11 Jenis Rumah Moden Yang Ada Di Malaysia

Ada orang suka rumah atas tanah, ada sedikit ruang untuk bercucuk tanam & wujud suasana berjiran yang kondusif. Yalah, kalau ada jiran senang nak minta tolong itu ini. Ada jugak rumah landed yang takde pagar, lagi mudah nak redah rumah jiran.

Tak kurang juga yang suka tinggal rumah bertingkat-tingkat. Nak privacy katanya. Pergi kerja, balik kerja, duduk dalam rumah diam-diam. Taknak bergaul sangat dengan orang sekeliling. Juga disebabkan harga rumah jenis ini lebih murah jika dibandingkan dengan rumah landed.

Landed vs Strata

Jom kita fahamkan dahulu istilah yang digunapakai.

LandedStrata
  • Landed atau atas tanah, rumah akan dibina dengan satu tingkat, dua tingkat, tiga tingkat dan selebihnya.
  • Tanah bagi rumah jenis ini dimiliki secara persendirian oleh pemilik rumah tersebut (geran individu).

 

  • Strata atau level, rumah dibina bertingkat-tingkat di sebuah kawasan tanah. Dan setiap tingkat akan terdapat beberapa unit rumah.
  • Tanah bagi rumah jenis ini dimiliki secara perkongsian dengan semua pemilik unit rumah tersebut (strata title/geran strata).

Sekarang kita tengok pula jenis-jenis rumah yang ada di Malaysia:

1. Rumah Teres

Bentuk rumah teres macam sandwich disebabkan tiada ruang kosong antara rumah jenis ini. Di kiri atau kanan rumah pasti ada sebuah rumah lain. Sedikit tanah kosong terdapat di belakang atau di depan rumah teres, yang biasanya akan digunakan untuk bercucuk-tanam, sidai baju dan ruang tempat letak kereta. Kalau nak luas sikit, tambah duit sikit untuk dapatkan rumah corner lot.

Kalau berjaya dapat corner lot memang meriah, ruang tanah yang besar di tepi rumah boleh bina swimming pool kecil-kecilan dan sesekali berBBQ dengan keluarga. Biasanya rumah corner lot ni ruang keluasan hampir dua kali ganda daripada rumah teres lain.

2. Rumah Berkembar

Jenis rumah landed yang kedua iaitu rumah Semi-Detached (Semi-D) atau rumah berkembar. Rumah jenis ini bersebelahan dan melekat di tengah. Di tepi yang bertentangan akan ada ruang kosong yang biasanya pemilik rumah akan tambahkan tempat letak kereta, berkebun, landskap dan sebagainya. Ada juga pemilik rumah yang membuat pengubahsuaian dengan menambah bilik atau besarkan ruang.

3. Banglo

Kebiasaannya rumah banglo dimiliki oleh golongan berada. Rumah banglo akan mempunyai kawasan yang agak luas di sekelilingnya dan jarak di antara satu rumah dengan rumah yang lain pun agak jauh. Rumah banglo juga dikenali sebagai detached house.

Pemilik rumah banglo seharusnya menggunakan keluasan di sekeliling rumah dengan baik seperti bercucuk tanam, membina tempat untuk beriadah, kolam renang dan sebagainya.

4. Flat

Flat biasanya dibina dalam satu kawasan tertutup dan mempunyai beberapa blok dengan setiap blok mempunyai 3 ke 14 tingkat atau lebih. Rumah jenis ini adalah rumah yang paling murah dan kebanyakan rumah jenis ini adalah kos rendah. Terdapat rumah flat yang ada kemudahan deretan kedai, taman permainan, dewan komuniti dan surau.

Pemilik rumah flat hanya memiliki ruang koridor di luar rumah dan dikongsi dengan pemilik sebelah menyebelah. Parking kereta pula siapa cepat dia dapat, kereta double parking tanpa tarik handbrake tu perkara biasa.

5. Apartment

Keluasan apartment lebih besar daripada flat samada di dalam atau di luar rumah. Dari segi harga pula, boleh dikatakan apartment berada di dalam lingkungan kos sederhana dan lebih murah berbanding kondominium.

Pemilik apartment memiliki keseluruhan dan kawasan di depan unitnya. Antara kemudahan yang disediakan termasuk pengawal keselamatan, ruang letak kereta berbumbung, kolam renang, gymnasium, kedai runcit dan lain-lain.

6. Serviced Apartment

E&O Residences Kuala Lumpur

Pada kebiasaannya serviced apartment ini lengkap dengan perabot (fully furnished) dan penuh dengan kemudahan kepada penduduk seperti tempat letak kereta persendirian, kolam renang, gymnasium dan sebagainya. Biasanya serviced apartment terletak dibandar- bandar besar.

Mewahnya seperti menyewa di hotel, tetapi mempunyai ruang yang lebih besar dan dapur untuk masak.

7. Kondominium

Kondominium adalah rumah strata yang paling mewah. Rekabentuknya lebih moden, luas dan kemudahan yang disediakan lebih mewah, sistem keselamatan juga lebih baik daripada rumah flat dan apartment. Jarak antara unit rumah juga biasanya tidak serapat apartmen (jiran jauh-jauh).

Setiap pemilik biasanya dibekalkan dengan kad akses untuk memasuki kawasan kondo. Setiap unit akan diberikan ruang letak kereta berdaftar. Kondo juga mempunyai clubhouse yang terdapat swimming pool, gym, surau, kedai, pejabat pengurusan, kedai dobi dan pelbagai kemudahan lain. Kondo juga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu standard, penthouse dan duplex.

Antara kos lain yang terlibat bila beli kondominium adalah perlu bayar maintenance fee setiap bulan.

8. Townhouse

Sumber gambar : IOI Properties

Townhouse adalah satu jenis rumah yang agak menarik merupakan gabungan di antara strata dan landed. Rumah townhouse biasanya 2 tingkat atau lebih. Uniknya townhouse ini kerana rupanya seolah-olah rumah teres tapi setiap tingkat ada unit yang tidak bersambung antara satu sama lain.

Pemilik rumah akan memiliki pintu rumah berbeza dan bahagian letak kereta sendiri. Untuk rumah townhouse 2 tingkat, kawasan sekitar rumah akan dibahagi dua tetapi rumah townhouse lebih dari 3 tingkat tidak mempunyai kawasan yang luas sama seperti rumah strata lain.

Antara contoh rumah townhouse adalah projek Sunway Montana di Desa Melawati yang berharga RM1.4 juta.

9. SOHO (Small Office Home Office)

Kerja dan tempat tinggal digabungkan kedua-duanya, jadilah SOHO. Sesuai untuk orang bujang yang bekerja daripada rumah dan mempunyai waktu kerja yang fleksibel, bolehlah menetap di SOHO. Bangun tidur je, terus masuk pejabat.

10. SOFO (Small Office Flexible Office)

SOFO pula menawarkan fleksibiliti daripada segi tempat tinggal yang boleh bertukar kepada ruang pejabat dan sebaliknya. SOFO biasanya tiada dinding atau partition yang memisahkan, maka ia boleh berubah dengan senangnya.

11. SOVO (Small Office Virtual Office)

SOVO pula lebih sesuai bagi syarikat yang baru nak bermula, di mana ia mempunyai semua kemudahan untuk tujuan komersial. Tetapi yang kurang enaknya, semua bil adalah pada kadar komersial dan lebih mahal daripada kadar kediaman.

Saya Nak Beli Rumah…

Nak beli rumah ni, tak kira lah rumah jenis apa pun; asalkan ia mengikut kemampuan masing-masing. Kalau rasa hanya mampu beli rumah flat, beli terus asalkan ia milik kita. Nak beli rumah perlukan downpayment yang tinggi dan instalment bulanan selama berpuluh tahun lamanya, jadi jangan tersilap beli rumah.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sime Darby Property: Strategi Pemilikan Aset Rendah Untuk Kembangkan Portfolio Aset

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR2.15 dikekalkan, harga saham berpotensi menaik 51% dengan kadar hasil dividen kira-kira 3% untuk FY26F

Kami memandang baik akan pelancaran New Economy Venture Fund (NEVF) oleh Sime Darby Property yang bernilai MYR1.25bn. Dengan adanya dana ini, SDPR akan mempunyai platform lebih besar untuk mempercepat usaha-usaha pembangunan pusat data (DC) dan aset-aset industri dan logistik yang lain tanpa membebankan kunci kira-kiranya. Dengan jangka hayat dana selama lima tahun, kami ramalkan SDPR akan mencapai pulangan lebih besar selepas penutupan dana tersebut, dan mungkin dengan menyuntik aset-aset yang dipegang dalam dana tersebut ke dalam aset REIT-nya yang akan datang.

Melonjakkan keyakinan

Dibangunkan dengan struktur patuh syariah secara menyeluruh, platform pelaburan bukan keperluan utama, NEVF mempunyai dana sehingga MYR1.25bn (dana utama: MYR1bn, dana sampingan: MYR250j). Dana ini menyaksikan pelibatan menggalakkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) (GELM).

Makluman: GELM juga pernah terlibat dalam Dana Pembangunan Perindustrian (IDF) milik SDPR pada tahun 2022. SDPR selaku rakan kongsi dan penaja am kepada NEVF, telahpun mengesahkan pelaburan bernilai MYR500.1j sebagai pelabur bersama pada penutupan pertama. Komitmen modal lain masing-masing ialah MYR100j + MYR250j (dana sampingan) daripada KWSP, MYR200j daripada LTAT, dan MYR199.9j daripada GELM.

Tumpuan pada aset-aset DC dan industri

Penubuhan NEVF dirangkakan dengan penuh strategik dan ia akan membuat pelaburan dalam bangunan DC yang dibina mengikut kehendak pelanggan untuk tujuan pajakan, dan juga pembangunan industri dan logistik dalam projek-projek SDPR. Pada pandangan kami, dana ini merupakan satu pencapaian penting lebih-lebih lagi apabila Taman Perniagaan Elmina (EBP) semakin mendapat keuntungan sementara pihak pengurusan mengutamakan model pembinaan yang sesuai dengan kehendak penyewa untuk tujuan pajakan bagi pembangunan-pembangunan industri yang akan datang untuk mengembangkan portfolio pendapatan berulangnya.

SDPR juga giat membangunkan taman-taman perindustrian lain seperti Bandar Bukit Raja, Vision Business Park, Bandar Universiti Pagoh, maka ada banyak peluang untuk ia mengembangkan portfolio asetnya. Semakin banyak pemain dan syarikat multinasional dilihat membina fasiliti penyimpanan di taman-taman perindustrian milik SDPR. Selain DC2, kami fikir pusat pengedaran automatik milik Mydin yang bernilai MYR450j (kawasan binaan: 786,000kps) di EBP mungkin akan dimasukkan dalam NEVP ini.

Lebih banyak suntikan aset akan dilaksanakan

Walaupun NEVP bernilai MYR1.25bn ini akan membentuk bahagian “ekuiti” dalam pelaburan aset, berdasarkan nisbah hutang berbanding ekuiti sebanyak 70:30, NEVP mungkin akan membuat hutang berjumlah MYR2.9-3bn. Hal ini sekali gus menjadikan jumlah saiz dana selepas hutang (atau modal) mencecah sekitar MYR4.25bn. Dengan ini, ia akan berupaya menyerap lebih banyak aset industri (yang akan dibangunkan) kelak. IRR untuk dana ini adalah sekitar 10-15%.

Kesan minimum pada perolehan jangka dekat

Kami meramalkan SDPR akan mengiktiraf keuntungan penjualan aset sebaik sahaja aset-aset berkaitan disuntikkan ke dalam dana ini. Pendapatan berasaskan bayaran semasa jangka hayat NEVP sepatutnya agak rendah.

Asas Penilaian

Penilaian SOP kami melibatkan:
i. Diskaun 30% pada RNAV untuk segmen hartanah
ii. DCF untuk pelaburan pusat datanya.

Faktor Pemacu Utama

Pemilikan bank tanah yang besar

Risiko Utama

Keadaan pasaran lebih lemah daripada jangkaan

Profil Syarikat

Sime Darby Property ialah pemilik tanah tebesar antara semua pemaju yang tersenarai, dengan pelbagai perbandaran, dan juga pembangunan komersial dan bersepadu.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.