terlaris termasuk MR DIY, Tealive dan The Black Whale.

Ciri baharu ini dilancarkan sempena kempen Raya Bersama Shopee. Oleh itu, pihak Shopeepay telah memperkenalkan baucar khas bulan Ramadan yang akan dipromosikan pada tiga waktu yang berbeza: Sahur Specials pada jam 5 pagi, Jom Berbuka dengan ShopeePay pada jam 12 tengah hari, dan Moreh Specials pada jam 10 malam.

Para pengguna Shopee boleh membeli baucar-baucar ini dengan harga serendah 5 sen untuk mendapatkan pulangan wang tunai hingga RM8, dari kedai-kedai seperti Nasi Kandar Pelita, Nando’s, TGI Friday’s, Boat Noodle, Johnny’s, OLDTOWN White Coffee, J.Co Donut dan Hokkaido Baked Cheese Tart.

Kempen Raya Bersama Shopee juga akan menawarkan para pengguna penghantaran percuma tanpa pembelanjaan minimum dan tawaran daripada serendah RM1.

Para pengguna juga boleh menikmati dua hari membeli-belah yang sangat istimewa – Jualan Hebat Raya pada 23 April dan Pesta Jualan Raya pada 5 Mei, yang bakal menawarkan tawaran yang menakjubkan kepada rakyat Malaysia serta diskaun hingga 80% untuk peralatan rumah, perabot, pakaian Hari Raya, hiasan dan banyak lagi sebagai persiapan untuk Hari Raya.

Menambah lagi kepada keriangan pada hari-hari istimewa ini, para pengguna akan dihiburkan dengan rancangan Raya Bersama Shopee pada 23 April jam 10 malam, diikuti dengan rancangan Jom Heboh Di Rumah pada 4 Mei jam 9 malam dan 5 Mei jam 2 petang yang akan disiarkan di Shopee Live, TV3 dan Tonton. Rancangan-rancangan ini akan menampilkan Duta Shopee untuk Hari Raya ini, Iman Troye dan juga artis serta selebriti tempatan seperti Anuar Zain, Ernie Zakri, Kaka Azraff, Syamel, Chef Wan dan ramai lagi.

Tan Ming Kit, Pengurus Kanan (Pemasaran), Shopee Malaysia berkongsi bahawa platform e-dagang tersebut juga akan memudahkan rakyat Malaysia yang ingin memberi sumbangan kepada masyarakat pada bulan Ramadan ini melalui inisiatif amal #ShopeeGivesBack.

“Kami juga ingin menggunakan kebolehan platform kami untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengerjakan amal jariah. Dengan ini, para pengguna Shopee boleh menghulurkan sumbangan serendah RM1 kepada Budimas Charitable Foundation, Pertubuhan Kasih Neelofa, Protect and Save the Children, SimplySiti Di Hati, Shelter Home for Children, Ukhwah for Ummah dan banyak lagi untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada kanak-kanak dan keluarga yang kurang bernasib baik. Selain itu, barisan selebriti seperti Siti Nordiana, Izzue Islam dan Farahanim Razak akan membincangkan tentang isu-isu sosial serta pandangan mereka mengenai aktiviti amal di Shopee Live pada jam 3 petang, setiap hari Jumaat sepanjang kempen ini,” kata Tan.

Sambutan Hari Raya bakal menjadi lebih menarik dengan dua unit Perodua Ativa, motosikal Yamaha, hingga 25 juta Syiling Shopee dan hadiah-hadiah hebat lain untuk dimenangi apabila rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam One or Not serta Share and Win Prizes.

Rancangan permainan Kotak Duit Raya juga kembali setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12 tengah hari di Shopee Live, di mana para pengguna berpeluang memenangi hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM3,000 setiap hari yang akan berganda sehingga RM9,000 maksimum jika tiada pemenang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Raya Bersama Shopee, layari https://shopee.com.my/m/raya-sale.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Mengenai ShopeePay

ShopeePay ialah dompet mudah alih bersepadu yang menawarkan pengguna akses mudah kepada perkhidmatan pembayaran digital. Dilancarkan pada tahun 2015, ShopeePay memberikan pengalaman membeli-belah yang lancar dengan membolehkan pengguna membuat pembayaran atas talian di Shopee, menambah nilai dompet mereka, memindahkan dan mengeluarkan wang, dan membuat pembayaran di luar talian di beribu-ribu lokasi perniagaan.

ShopeePay memudahkan pengguna untuk berbelanja dan menjalankan perniagaan. Ia memberi pengguna pilihan pembayaran yang mudah, selamat, dan dilengkapi ganjaran; ia memperkasakan perniagaan dan membantu mereka untuk merebut peluang baharu.

ShopeePay adalah sebahagian daripada SeaMoney, bahagian perkhidmatan kewangan digital Sea Group. Sebagai penyedia pembayaran dan perkhidmatan kewangan digital terkemuka di Asia Tenggara, misi SeaMoney adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan di rantau ini melalui perkhidmatan kewangan menerusi teknologi.

Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeePay dan SeaMoney, layari https://www.seamoney.com.

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.