Bagaimana Untuk Tingkatkan Hasil Jualan Melalui Instagram?

Nak taknak, kita tidak lagi boleh bergantung kepada hanya satu punca pendapatan sahaja. Salah satu cara anda boleh lakukan adalah dengan berniaga di Instagram. Ramai yang buat cara ni, tapi bagaimana ya nak mula?

Zaman sekarang boleh dikatakan hampir semua orang mempunyai telefon pintar. Situasi ini telah menyebabkan rangkaian jaringan sosial semakin rancak berkembang. Tambahan pula dengan pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun dengan percuma.

Dan di antara aplikasi yang popular adalah Instagram. Ia merupakan aplikasi di mana penggunan boleh berkongsi pelbagai foto menarik. Dengan jumlah pengguna yang beratus juta orang, ia pasti dapat membuka peluang baru kepada para usahawan untuk mempromosikan produk mereka.

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk pengiklanan menggunakan Instagram.

4 Tips Nak Tingkatkan Hasil Jualan Di Instagram

1. Like Foto Pelanggan Sasaran

Antara tips yang paling mudah untuk anda gunakan adalah like foto pelanggan sasaran anda. Mudah bukan?

Mungkin ada yang beranggapan bahawa cara ini nampak temeh, tetapi sebenarnya ia boleh memberi kesan yang besar dalam perniagaan anda. Kebanyakkan pemilik Instagram akan berasa gembira sekiranya gambar mereka mendapat like yang banyak.

Anda pun samakan? Anda juga boleh meninggalkan komen berunsur pujian pada foto mereka. Tapi lakukanlah dengan ikhlas.

Mana tahu mereka akan follow anda pula lepas ni? Anda juga yang untung sebab selalunya pengguna akan tertarik kepada akaun Instagram yang mempunyai ramai pengikut.

2. Guna Foto Yang Menarik

Disebabkan Instagram ini menjurus kepada perkongsian foto, pastikan anda menggunakan foto yang menarik. Ini kerana terdapat jutaan foto yang dimuat naik setiap hari melalui aplikasi ini. Anda tidak perlu memiliki kelayakan sebagai jurugambar profesional, cuma perlu memastikan foto tersebut menonjol.

Dua perkara yang perlu dititik beratkan adalah pencahayaan dan juga sudut yang sesuai. Jika kedua-dua aspek ini digabungkan dengan betul, ia pasti akan membuatkan foto yang dikongsi itu kelihatan lebih unik dan menarik.

3. Guna Kamera Telefon Yang Elok

Satu lagi tips adalah untuk mengambil gambar menggunakan kamera telefon yang elok. Tak dinafikan aplikasi Instagram juga membolehkan anda untuk mengambil gambar yang menarik.

Tetapi untuk tujuan bisnes, mungkin lebih sesuai sekiranya anda mengambil gambar terlebih dahulu menggunakan kamera telefon pintar anda. Sekarang banyak telefon pintar yang dilengkapi dengan dwi-kamera yang dapat menghasilkan kualiti foto yang terbaik.

Kemudian gunakannya untuk membuat kawalan sewaktu ingin mengambil foto tersebut – samada ingin zoom, fokus atau mengubah pencahayaannya.

4. Beri Perhatian Kepada Background Foto

Anda juga perlu mengambil perhatian terhadap background foto yang ingin anda gunakan tersebut. Kadang-kadang background sesuatu foto itu lebih menonjol berbanding dengan objek utama yang ingin anda jual itu.

Anda pasti mahu produk anda menjadi perkara yang paling menonjol dalam foto tersebut bukan? Pasti menjadi satu kerugian sekiranya followers anda tidak perasan dengan produk yang ingin anda jual itu.

Jom Kita Berniaga, Tetapi Perlu Berilmu dan Bersabar

Dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar, kita perlu lakukan sesuatu. Nak berniaga ni bukannya mudah, dan tak susah asalkan anda pergi menuntut ilmu terlebih dahulu. Dan yang paling penting sekali adalah kesabaran. Memang agak sukar untuk mendapatkan jumlah followers yang tinggi.

Mana taknya, jumlah followers akan mempengaruhi rasa percaya prospek terhadap peniagaan online kita. Jika followers anda masih tidak mencapai sasaran yang anda harapkan, jangan risau; teruskan dan tingkatkan lagi usaha. Anggaplah ini sebagai salah satu usaha dalam pembinaan jenama dan produk atau servis anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.