5 Vaksin Yang Popular Dan Negara Pengeluarnya

Sejak zaman pandemik ini berlaku, terdapat lebih daripada 200 jenis vaksin yang telah dicalonkan untuk merawat penyakit COVID-19. Daripada jumlah tersebut, kita di Malaysia sendiri menggunakan hanya beberapa vaksin untuk kegunaan penduduk negara.

Jom lihat vaksin-vaksin popular dan negara pengeluarnya.

1. Pfizer, BioNTech (Amerika Syarikat)

Kredit Gambar: Berita Harian

Vaksin Pfizer telah dihasilkan oleh syarikat BioNTech yang terletak di Amerika Syarikat. Ia merupakan sejenis vaksin mRNA yang sesuai digunakan oleh individu yang berumur 16 tahun dan ke atas. Vaksin ini perlu diambil sebanyak 2 dos dan tahap keberkesanannya adalah sekitar 95%.

2. AstraZeneca (United Kingdom)

Kredit Gambar: Bernama

Vaksin AstraZeneca merupakan vaksin yang berasal dari United Kingdom. Vaksin ini lebih senang diedarkan kepada orang ramai kerana suhu yang diperlukan hanyalah sekitar 2-8 Celcius sahaja. Vaksin ini perlu diambil sebanyak dua dos dan tahap keberkesanannya adalah sekitar 62% ke 90%.

3. Sinovac (China)

Kredit Gambar: Bernama.com

Vaksin jenis ini sangat popular dalam negara Malaysia. Vaksin Sinovac dikatakan terhad dan perlu digunakan kepada mereka yang berusia dan juga bagi mereka yang bekerja berisiko tinggi layak menerima suntikan vaksin ini.

Namun, vaksin ini perlu diambil dua dos dan tahan keberkesanannya adalah sebanyak 51% bagi mereka yang mempunyai simptom. Vaksin Sinovac ini dikeluarkan oleh syarikat Sinovac Biotech yang terletak di Beijing, China.

4. Sputnik V (Rusia)

Kredit Gambar: Utusan

Vaksin Sputnik V ini dikeluarkan oleh Rusia dan tahap keberkesanannya adalah sekitar 91.6%. Ia memerlukan dua dos suntikan yang formulanya amat berbeza dari dos pertama dan kedua. Vaksin ini perlu disimpan suhu serendah -20 Celcius.

5. CanSino (China)

Kredit Gambar: Astro Awani

Jarang kita dengar jenis vaksin dan negara pengeluar ini. Vaksin Cansino hanya memerlukan satu dos sahaja. Keberkesanannya di peringkat global adalah sekitar 65%. Vaksin ini dikeluarkan oleh syarikat CanSino Biologics yang terletak di Tianjin, China.

Kesimpulannya, vaksin di atas adalah antara jenis vaksin yang digunakan di negara kita dan disahkan selamat digunakan. Dengan penggunaan vaksin COVID-19 ini, ia dapat melindungi diri daripada terkena jangkitan COVID-19.

Tidak kira apa jua jenis vaksin yang diterima, kita berdoa agar vaksin tersebut berkesan dan mampu untuk melindungi kita semua.

Sumber Rujukan:

Tahukah anda bahawa ada beberapa syarikat pengeluar di atas, kita boleh beli saham mereka di pasaran saham?

Dengan permintaan vaksin yang dijangka meningkat dan perlunya ada suntikan booster, kita boleh jangkakan saham syarikat juga akan meningkat. Berbalik kepada asas supply and demand. Demand naik, pendapatan meningkat, keuntungan meningkat, harga saham pun naik.

Kredit: Trading View

Dalam masa setahun, harga saham Pfizer telah pun mencatatkan kenaikan sebanyak 35.% Dan harga saham baru-baru ini telah pun mencatatkan paras All-Time High.

Kredit: Trading View

Dalam masa setahun, harga saham naik sebanyak 8.62%.

Panduan melabur saham global:

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke luar negara?

Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham global seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi.

Takut saham tu mahal? Eh, banyak lagi saham-saham yang murah dan patuh syariah.

Waktu jual beli saham dibuka sekitar 9.30/10.30 malam. Boleh buat analisis, beli saham dan buat profit tanpa perlu ganggu waktu kerja.

Miliki e-book step by step untuk melabur saham di US. Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. 3 indeks yang ada di Wall Street
2. Cara pilih saham-saham yang berkualiti
3. Cara pilih saham mengikut kriteria
4. Teknik yang berkesan untuk beli saham US
5. Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
6. Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham US
7. Dua screener percuma

Miliki e-book ini sekarang -> Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.