Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Julai 2021

Indeks FBM KLCI telah mencatatkan penurunan bagi tiga bulan berturut-turut sejak bulan Mei yang lalu. Dengan bilangan kes Covid-19 yang mencecah 5 angka setiap hari, penularan ‘delta variant’ yang dahsyat, isu politik yang tiada penghujungnya; ini telah menyumbang sedikit sebanyak kepada prestasi negatif pasaran saham.

Jom kita lihat senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Julai 2021, semoga kita belajar sesuatu.

Sumber: iSaham Screener

1. Asdion Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

2. Metronic Global

Sumber: Bursa Marketplace

3. K. Seng Seng Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

4. Priceworth International

Sumber: Bursa Marketplace

5. Saudee Group

Sumber: Bursa Marketplace

6. Pasukhas Group

Sumber: Bursa Marketplace

7. Pegasus Heights

Sumber: Bursa Marketplace

8. Eduspec Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

9. Vinvest Capital Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

10. OCR Group

Sumber: Bursa Marketplace

Berhati-Hati Dengan Saham Penny Stock

Hampir kesemua saham-saham yang jatuh banyak pada bulan lepas adalah saham-saham penny stock. Kalau tengok kepada kewangan syarikat, hampir kesemuanya mencatatkan kerugian.

Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak dan elakkan penny stock di kala pasaran saham tengah merah menyala.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Julai 2021 ini adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Kajian Segmen Pasaran SC Perkukuh Rangka Kerja Pasaran Awam

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula serta Kertas Respons, memperkenalkan penambahbaikan bersasar terhadap rangka kerja pasaran utama.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan akses kepada penyenaraian awam bagi penerbit, di samping memperjelas peranan serta memperkukuh pembezaan antara setiap segmen pasaran seperti berikut:

  • Pasaran Utama  – Pasaran utama bagi syarikat lebih besar dan dikenali
  • Pasaran ACE        – Pasaran bagi syarikat kecil dan sederhana yang berfungsi sebagai laluan peralihan ke Pasaran Utama

Penambahbaikan ini adalah susulan proses rundingan awam yang telah selesai  pada Disember 2025 di bawah kajian segmentasi pasaran, dengan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Cadangan yang diterima pakai bagi Pasaran Utama akan berkuat kuasa pada 3 Jun 2026 melalui Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula.

Pengerusi SC, Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan SC terhadap pengawalseliaan yang bersesuaian dengan tujuan (fit-for-purpose) — seimbang, memudah cara serta responsif terhadap  evolusi model perniagaan.

“Usaha ini menyokong inisiatif lebih luas SC dalam meningkatkan kecekapan kawal selia dan kecemerlangan tadbir urus seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030,” katanya.

Penambahbaikan utama termasuk:

  • Pasaran Utama: Keperluan keuntungan yang lebih tinggi, kualiti pelaporan kewangan yang diperkukuh, penambahan fleksibiliti dalam penilaian aliran tunai operasi serta peluasan kelayakan bagi penyenaraian berasaskan infrastruktur.
  • Pasaran ACE: Diperkukuh sebagai pasaran berasaskan penaja (sponsor-driven), dengan keperluan rekod prestasi minimum dua tahun selepas penyenaraian sebelum boleh dipindahkan ke Pasaran Utama, pemansuhan pengecualian terhadap penajaan dan moratorium, serta pengenalan keperluan peruntukan pegangan saham awam minimum.

Dato’ Faiz menambah, “Secara keseluruhannya, segmentasi yang lebih jelas ini memperkukuh pembezaan antara lapisan pasaran, meningkatkan kualiti penyenaraian serta menyediakan laluan peralihan yang lebih tersusun bagi syarikat untuk berkembang daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman berikut: