3 Langkah Untuk Mulakan Perancangan Kewangan Hari Ini Juga

Perancangan kewangan ini boleh dilakukan dan diamalkan oleh semua orang termasuklah pelajar sekolah, remaja, dewasa mahupun orang tua. Tetapi sudah pasti keperluan di setiap peringkat umur adalah berbeza.

Tapi sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan perancangan kewangan?

Perancangan kewangan didefinisikan sebagai satu usaha untuk menguruskan kewangan dengan lebih sistematik dan teratur.

Mengapa perancangan kewangan penting?

Ianya adalah penting kerana keupayaannya untuk mengawal aliran wang keluar dan masuk. Kena pastikan aliran tunai kita positif setiap bulan dan mempunyai wang yang cukup untuk pelaburan dan mencapai objektif jangka masa panjang seperti menyimpan untuk beli rumah atau sebagai persediaan untuk bersara.

Oleh itu, terdapat 4 langkah penerapan perancangan kewangan yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

Langkah 1: Kumpul Maklumat

Fasa ini merupakan permulaan kepada perancangan kewangan. Kita harus mencari tujuan utama mengapa perlukan perancangan kewangan samada untuk jangka masa panjang atau pendek.

Senaraikan dahulu beberapa perkara seperti:

  • Pendapatan
  • Perbelanjaan
  • Hutang

Langkah 2: Objektif

Seterusnya kita kena tahu objektif atau matlamat kewangan yang ingin dicapai.

Bagi orang bujang, mungkin objektifnya untuk kumpul duit untuk kahwin. Bagi yang sudah berumahtangga pula, mungkin objektifnya untuk menyimpan untuk pendidikan anak-anak.

Bagi yang dah berumur sedikit, mungkin tengah persiapkan tabung persaraan yang bakal tiba tak lama lagi.

Bila dah tahu apa matlamat kewangan dan berapa jumlah yang ingin dikumpul, barulah bersemangat sedikit untuk membuat langkah seterusnya.

Langkah 3: Pelaksanaan

Ini merupakan fasa yang sangat penting dalam menguruskan kewangan. Maklumat dah ada, objektif dah ada, sekarang masa untuk melaksanakannya.

Sekiranya kita perlu potong perbelanjaan yang tidak perlu, maka potonglah. Sekiranya perlu untuk tingkatkan perbelanjaan dengan membuat kerja part-time, maka buatlah.

Yang penting, kita bertindak hari ini juga. Walaupun rasa macam tak banyak yang boleh dibuat sekarang, tapi percayalah lambat-laun kesannya dapat dirasai juga.

Bak kata pepatah, “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”.

Previous ArticleNext Article

BNM Denda AEON Credit RM520,000 Susulan Pelanggaran Sekatan Kewangan

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan denda sebanyak RM520,000 ke atas AEON Credit Service (M) Bhd atas pelanggaran keperluan sekatan kewangan bersasar.

Bank pusat itu memaklumkan, AEON Credit yang juga unit Malaysia milik syarikat Jepun, Aeon Co, telah mengambil langkah pembetulan susulan pelanggaran berkenaan, selain mengadakan latihan penyegaran kepada kakitangan berkaitan bagi memastikan pematuhan diperkukuh.

BNM dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, tindakan penguatkuasaan itu diambil susulan pelanggaran terhadap keperluan sekatan kewangan bersasar yang ditetapkan.

AEON Credit bagaimanapun telah melaksanakan langkah penambahbaikan dalaman sebagai sebahagian daripada usaha memperkemas pematuhan terhadap keperluan kawal selia. – Reuters