Cara Buat Duit Dengan Banyak Ketika Pandemik

Masalah kewangan adalah masalah yang paling berat melanda ramai orang ketika pandemik. Ada yang tak mampu nak makan, bayar hutang dan banyak lagi perkara buruk berlaku akibat terkesan dengan masalah kewangan.

Pastinya situasi pandemik COVID-19 ini juga menyebabkan ramai individu telah dibuang kerja ekoran masalah ekonomi. Namun, dalam keadaan pandemik ini kita seharusnya tidak memilih sebarang pekerjaan asalkan ia datang daripada sumber yang halal. Jom kami kongsikan cara buat duit dengan banyak ketika pandemik yang mungkin dapat membantu anda.

  1. Mengajar Secara Online

Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam sebarang ilmu, anda boleh membuat kelas secara online untuk mengajar mereka yang memerlukan. Pada waktu terluang ketika ini, ramai individu yang suka belajar perkara yang baru untuk mengisi masa atau menggunakan ilmu tersebut dalam kerjaya mereka. Jadi, gunakan peluang ini untuk membuat duit dengan banyak ketika pandemik.

  1.  Menjual Makanan Secara Online

Antara permintaan yang banyak ketika pandemik COVID-19 ini adalah dalam industri makanan. Sungguh! Anda boleh gunakan kesempatan ini untuk menjual makanan secara online. Makanan seperti makanan berat, dessert, coklat, makanan berkhasiat dan sunnah serta banyak lagi.

Jangan lupa untuk iklankan bisnes secara online pada kawasan sasaran kerana dalam waktu PKP, bisnes seperti ini lebih mudah mendatangkan hasil keuntungan. Tapi pastikan makanan yang anda jual tu sedap dan bersih!

  1. Menjadi Runner Atau Penghantar Pesanan

Umum tahu bahawa ketika pandemik ini, ramai orang yang tidak akan keluar rumah sesuka hati. Sudah pasti ramai yang membuat pesanan penghantaran untuk membeli barang dapur ataupun membeli makanan. 

Jadi, apa kata anda gunakan kesempatan ini untuk menjadi runner atau penghantar pesanan kepada mereka dengan mengenakan cas penghantaran, cas upah dan sebagainya. Sebagai runner, semuanya bergantung kepada anda macam mana nak letak cas tersebut dan janganlah meletakkan harga yang boleh membebankan pelanggan anda.

  1. Menjadi Dropship Produk Yang Sesuai

Ramai pengusaha produk yang memerlukan khidmat dropship bagi membantu melariskan jualan produk mereka. Jadi, anda mungkin boleh mengambil peluang ini untuk menjadi dropship mereka. Tahukah anda, menjadi dropship juga mampu memberikan pulangan yang lumayan jika kena caranya. Pilih sahaja produk dropship yang anda minat dan mempunyai permintaan ramai.

  1. Menjadi Youtuber Dalam Berkongsi Ilmu Pengetahuan

Ramai yang menjadi youtuber dan berkongsi pelbagai ilmu pengetahuan dalam membuat duit ketika pandemik ini. Anda juga boleh berkongsi ilmu pengetahuan anda. Masihkah anda mengingati pasangan youtuber yang berkongsi ilmu masakan suatu ketika dahulu? Ya, Sugu Pavitra! Beliau pernah menjana ribuan ringgit hanya dengan berkongsi ilmu masakannya.

  1. Menjadi Blogger

Melalui blog, anda dapat menjana duit yang banyak ketika pandemik. Contohnya adalah melalui iklan Adsense, link affiliate, paid review dan banyak lagi. Dengan menulis di blog, anda juga boleh mendapat saham di akhirat juga.

Kesimpulannya, banyak lagi cara buat duit ketika pandemik dan cara di atas adalah merupakan cara yang paling mudah tetapi memerlukan usaha yang sangat tinggi. 

Ingatlah, pepatah orang dulu-dulu ada mengatakan ‘Patah Sayap Bertongkat Paruh’ jika ingin buat duit banyak ketika pandemik ini. Semoga dengan entri ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam buat duit yang banyak ketika pandemik ini.

Rujukan

  1. https://www.fadzirazak.com/2020/04/10-cara-buat-duit-dari-rumah-semasa-pkp.html
  2. https://www.carsome.my/news/item/4-cara-utk-duit-cepat
Previous ArticleNext Article

Akhirnya Ada Parti Politik Berani Tunjuk Ke Mana Duit Kempen Mereka Pergi

Parti BERSAMA sedang mendahului parti-parti lain dalam satu perkara yang jarang berlaku dalam politik Malaysia dengan mengemukakan data perbelanjaan pilihan raya kepada umum. Sumber: Malaysiakini – Bersama dedah belanja hampir RM800,000 kempen PRN Johor

Bagi sesetengah orang, mungkin ini sekadar laporan perbelanjaan kempen.

Tetapi kalau kita lihat dari sudut pelaburan dan kewangan, sebenarnya ada satu prinsip yang sangat mudah:

Kalau kita mahu orang percaya dan memberikan duit kepada kita, kita perlu bersedia untuk menunjukkan bagaimana duit itu diuruskan.

Bayangkan kita mahu melabur RM100,000 dalam sebuah syarikat.

Kita tentu mahu tahu berapa hasil syarikat, berapa kos operasi, berapa hutang, berapa keuntungan dan bagaimana pengurusan menggunakan wang syarikat.

Kalau pengurusan syarikat berkata,

“Percayalah. Kami akan urus duit dengan baik.”

Tetapi apabila kita minta penyata kewangan, mereka enggan tunjukkan, kita sendiri mungkin akan fikir dua tiga kali sebelum melabur.

Dalam pelaburan, ketelusan adalah sebahagian daripada kepercayaan.

Begitu juga dengan politik.

Dan di sinilah pendedahan BERSAMA menjadi menarik untuk diperhatikan.

Daripada jumlah perbelanjaan kepada sumber dana, rakyat diberikan peluang untuk melihat sendiri bagaimana wang kempen dikumpulkan dan dibelanjakan. Dalam penyata yang dilaporkan Malaysiakini, antara sumber dana ialah kutipan yuran keahlian, majlis makan malam pengumpulan dana dan sumbangan peribadi, manakala perbelanjaan termasuk deposit SPR, bahan kempen dan kerja pembersihan selepas kempen.

Patutkah ketelusan kewangan seperti ini menjadi satu standard baharu dalam politik Malaysia?

Menariknya, idea ketelusan kewangan politik ini bukanlah sesuatu yang baru. Pada 2012, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mencadangkan supaya semua sumbangan kepada parti politik dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti, disertakan resit dan akaun tersebut diaudit setiap tahun.

Lebih sedekad kemudian, isu yang sama masih relevan. Bezanya, kali ini kita mula melihat parti politik mengambil langkah untuk mendedahkan sendiri data perbelanjaan pilihan raya kepada umum.

1. Rakyat adalah penyumbang kepada sistem politik

Parti politik mungkin menerima sumbangan daripada individu atau organisasi, tetapi dalam konteks yang lebih luas, aktiviti politik akhirnya berkait dengan wang dan sumber awam.

Sebab itu rakyat mempunyai kepentingan untuk tahu bagaimana sesebuah parti menguruskan kewangan kempen mereka.

Kalau kita boleh meminta syarikat yang kita labur supaya telus, tidak salah untuk kita mengharapkan tahap ketelusan yang lebih tinggi daripada organisasi politik.

2. Duit yang masuk dan duit yang keluar perlu boleh dikesan

Dalam dunia kewangan, kita bukan hanya tengok jumlah duit.

Kita mahu tahu cash flow.

Berapa duit masuk?

Dari mana?

Berapa duit keluar?

Dibelanjakan untuk apa?

Siapa penerimanya?

Perkara yang sama boleh diaplikasikan kepada kewangan politik.

Apabila data perbelanjaan pilihan raya didedahkan, rakyat boleh mula melihat aliran wang tersebut, bukannya hanya mendengar dakwaan bahawa semuanya diuruskan dengan baik.

3. Ketelusan mengurangkan information asymmetry

Dalam pelaburan, ada masalah yang dipanggil information asymmetry.

Maksud mudahnya, pihak pengurusan mungkin mempunyai lebih banyak maklumat berbanding pelabur.

Sebab itu syarikat perlu menyediakan laporan kewangan supaya pelabur tidak membuat keputusan dalam keadaan terlalu banyak maklumat yang disembunyikan.

Politik pun sama.

Parti tahu berapa banyak duit yang mereka terima dan bagaimana ia dibelanjakan.

Rakyat pula hanya nampak kempen di luar.

Jadi apabila data kewangan dibuka, jurang maklumat antara parti dan rakyat dapat dikurangkan.

4. Rakyat boleh menilai kecekapan penggunaan wang

Dalam pelaburan, kita bukan sekadar bertanya:

“Berapa banyak duit syarikat belanjakan?”

Kita juga akan bertanya:

“Apa yang kita dapat daripada duit tersebut?”

RM1 juta dibelanjakan untuk pemasaran tetapi jualan tidak meningkat, kita akan mula persoalkan keberkesanannya.

Begitu juga perbelanjaan pilihan raya.

Apabila data tersedia, kita boleh mula bertanya:

Berapa kos kempen setiap kawasan? Berapa banyak dibelanjakan untuk media sosial? Berapa untuk logistik? Berapa untuk bahan kempen?

Ini membuka ruang untuk menilai kecekapan, bukan sekadar jumlah perbelanjaan.

5. Kita sebenarnya bukan pelik kalau melihat amalan ini di negara lain

Pendedahan kewangan politik bukan sesuatu yang asing di peringkat antarabangsa.

Di United Kingdom, Electoral Commission menerbitkan maklumat berkaitan sumbangan, pinjaman dan perbelanjaan parti politik serta calon kepada umum.

Di Amerika Syarikat, Federal Election Commission (FEC) pula menyediakan pangkalan data awam yang membolehkan orang ramai melihat maklumat kewangan kempen, termasuk sumbangan dan perbelanjaan calon serta jawatankuasa politik.

Di Australia, Australian Electoral Commission (AEC) juga mempunyai sistem funding and disclosure untuk meningkatkan ketelusan kewangan parti politik, calon dan pihak yang terlibat dalam pilihan raya.

Maknanya, idea untuk rakyat melihat money in dan money out dalam politik sebenarnya bukan sesuatu yang pelik.

Bezanya, di sesetengah negara ia merupakan sebahagian daripada sistem pendedahan yang diwajibkan dan diselia oleh badan pilihan raya.

Jadi kalau parti politik Malaysia mula mengambil inisiatif untuk membuka data kewangan mereka kepada umum, ia boleh dilihat sebagai satu langkah ke arah budaya politik yang lebih telus.

6. Boleh membina rekod kewangan yang boleh dibandingkan

Pelabur tidak menilai syarikat berdasarkan satu laporan sahaja.

Mereka melihat prestasi dari tahun ke tahun.

Begitu juga dengan parti politik.

Kalau setiap pilihan raya mereka mendedahkan data kewangan, lama-kelamaan akan wujud satu rekod yang boleh dibandingkan.

Berapa banyak dana diterima?

Berapa banyak yang dibelanjakan?

Adakah perbelanjaan semakin cekap?

Adakah kos kempen meningkat?

Adakah sumber pembiayaan berubah?

Ini menjadikan rakyat bukan sekadar pengundi, tetapi pihak yang boleh membuat penilaian berdasarkan data.


Sebab itu kami melihat pendedahan perbelanjaan pilihan raya sebagai satu langkah yang positif.

Bukan kerana mendedahkan data automatik bermaksud sesebuah parti itu lebih baik daripada parti lain.

Tetapi kerana ketelusan memberikan kita maklumat untuk membuat penilaian sendiri.

Dalam pelaburan, kita selalu diajar:

Jangan melabur hanya kerana percaya. Tengok laporan kewangan.

(Walaupun… tengok laporan kewangan pun belum tentu tak kena scam!)

Dalam politik pun mungkin prinsip yang sama patut digunakan:

Jangan hanya dengar janji. Tengok juga bagaimana wang diuruskan.

Kalau lebih banyak parti mula melakukan perkara yang sama, kita mungkin dapat membina satu budaya politik yang lebih matang di mana data kewangan menjadi sebahagian daripada akauntabiliti politik, bukan sesuatu yang perlu disembunyikan.

Kerana akhirnya, sama ada kita bercakap tentang melabur dalam sebuah syarikat atau memilih sebuah parti politik, prinsipnya hampir sama:

Beri kita data. Kemudian biar rakyat membuat penilaian.