Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Ogos 2021

Pastinya ramai yang gembira apabila Bursa Malaysia kembali mencatatkan kenaikan setelah jatuh selama berbulan-bulan lamanya. Sebelum itu, ramai yang panik apabila indeks FBM KLCI telah bocor support pada paras 1,500 mata.

Namun pada bulan Ogos kita dapat lihat bagaimana pasaran saham tempatan naik dengan banyak ekoran pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang baru serta kemasukan semula pelabur asing yang merupakan catalyst positif yang sangat-sangat diperlukan.

Walaubagaimanapun, masih banyak saham-saham yang mencatatkan penurunan. Jom kita lihat senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Ogos 2021, semoga kita dijauhkan daripada kerugian yang sia-sia.

1. BCM Alliance

Sumber: Bursa Marketplace

2. Saudee Group

Sumber: Bursa Marketplace

3. Kejuruteraan Asastera

Sumber: Bursa Marketplace

4. Komarkcorp Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

5. PDZ Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

6. Kanger International

Sumber: Bursa Marketplace

7. MMAG Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

8. Pecca Group

Sumber: Bursa Marketplace

9. Multi-Usage Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

10. Compugates Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Hampir Kesemuanya Saham Penny Stock

Hampir kesemuanya saham-saham yang tersenarai pada bulan ini adalah terdiri daripada saham-saham di bawah harga RM1. Dan kebanyakannya adalah syarikat yang sedang mengalami kerugian.

Bila saham takde Fundamental yang kukuh, memang senang untuk harga sahamnya jatuh. Oleh itu, pastikan kita hanya beli saham-saham yang berkualiti dan wajib ada Trading Plan agar tahu bila nak beli dan bila nak jual.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Ogos 2021 ini adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, tahun 2021 ini kami terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Buku Malaysia Melabur Saham ini juga boleh dibeli di Shopee!

Previous ArticleNext Article

Meridian Ditegur Bursa, Didenda RM8,500

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd mengenakan teguran secara terbuka terhadap Meridian Bhd dan Pengarah Eksekutifnya, Tang Boon Koon, selepas syarikat itu didapati melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities (LR Utama).

Tang turut dikenakan denda keseluruhan RM8,500 berikutan pelanggaran berkenaan.

Bursa Malaysia Securities dalam kenyataan berkata, Meridian melanggar perenggan 9.23(1) LR Utama kerana gagal menerbitkan laporan tahunan termasuk penyata kewangan diaudit dalam tempoh ditetapkan bagi tempoh kewangan 17 bulan berakhir 30 November 2023 dan tempoh kewangan 18 bulan berakhir 31 Mei 2025.

Menurutnya, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 30 November 2023 hanya diterbitkan pada 5 April 2024, iaitu lewat lima hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 31 Mac 2024.

Sementara itu, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mei 2025 diterbitkan pada 8 Oktober 2025, iaitu lewat enam hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 30 September 2025.

“Tang, Pengarah Eksekutif Meridian pada masa itu, melanggar perenggan 16.13(b) LR Utama kerana membenarkan Meridian melakukan pelanggaran berkenaan serta dikenakan teguran secara terbuka selain denda keseluruhan berjumlah RM8,500,” katanya.

Bursa Malaysia Securities turut mengarahkan Meridian memastikan Tang dan kakitangan berkaitan menghadiri program latihan pematuhan LR Utama, khususnya berkaitan penyata kewangan.

Selain itu, lembaga pengarah syarikat diminta menyemak semula kecukupan serta kecekapan sumber kewangan dan perakaunan, selain dasar serta prosedur pelaporan kewangan syarikat.

Bursa Malaysia Securities berkata, dapatan pelanggaran dan tindakan terhadap Meridian serta Tang dibuat menurut perenggan 16.19 LR Utama selepas proses sewajarnya selesai dengan mengambil kira semua fakta dan keadaan berkaitan kes berkenaan.

Pertimbangan itu termasuk kepentingan material pelanggaran, kesannya terhadap Meridian serta pemegang saham atau pelabur, selain peranan, tanggungjawab, pengetahuan dan tingkah laku Tang.

Bursa Malaysia Securities memandang serius pelanggaran berkenaan kerana penyerahan penyata kewangan dalam tempoh ditetapkan adalah kewajipan asas bagi syarikat tersenarai.

“Amat penting untuk memastikan pasaran yang teratur dan adil bagi sekuriti yang diniagakan di Bursa Malaysia Securities serta perlu bagi membantu keputusan pelaburan yang termaklum.

“Bursa Malaysia Securities turut mengingatkan Meridian dan lembaga pengarahnya mengenai tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan piawaian tanggungjawab korporat serta akauntabiliti yang sewajarnya kepada pemegang saham dan orang awam yang melabur,” katanya.

Menurut Bursa Malaysia Securities, kelewatan penerbitan laporan tahunan berkenaan berpunca terutamanya daripada kegagalan Meridian menyelenggara serta menyediakan maklumat, dokumen dan rekod perakaunan yang diperlukan kepada juruaudit luar.

Keadaan itu turut menyebabkan juruaudit memberikan pendapat penafian terhadap kedua-dua set penyata kewangan diaudit berkenaan.

Pendapat penafian itu mencetuskan kriteria yang ditetapkan di bawah Nota Amalan 17 (PN17), sekali gus menyebabkan Meridian diklasifikasikan sebagai penerbit berstatus PN17 pada 8 April 2024.