Ketahui Tanggungjawab Penyewa Rumah Dan Tuan Rumah

Ramai yang menganggap tugas penyewa adalah menyewa dan menjaga rumah yang disewa dengan baik, manakala tugas tuan rumah pula hanyalah mengutip duit sewa rumah setiap bulan. Tanpa kita sedari, sebenarnya banyak lagi tanggungjawab yang harus dipikul di antara penyewa dan tuan rumah ini.

Dengan mengetahui tanggungjawab penyewa dan tuan rumah, urusan sewa menyewa akan menjadi lebih lancar. Jom lihat apakah tanggungjawab penyewa dan tuan rumah yang perlu kita tahu.

Tanggungjawab Penyewa Rumah

1. Menjaga Rumah Sewa Dan Segala Peralatan Yang Disediakan Dengan Baik

Sebagai seorang penyewa, kita perlu menjaga rumah sewa dan segala peralatan yang disediakan dengan baik. Ia bagaikan satu amanah buat kita.

Sekiranya rumah tersebut dalam keadaan kotor, kita hendaklah membersihkannya. Jika rumah sewa dilengkapi dengan peralatan elektrik dan perabot, barangan tersebut juga harus dijaga dengan baik.

Pastikan rumah tersebut sentiasa dalam keadaan yang sama seperti pada hari pertama penyewa berpindah masuk.

2. Bertanggungjawab Terhadap Peralatan Yang Rosak

Sekiranya terdapat peralatan yang disediakan rosak, pastikan anda menghubungi tuan rumah untuk dibaikpulih.

Sekiranya mereka meminta anda untuk melakukannya sendiri, bincanglah dengan mereka mengenai pembayaran kos sebelum melakukan baikpulih tersebut.

3. Menghormati Jiran

Sekiranya anda menyewa di kawasan yang mempunyai ramai jiran, maka hormatilah mereka dan beramah mesra dengan jiran tetangga. Dengan sikap ini, mereka akan membantu anda sekiranya anda menghadapi pelbagai masalah.

Lagipun, tanggungjawab sebagai jiran juga adalah untuk menghormati jiran-jiran yang lain.

4. Jangan Ubahsuai Rumah Sewa Tanpa Kebenaran

Jika anda ingin mengubah sebarang bahagian pada rumah yang disewa, pastikan mendapat izin daripada tuan rumah terlebih dahulu. Sekiranya mereka tidak mengizinkan, maka jangan mengubahnya sesuka hati.

Apa yang diberi dan ditinggalkan, seeloknya anda kekalkannya begitu sahaja melainkan anda mendapat kebenaran daripada tuan rumah untuk mengubahnya.

Ada juga tuan rumah yang tak benarkan dinding ditebuk, walaupun untuk menggantung gambar atau jam dinding sekalipun.

Tanggungjawab Tuan Rumah Sewa

1. Menangani Masalah Yang Dihadapi Penyewa

Sekiranya penyewa membuat aduan mengenai masalah rumah yang berlaku, ianya menjadi tanggungjawab tuan rumah untuk menanganinya dengan segera. Masalah akan jadi lebih besar sekiranya rundingan tidak dilakukan dalam tempoh terdekat aduan dibuat kepada tuan rumah.

Sebagai contoh mereka ada aduan tentang jiran yang suka buat bising, kita boleh berjumpa dan berbincang dengan jiran tersebut untuk menasihatinya.

2. Menyelenggara Rumah Sewa Dan Peralatan Yang Disediakan

Tuan rumah hendaklah memastikan segala struktur rumah sewa dan peralatan yang disediakan berada dalam keadaan baik. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan, maka tuan rumah hendaklah memperbaikinya dengan segera agar penyewa berasa selesa tinggal di rumah tersebut.

Sebagai contoh tuan rumah terima aduan tentang atap bocor sehingga air masuk ke dalam rumah, maka segeralah panggil orang untuk membaikinya.

3. Pastikan Keselamatan Penyewa Terjaga

Tuan rumah boleh memasang sistem keselamatan seperti alat penggera, sistem pemadaman api, CCTV dan sebagainya untuk memastikan keselamatan penyewa terjaga. Lebih-lebih lagi apabila penyewa tersebut ada keluarga mereka sendiri, terutamanya anak kecil.

Kesimpulannya, penyewa dan tuan rumah hendaklah memikul tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin. Sekiranya berlaku masalah, selesaikanlah dengan cara yang professional.

Semoga sama-sama dapat menjalankan tanggungjawab sebagai penyewa dan tuan rumah, pasti setiap masalah dapat diselesaikan dengan baik selepas ini.

Sumber Rujukan: Tenancy Check

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Hartanah: Keadaan Pasaran Masih Seimbang

Saranan WAJARAN TINGGI; Saham Pilihan Utama: Sime Darby Property (SDPR) dan Eco World Development (ECW)

Faktor-faktor pendorong utama:

  • Aliran liputan berita, permintaan hartanah dan urus niaga tanah semakin kukuh di Iskandar Malaysia, dipacu oleh projek Sistem Transit Laju (RTS) yang bakal siap dibina
  • Warganegara asing, mereka yang menaik taraf kediaman dan pemilik rumah yang beralih kepada rumah lebih murah akan memacu permintaan untuk rumah kediaman mewah yang luas di kawasan-kawasan perumahan yang premium
  • Hartanah sebagai langkah perlindungan baik daripada kenaikan tekanan inflasi
  • Keadaan kadar faedah dijangka terus kondusif, dibantu oleh kadar tukaran mata wang USD/MYR yang kukuh.

Kesan perolehan amnya diambil kira

Pemulihan harga saham sektor baru-baru ini menunjukkan pelabur sudah melihat melepasi kesan konflik AS-Iran. Harga saham mengalami pembetulan pada Mac-April berikutan jangkaan kemerosotan margin. Walau bagaimanapun, berbeza dengan sektor-sektor lain, pemaju hartanah selalunya mempunyai ruang untuk mengubah suai reka bentuk, bahan binaan, dan harga produk mereka supaya dapat mengurangkan kesan tersebut terhadap margin.

Pelan penyenaraian REIT berjalan baik

Walaupun berdepan kekangan pasaran, pemaju meneruskan usaha-usaha mengewangkan aset mereka. Usaha-usaha merungkai nilai seperti yang dimaklumkan pada suku lalu, terus menjadi pendorong penting kepada sektor ini. Tiga pemaju utama termasuk SDPR dan SP Setia, menyenaraikan aset-aset hartanah dengan nilai keseluruhan mencecah ~MYR13bn selepas menyuntik aset-aset itu ke dalam REIT, sepanjang dua tahun berikutnya

Permintaan di Iskandar Malaysia masih kukuh

Nilai MYR dilihat semakin mengukuh, namun tekanan inflasi yang meningkat di wilayah itu terus menjadi faktor yang menarik para pelancong dari Singapura untuk berbelanja dan/atau tinggal di Iskandar Malaysia sekurang-kurangnya untuk jangka sederhana. Tambahan itu, pemilik tanah utama seperti UEM Sunrise (UEMS), KSL (KSL MK, TIADA SARANAN) dan Crescendo (CCDO MK, TIADA SARANAN) muncul sebagai saham pelaburan yang menawarkan nilai RNAV yang baik. Harga tanah dijangka terus meninggi memandangkan jualan tanah baru-baru ini oleh ECW dan CCDO kepada pemainpemain pusat data (DC) masih dijual pada harga tertinggi dalam sejarah (di kawasan sekitar mereka). Oleh itu, tiada sebarang petanda bahawa permintaan akan mereda

Hartanah-hartanah mewah di kawasan perumahan premium akan mendapat sambutan

Hartanah-hartanah berkelas tinggi di kawasan-kawasan perumahan premium sepatutnya mendapat sambutan baik, seperti Mont’ Kiara, Damansara Heights, KLCC and kawasan-kawasan tertentu di Iskandar Malaysia yang menerima permintaan tinggi, manakala ASP untuk unit-unit di pelancaran hartanah baharu(ParkCity Damansara PJ dan Pavilion Damansara) dilihat terkawal. Pihak pemaju yang mempunyai pendedahan di kawasan-kawasan ini termasuklah Eastern & Oriental (EAST), ECW, Sunway, Mah Sing, UEMS dan LBS Bina.

Persekitaran kadar faedah yang kondusif sepatutnya menyokong permintaan keseluruhan

Hartanah tetap menjadi langkah perlindungan nilai yang baik daripada tekanan inflasi. Disebabkan oleh nilai MYR lebih kukuh, kami menjangkakan persekitaran kadar faedah akan terus kondusif, yang sepatutnya memberikan kelebihan kepada pelabur dan pembeli hartanah. Malahan, permintaan daripada pelabur hartanah dijangka terus kukuh apabila pelancaran-pelancaran baru-baru ini oleh UEMS (rumah kedai Aspira Place di Iskandar Malaysia), SDPR (rumah kedai REKA di Elmina), dan 77 unit kedai dengan ketinggian empat tingkat berharga MYR8j dan ke atas di Bandar Puteri oleh satu lagi syarikat pemaju besar, semuanya mencatat kadar ambilan lebih 90%.

Memenuhi Jangkaan Prestasi Ketika Pasaran Tidak Menentu

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.