Saham WAQAF Yang Confirm Untung, Modal Serendah RM10. Sebarkan!

Maaf, ini bukan skim cepat kaya terkini yang menjanjikan pulangan dalam bentuk ringgit. Harap ini tidak menghentikan niat anda untuk tekan butang share.

Biasa kan dengar perkataan wakaf? Tahukah anda maksud dan tujuan sebenar wakaf?

“Apabila matinya anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkannya), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya” (Hadith Riwayat Muslim).

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda seperti di atas, dan ternyatalah saham wakaf sesekali tidak akan merugikan kita; malah ianya boleh dijadikan bekalan di akhirat kelak.

Definisi Wakaf

Wakaf berasal daripada Bahasa Arab yang membawa maksud HABS (menahan) dan MAN’U (menegah/membeku). Daripada segi hukum syarak pula, ia bererti “Menahan harta dan memberikan manfaatnya ke jalan Allah”.

Wakaf adalah merupakan pemberian atau sumbangan yang berkekalan di atas harta atau sebahagian daripadanya oleh Tuan punya harta tersebut kerana maksud agama mengikut hukum syarak, semata-mata kerana Allah untuk selama-lamanya.

Wakaf terbahagi kepada 2:

1. Wakaf Ahli (Wakaf Keluarga) -Iaitu wakaf yang memberi manfaat kepada keturunan Wakif atau keturunan Maukuf Alaihi seperti anak cucu dan turun temurun.

2. Wakaf Khairi (Wakaf Kebajikan) – Terbahagi kepada 2 iaitu:

i. Wakaf Am

Wakaf yang manfaatnya untuk orang ramai yang boleh digunakan oleh semua orang Islam seperti wakaf Masjid dan Surau.

ii. Wakaf Khas

Wakaf yang manfaatnya dikhususkan kepada Jihah tertentu seperti Madrasah, Rumah Anak Yatim dan sebagainya.

Jom Berkenalan Dengan Saham Wakaf Johor

Saham Wakaf Johor merupakan sebuah skim di mana masyarakat Islam membeli saham dengan harga RM10 seunit daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Seterusnya mewakafkan Saham tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan tujuan manfaatnya diberikan kepada umat Islam.

Biasanya kita dengar yang orang kaya dan berkemampuan sahaja berpeluang untuk mewakafkan harta mereka, tetapi dengan adanya skim Saham Wakaf serendah RM10 ini, sudah pasti setiap daripada orang Islam berpeluang untuk beramal jariah menerusi konsep wakaf untuk mendapat keredaan ALLAH S.W.T mengikut kemampuan dan keikhlasan masing-masing.

RM10 Pun Dah Boleh Berwakaf

Siapa kata kita kena ada modal yang besar atau tanah yang luas untuk diwakafkan?

Dengan adanya Saham Wakaf Johor ini, sesiapapun mampu untuk menunaikan hajat untuk berwakaf. Dengan hanya berbekalkan modal RM10, pulangannya adalah sangat lumayan di dunia dan di akhirat.

Di antara projek-projek wakaf yang dijalankan:

1. Pembinaan Sekolah Agama Seluruh Negeri Johor

2. Wakaf Bangunan Darul Furqan

3. Wakaf Madrasah Tahfiz Medik

Dengan RM10 yang anda wakafkan, pahala akan sentiasa mengalir sampai bila-bila.

Cara-cara Untuk Berwakaf

Sangat mudah, anda boleh rujuk Panduan Cara Membeli Saham Wakaf. Selepas membuat pendaftaran, anda boleh terus buat pembayaran on-line menggunakan FPX dan cetak penyata pembelian Saham Wakaf. Dalam beberapa minit sahaja dah siap.

Pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor akan pos kepada anda resit rasmi dalam masa seminggu, boleh digunakan semasa nak isi borang cukai nanti (pelepasan cukai).

Syarat-syarat Orang Yang Ingin Berwakaf

  1. Akil Baligh
  2. Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya
  3. Harta yang hendak diwakafkan hendaklah dimiliki penuh oleh Pewakaf
  4. Berwakaf atas kerelaan sendiri tanpa ada paksaan

Marilah kita sama-sama mengumpul saham akhirat pula untuk kehidupan yang kekal abadi. Sibuk kumpul duit di dunia tidak ada salahnya jika harta tersebut membolehkan kita berzakat serta berwakaf.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Saham Wakaf Johor.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.