Kajian Kes Bagi ‘N’ Dalam CANSLIM

Pelaburan saham adalah satu perniagaan yang perlu kita ambil serius. Bukan untuk kita ‘main saham’ kerana ia sudah semestinya bukan satu permainan tetapi ia adalah satu perniagaan.

Malah perniagaan yang kita ceburi ini melibatkan jualan puluhan dan jutaan ringgit.

Maka untuk menjadi seorang pelabur saham yang bagus, kita perlu memahami perniagaan saham yang kita terlibat itu dengan baik. Pemilihan saham yang betul boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah CANSLIM yang diasaskan oleh William J. O’Neil.

Pemilihan saham menggunakan kaedah CANSLIM ini adalah cara pantas untuk mencari saham-saham yang berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut. Pada penulisan ini, kita akan lihat kepada elemen ‘N’ iaitu new product, new management dan new event.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham. Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Untuk kriteria yang ketiga adalah ‘N’ iaitu perkara-perkara yang baru berlaku dalam syarikat atau dipanggil catalyst. Syarikat yang baik akan sentiasa mencipta sesuatu yang baru atau mencari inovasi yang baru untuk mengekalkan syarikat sentiasa relevan dalam industri.

Kriteria ‘N’ merangkumi sesuatu produk yang baru, personaliti kepimpinan yang baru atau apa-apa berita yang baru dikeluarkan oleh syarikat.

Jika sesuatu yang baru itu adalah positif atau memberi kesan kepada pendapatan syarikat dan kesan kepada kepimpinan syarikat maka ia akan menarik pelabur untuk melabur ke dalam syarikat tersebut.

Sebagai contoh, syarikat Mah Sing Group (MAHSING) yang pada asalkan adalah sebuah syarikat property developer namun pada tahun 2020 syarikat tersebut telah mengumumkan akan terlibat dalam industri pengeluaran sarung tangan getah yang mana pada ketika itu sarung tangan getah mendapat permintaan yang tinggi.

Hasil daripada pengumuman itu harga saham syarikat Mahsing telah melonjak naik sehingga 100%.

Kredit: Trading View

Harga saham MAHSING berada di sekitar RM0.70 sebelum pengumuman dibuat. Harga melonjak naik ke paras RM1.40 hanya dalam masa beberapa hari.

Selepas 7 bulan daripada pengumuman tersebut, syarikat MAHSING sekali lagi membuat pengumuman bahawa mereka telah bersedia untuk mengeluarkan sarung tangan getah dan telah berjaya mendapat tempahan sarung tangan sehingga bulan September 2021.

Harga saham MAHSING meningkat 10% selepas pengumuman dibuat.

Kredit: The Edge Markets

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu sentiasa peka dengan berita semasa dan membuat kajian terperinci mengenai syarikat yang ingin kita laburkan. Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘N’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.