Bagaimana Saham Tencent ‘Hilang’ USD60 Bilion Dalam Masa Sehari?

Ketika British menjadi empayar kuasa besar dunia pada kurun ke-20, kebanyakan negara Asia berada di bawah kekuasaan mereka. Sebahagian dari China turut tidak terkecuali daripada menjadi tanah jajahan mereka, dan yang paling poluar adalah Hong Kong.

Apa yang menarik tentang pemilikan Hong Kong oleh British adalah, ianya disebabkan pihak British telah merasuah ketua kongsi gelap yang berada di wilayah tersebut menggunakan candu. Akhirnya British berjaya menewaskan ketua kongsi gelap tersebut hanya dengan menggunakan candu.

Begitulah hebatnya candu pada ketika itu yang mampu digunakan untuk merampas tanah jajahan dengan mudah. Disebabkan itu, China begitu sensitif dengan candu dan mereka berperang habis-habisan untuk mengelak peristiwa ini daripada berulang pada masa hadapan.

Hari ini, China merupakan negara maju dan ekonomi kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat.

Rakyat China Sangat Sensitif Dengan Candu

China yang mengamalkan dasar pemerintahan komunis telah melarang beberapa kegiatan yang tak bermoral seperti judi di kalangan rakyat mereka kerana bimbang akan memusnahkan masa depan ekonomi. Baru-baru ini, media kerajaan China telah mengeluarkan kenyataan yang sangat pedas kepada sebuah syarikat teknologi terbesar di negara itu iaitu Tencent.

Kritikan yang pedas itu telah memberi impak yang sangat besar terhadap market capitalization syarikat Tencent itu sendiri.

Tencent merupakan salah satu syarikat teknologi terbesar di China dan aplikasi yang sangat popular yang dibangunkan oleh mereka adalah WeChat. Aplikasi WeChat ini sangat popular di China sehinggakan hampir semua perkara digital boleh dilakukan menggunakan WeChat daripada mencari jodoh sehingga membeli-belah.

Permainan Video Mencetus Ketagihan Melampau Di Kalangan Remaja

Kredit Gambar: Metro UK

Selain daripada WeChat, Tencent juga terkenal dalam menghasilkan permainan video menggunakan telefon pintar. Salah satu permainan video yang dihasilkan oleh Tencent yang digemari oleh orang ramai adalah Honor of Kings. Permainan ini telah menjadi satu fenomena yang luar biasa di seluruh China.

Disebabkan ketagihan yang melampau di kalangan golongan muda, akhbar rasmi milik negara tersebut telah menggelar Tencent sebagai pembekal candu moden kepada masyarakat muda di negara tersebut melalui permainan keluaran mereka.

Kenyataan akhbar milik kerajaan itu telah menuduh Tencent yang telah memberi imej yang sangat negatif kepada syarikat itu sendiri. Disebabkan kenyataan yang dikeluarkan oleh media rasmi negara tersebut, ia telah menyebabkan saham Tencent jatuh sebanyak USD60 bilion hanya dalam masa sehari.

Ia merupakan satu tamparan yang sangat besar kepada Tencent. Pemegang saham individu terbesar yang juga merupakan pengasas syarikat, Pony Ma turut mengalami kesan yang ketara apabila kehilangan sebanyak USD3 bilion.

This image has an empty alt attribute; its file name is Bagaimana-Saham-Tencent-Hilang-USD60-Bilion-Dalam-Masa-Singkat-Kerana-Kritikan-Akhbar-Milik-Kerajaan-China-Terhadap-Mereka3-700x394.jpg

Kredit: Bloomberg

Ini bukan kali pertama syarikat ini mengalami masalah yang sama. Sebelum ini Tencent banyak berdepan dengan spekulasi yang menyebabkan hargha saham syarikat jatuh dengan mendadak dalam tempoh yang singkat.

Sebagai contoh pada tahun lepas, hubungan yang tegang di antara China dan India disebabkan masalah di sempadan kedua-dua negara ini telah menyebabkan kerajaan India mengharamkan beberapa syarikat teknologi dari China untuk beroperasi di India.

Tencent kehilangan sebanyak USD30 bilion akibat daripada peristiwa tersebut.

Tetapi kali ini, peristiwa ini berbeza kerana media negara itu sendiri yang menghentam Tencent. Tencent telah melakukan tindakbalas yang pantas dengan mengatakan bahawa mereka akan semak kembali dan membuat penyelarasan terhadap permainan yang dicipta mereka bagi mengelakkan masyarakat mengalami ketagihan yang melampau.

Sumber Rujukan:

Panduan melabur saham global:

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke luar negara?

Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham global seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi.

Takut saham tu mahal? Eh, banyak lagi saham-saham yang murah dan patuh syariah.

Waktu jual beli saham dibuka sekitar 9.30/10.30 malam. Boleh buat analisis, beli saham dan buat profit tanpa perlu ganggu waktu kerja.

Miliki e-book step by step untuk melabur saham di US. Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. 3 indeks yang ada di Wall Street
2. Cara pilih saham-saham yang berkualiti
3. Cara pilih saham mengikut kriteria
4. Teknik yang berkesan untuk beli saham US
5. Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
6. Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham US
7. Dua screener percuma

Miliki e-book ini sekarang -> Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Apple Kembali ‘Rampas’ Takhta Syarikat Paling Bernilai Dunia Daripada Nvidia

BENGALURU: Apple mengatasi Nvidia untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia, sekali gus mengubah kedudukan syarikat-syarikat teknologi terbesar apabila pelabur menilai semula prospek kecerdasan buatan (AI).

Apple kini mempunyai nilai pasaran sekitar AS$4.88 trilion selepas harga sahamnya kekal stabil, manakala Nvidia bernilai kira-kira AS$4.86 trilion susulan kejatuhan 3.5 peratus sahamnya.

Perubahan kedudukan itu menunjukkan pelabur kini mula meluaskan tumpuan mereka melangkaui penerima manfaat paling jelas daripada ledakan AI seperti Nvidia, yang telah mendahului senarai syarikat paling bernilai dunia selama hampir setahun.

Apple kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak April tahun lalu.

Ketua Pelaburan BRI Wealth Management, Toni Meadows, berkata Apple sebelum ini dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI kerana tidak berbelanja besar untuk membangunkan model AI, namun sentimen terhadap syarikat itu kini berubah.

“Apple kurang terdedah kepada keperluan perbelanjaan modal yang tinggi dan berada pada kedudukan lebih baik untuk menjana pendapatan daripada AI menerusi perkhidmatan, ekosistem yang kukuh serta peningkatan perkakasan. Penilaian semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampanan pendapatan syarikat, bukannya potensi AI yang bersifat spekulatif,” katanya.

Bagi sebuah syarikat yang sering dianggap ketinggalan dalam perlumbaan AI, pencapaian ini mencerminkan usaha Apple untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain utama industri, selain berpotensi mempengaruhi bagaimana tempoh akhir kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, akan dinilai.

Cook dijangka menyerahkan jawatan CEO kepada veteran perkakasan Apple, John Ternus, pada September ini.

Bulan lalu, Apple melancarkan versi baharu pembantu maya Siri yang telah lama tertangguh, dengan harapan peningkatan itu dapat merapatkan jurang dengan gergasi teknologi lain serta syarikat pemula dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.

Sesetengah penganalisis berpendapat Apple sebenarnya memiliki ‘lombong emas’ AI menerusi data peribadi yang tersimpan dalam setiap iPhone.

Data itu berpotensi menjadikan jawapan Siri lebih tepat dan pembantu maya itu lebih berkeupayaan.

Namun, cabarannya ialah data itu dilindungi dalam sistem operasi atas faktor privasi, menyebabkan Apple perlu mencari kaedah untuk memanfaatkan nilainya tanpa menjejaskan perlindungan pengguna.

Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober lalu, satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya jauh di hadapan pesaing.

Bagaimanapun, kehilangan kedudukan teratas kepada Apple tidak semestinya menandakan perubahan kekal dalam kedudukan relatif kedua-dua syarikat.

Nvidia masih merupakan antara penerima manfaat terbesar daripada peningkatan perbelanjaan berkaitan AI, dengan pemproses grafik keluarannya menjadi tulang belakang kepada kebanyakan aplikasi AI generatif.

Nvidia juga berpotensi merampas semula kedudukan teratas sekiranya sentimen pasaran kembali memihak kepadanya.

Pada masa sama, Apple turut berdepan cabaran apabila syarikat itu menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan kos, satu strategi yang boleh menjejaskan permintaan pengguna.

Naib Presiden Penyelidikan Alpha Segal Marco Advisors, Benjamin Hall, berkata beliau tidak melihat perbezaan ketara antara kedua-dua syarikat.

“Saya menjangka Nvidia akan terus menjadi pemain penting dalam apa sahaja perkembangan yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, gelombang keyakinan terhadap AI turut merebak ke segmen lain industri semikonduktor.

Antara penerima manfaat terbesar tahun ini ialah pengeluar cip memori seperti Micron, yang melepasi nilai pasaran AS$1 trilion pada Mei selepas pelabur mengiktiraf kepentingan cip memori dalam infrastruktur AI.

Pengeluar cip dari Korea Selatan, SK Hynix, turut disenaraikan di Nasdaq awal bulan ini, sekali gus menambah satu lagi pesaing dalam usaha menarik perhatian pelabur.Hall berkata kemunculan pemain baharu itu dijangka mengalihkan sebahagian tumpuan pelabur daripada kumpulan saham teknologi gergasi Magnificent Seven kepada lebih banyak syarikat lain.

Namun, kenaikan luar biasa saham syarikat cip mula kehilangan momentum pada Julai apabila pelabur menilai semula kemampanan tema pelaburan AI, menyebabkan indeks Philadelphia SE Semiconductor susut hampir 19 peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Walaupun mengalami kejatuhan ketara, prestasi indeks itu setakat tahun ini masih mengatasi prestasi saham Nvidia.

-Reuters