6 Langkah Menjimatkan Penggunaan Elektrik

Zaman pandemik ini, pastinya ramai yang duduk di rumah, bekerja dari rumah dan belajar pun dari rumah. Lalu ianya menjadi satu bebanan apabila bil elektrik meningkat naik setiap bulan.

Penggunaan elektrik yang tidak efisien menyebabkan ramai keluarga yang berhadapan masalah ini. Berikut adalah 6 langkah untuk menjimatkan bil elektrik anda di rumah.

Semoga perkongsian ini dapat membantu masalah bil elektrik anda yang tinggi.

1. Tutup Suis Selepas Digunakan

Ramai yang ambil sikap sambil lewa tentang perkara ini. Masih ramai juga yang membiarkan suis terbuka selepas digunakan.

Tiada ruginya jika anda meringankan tangan untuk menutup suis televisyen, kipas ataupun lampu selepas anda menggunakannya.

2. Peti Sejuk

Adakah anda tau bahawa peti sejuk menjana tenaga elektrik yang sangat tinggi. Sekiranya anda ingin menggunakannya secara efisien dan optimum, anda perlu memastikan pintu peti sejuk anda ditutup dengan rapat.

Anda juga tidak digalakkan untuk membuka peti sejuk secara kerap melainkan anda ingin mengeluarkan isi di dalamnya sahaja.

3. Bersihkan Penapis Pendingin Hawa

Untuk pengetahuan anda, penapis pendingin hawa yang kotor akan menyebabkan ia tersumbat sekaligus menjatuhkan kadar keberkesanannya dengan mendadak. Oleh yang demikian, kekerapan anda untuk membersihakn penapis pendingin hawa anda amat diperlukan.

4. Menggosok Baju Dalam Kuantiti Yang Banyak

Seterika memerlukan tenaga yang amat besar untuk panas. Jika anda menggosok baju pada setiap hari dengan kuantiti yang sedikit, ia akan menyebabkan jumlah tenaga meningkat berlipat kali ganda.

Oleh itu, disarankan untuk anda menggosok baju dengan kuantiti yang banyak seminggu sekali.

5. Perhatikan Label Penggunaan Tenaga

Disarankan kepada ada untuk menjadi pembeli yang cekap dan peka ketika membeli barangan-barangan elektrik. anda perhatikan, barangan elektrik telah dilabelkan dengan pelekat penggunaan tenaga.

Oleh yang demikian, untuk anda mencari barangan elektrik yang mempunyai pelekat ini. Pada pelekat ini juga terdapat peratusan penggunaan elektrik.

6. Menukar Mentol

Antara Mentol LED yang best-seller di Shopee

Sebaiknya gunakan lampu LED untuk mendapatkan lebih penjimatan elektrik. Lampu LED ini bukan sahaja mampu mengurangkan  penggunaan tenaga elektrik malah ianya juga tidak memerlukan masa untuk memnaskan lampu sebelum ianya menyala.

Jika dibuat perbandingan, lampu LED ini juga lebih tahan lama berbanding lampu yang biasa.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tiada Lagi Caj RM1 Pengeluaran Wang Di Semua Mesin ATM Mulai 1 Julai

KUALA LUMPUR: Pelanggan semua bank di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin teler automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) tanpa dikenakan caj RM1 mulai 1 Julai 2026.

Pengumuman itu dibuat Persatuan-Persatuan Bank di Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Menurut ketiga-tiga pihak itu, inisiatif berkenaan membolehkan pemegang kad debit di Malaysia mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara, tanpa mengira bank pengeluar kad mereka, dengan pengeluaran tunai percuma tanpa had.

“Pengecualian caj itu terpakai bagi ATM dan SRM yang dikendalikan oleh bank-bank di Malaysia,” menurut kenyataan bersama itu.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, inisiatif itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mencerminkan komitmen berterusan industri perbankan untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses, insklusif dan berpatutan kepada pelanggan.

Ia berkata, industri perbankan mengiktiraf bahawa wang tunai masih kaedah pembayaran yang penting dan asas bagi ramai rakyat Malaysia dalam mengurus kehidupan harian mereka.

Justeru, katanya, pemansuhan caj pengeluaran tunai ATM antara bank mencerminkan komitmen industri dalam memastikan akses yang boleh dipercayai, mudah dan berpatutan, di samping membantu meringankan beban kewangan harian rakyat.

Inisiatif itu menegaskan usaha berterusan sektor perbankan untuk menyokong semua lapisan masyarakat dengan memastikan pelanggan mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan yang praktikal, insklusif dan berfokuskan pelanggan.

Walaupun wang tunai masih merupakan pilihan penting bagi banyak komuniti, industri turut mengalu-alukan peningkatan penggunaan pembayaran digital dan tanpa tunai di seluruh negara.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, seiring dengan kemajuan Malaysia ke arah ekonomi yang lebih digital, bank akan terus memperkukuh dan mempromosikan penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang selamat, lancar dan mudah sebagai alternatif yang sesuai untuk transaksi harian.

Katanya, industri kekal komited untuk memperkasakan pelanggan dengan kebebasan memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan mereka, di samping memajukan keterangkuman kewangan dan meningkatkan pengalaman perbankan secara keseluruhan untuk semua rakyat Malaysia.

— Berita Harian