Mata Wang Kripto: Memanfaat Arus Kemajuan

Dunia hari ini semakin maju dengan pelbagai teknologi dan kemudahan yang menguntungkan masyarakat. Daripada segi kewangan, mata wang kripto kedengaran cukup popular bagi mereka yang sudah pun mengenali apa itu Bitcoin secara khususnya, dan dunia pelaburan secara amnya. 

Golongan ini pasti pernah mendengar tentang apa itu mata wang kripto dan kegunaannya.

Adakah ia boleh memberi manfaat kepada masyarakat? Bagaimana pula dengan hukum atau panduan dari Al-Quran dan As-Sunnah?

Jom ikuti perkongsian Profesor Madya Dr Aznan Hassan dari Institut Kewangan dan Perbankan Islam UIAM. Artikel ini ditulis berdasarkan perkongsian beliau di dalam webinar yang bertajuk Mata Wang Kripto: Memanfaat Arus Kemajuan yang telah diadakan pada 3 September 2021 yang lalu.

2 Jenis Mata Wang Yang Disebut Dalam Al-Quran

“Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: Sudah berapa lamakah kamu berada (disini?)”.
Mereka menjawab: “Kita berada (disini) sehari atau setengah hari”. Berkata (yang lain lagi): “Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan membawa uang perakmu ini,
Dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun.”

– Surah Al-Kahfi (Ayat 19)

Dinar dan Dirham adalah jenis matawang pada zaman Islam digunakan sebagai pertukaran mata wang di kalangan masyarakat pada ketika itu. Ramai yang terlepas pandang sebenarnya dinar adalah emas, manakala dirham adalah perak.

Kita sendiri digalakkan menyimpan emas kerana Rasulullah SAW telah menjamin kedudukan Dinar dan Dirham sejak 1400 tahun lalu.

Sebuah Hadis Musnad Ahmad yang membawa maksud Abu Bakar ibn Abi Maryam mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

 “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham” [Musnad Ahmad]

Apa Itu Mata Wang?

Mata wang adalah gambaran nilai bagi sesuatu yang diterima oleh masyarakat sebagai medium pertukaran di mana ia tidak hanya melibatkan wang tunai, tetapi boleh jadi dalam bentuk lain juga.

Mata wang kripto pula adalah satu bentuk wang digital yang wujud secara maya iaitu di alam internet yang mempunyai kegunaannya yang tertentu. Mata wang kripto hanya digunakan oleh mereka yang tahu akan kegunaannya dan tidak dikeluarkan oleh pihak kerajaan atau mana-mana bank di Malaysia.

Itu adalah salah satu perbezaan mata wang kripto ini dengan mata wang biasa yang sering kita gunakan.

Syarat Gunakan Mata Wang Kripto, Forex Dan Melabur Saham

Ramai yang ragu-ragu akan transaksi forex dan pelaburan, bimbang jika ianya tidak halal kerana ada perkara tersembunyi dan sebagainya. Sebenarnya, penting untuk kita fahami terlebih dahulu tentang mata wang dengan syarat-syarat forex serta pelaburan yang menjadikannya sah di sisi agama.

Terdapat perkara yang harus dilihat supaya ianya diterima. Jika tersalah langkah atau tersalah pilih syarikat pelaburan yang tidak patuh syariah, ia akan menjadikan hasil pelaburan saham kita itu menjadi tidak halal.

Mata Wang Yang Sama Nilai

Sekiranya kita melakukan pertukaran mata wang, maka perlu berlakunya pertukaran dalam nilai yang sama, bentuk yang sama jenis atau perbezaan jenis. Jika jenis matawang yang sama, maka ia perlulah nilai yang sama.

Sebagai contoh, wang kertas RM50 ditukar dengan wang kertas RM1 sebanyak 50 keping (nilai yang sama iaitu RM50). Jika melebihi RM1, RM1 tersebut menjadi riba. 

Proses Adalah Pada Waktu Tersebut (On The Spot)

Proses pertukaran mata wang tersebut perlu berlaku secara Spot (dalam masa yang sama, waktu itu juga). Sekiranya ia berlainan jenis seperti mata wang berbeza, ia perlu berlaku dalam masa yang sama juga. Sekiranya tidak pada masa yang sama dan berlaku penangguhan, maka ia tidak dibolehkan.

Adakalanya proses pertukaran mata wang secara digital ini berlaku di luar syarat di mana mungkin wang tersebut tidak diterima, leverage perbezaan harga dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah masalah Forex itu sendiri tetapi lebih kepada cara pelaksanaannya.

Sama seperti saham, jika kita membeli saham yang tidak patuh syariah, maka kita juga terlibat dalam syarikat yang tidak patuh syariah tersebut. Hasil wang yang diterima juga adalah haram.

Adakah Mata Wang Kripto Halal Dan Boleh Digunakan?

Mata wang kripto bukanlah seperti mata wang kita iaitu fizikal tunai, tetapi ia adalah secara bentuk maya (virtual). Namun, ia masih boleh digunakan dan mempunyai nilai mata wang (kerana mempunyai nilai dan boleh dijadikan aset).

Mata wang kripto ini adalah wang dalam bentuk maya, maka ia juga terdedah kepada penipuan, unsur gharar dan sebagainya.  Namun, kena faham dengan jelas dan gunakan proses yang betul agar ianya menjadi mudah dan bebas daripada sebarang masalah. 

Pandangan Ulama Berkaitan Mata Wang Kripto

Dalam setiap transaksi atau proses pelaksanaan yang melibatkan kewangan, sangat penting untuk kita ketahui akan pandangan ulama dan hukumnya. Terdapat 2 pandangan ulama berkaitan mata wang kripto iaitu membenarkan dan tidak membenarkan.

Pandangan 1: Mata Wang Kripto Dibenarkan

Ada ulama yang membenarkan mata wang kripto dan mereka berpendapat bahawa crypto currency adalah aset dan harta yang diakui oleh syarak. Ini adalah kerana mata wang kripto dikatakan sebuah aset bernilai dan merupakan mata wang.

Sebab yang kedua pula adalah ia merupakan harta yang bernilai tetapi bukan mata wang dan belum mencapai tahap untuk menjadi mata wang. Ini menyebabkan ianya tidak tertakluk kepada hukum-hakam yang berkaitan dengan mata wang.

Pandangan 2: Mata Wang Kripto Tidak Dibenarkan

Mata Wang Kripto tidak dibenarkan kerana ia tidak boleh digunakan sebagai aset kerana ia sendiri tidak mendapat sebarang pengiktirafan daripada mana-mana negara. Untuk menjadi mata wang, ia perlu diiktiraf oleh sesebuah negara sebagai nilai mata wang.

Selain itu, mata wang kripto tidak menjadi currency, tidak sah dan masyarakat sendiri tidak menganggap ianya sebagai wang. Sekiranya satu hari nanti masyarakat menganggap ianya sebagai nilai mata wang, kemungkinan ia akan menjadi currency di masa hadapan. Itu adalah pendapat ulama yang tidak membenarkan mata wang kripto digunakan.

Akhir kata,

Sekiranya kita ingin terlibat dalam dunia mata wang kripto, gunakan kripto yang patuh syariah dan diterima hukum. Penting juga untuk kita fahami sebaiknya konsep mata wang kripto supaya tidak terlibat dengan perkara yang bercanggah dengan agama Islam.

Sumber Rujukan: Facecbook Live Aktifkan Minda Wakaf

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod F9S7R8. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod F9S7R8.

Previous ArticleNext Article

Luno, Halogen Capital dan Kenanga Investors Teroka Stablecoin yang Dipaut kepada Ringgit untuk Penyelesaian Dana yang Ditokenkan

Kuala Lumpur, 24 September 2026 – Bursa aset digital terkemuka Malaysia, Luno Malaysia Sdn. Bhd. (“Luno”), hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Halogen Capital Sdn. Bhd. (“Halogen Capital”) dan Kenanga Investors Berhad (“Kenanga Investors”) di LIDAC 2026 di Kuala Lumpur bagi meneroka penggunaan UMYR sebagai instrumen penyelesaian on-chain bagi dana pasaran wang yang ditokenkan. UMYR ialah stablecoin yang dipaut kepada Ringgit dan disokong sepenuhnya oleh rizab.

Kerjasama ini menyatukan tiga entiti yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC): Luno, sebuah Pengendali Pasaran Diiktiraf (Bursa Aset Digital) yang berdaftar, serta Halogen Capital dan Kenanga Investors, yang masing-masing merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) dan mengendalikan dana serta mandat yang ditokenkan.

(Dari kiri ke kanan) Datuk Wira Ismitz Matthew De Alwis, Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad; Hann Liew, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Halogen Capital; dan Scarlett Chai, Pengurus Negara (Malaysia), Luno, mengumumkan satu kerjasama strategik untuk meneroka penggunaan stablecoin UMYR yang nilainya dipautkan kepada Ringgit Malaysia dan disokong sepenuhnya oleh rizab, sebagai instrumen penyelesaian transaksi berasaskan blockchain (on-chain) bagi dana pasaran wang yang ditokenkan (tokenised money market funds).

Inisiatif ini bertujuan untuk menunjukkan keupayaan penyelesaian Penyerahan-semasa-Pembayaran (Delivery-versus-Payment, DvP) secara masa nyata bagi langganan dan penebusan dana, sekali gus memendekkan tempoh penyelesaian berbanding sistem penyelesaian konvensional.

Mengenai Inisiatif Ini

UMYR dicadangkan untuk diterbitkan oleh entiti penerbitan khusus yang diasingkan (ring-fenced) dalam kumpulan Luno serta disandarkan pada nisbah 1:1 oleh Ringgit yang disimpan dalam akaun berasingan di Malaysia dengan rakan perbankan yang dikawal selia.

Di bawah inisiatif yang dicadangkan:

  • Luno (Penerbit) akan menerbitkan (mint) dan menebus (burn) UMYR pada nisbah ketat 1:1 berdasarkan Ringgit yang diterima atau dibayar keluar, mengurus proses penyertaan institusi dan pengurusan senarai dompet yang diluluskan (wallet whitelisting), serta menyediakan penyelarasan rizab harian yang disokong oleh pengesahan rizab pihak ketiga bebas.
  • Halogen Capital dan Kenanga Investors (Rakan Dana) akan mengambil bahagian sebagai pengurus dana dalam inisiatif ini dengan menerima UMYR bagi penyelesaian langganan dan penebusan untuk dana pasaran wang yang ditokenkan masing-masing, sambil mengekalkan tanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan dana, pengurusan daftar unit serta segala tanggungjawab kepada pelabur di bawah lesen CMSL masing-masing.

Inisiatif ini direka sebagai pengaturan tertutup (closed-loop) antara perniagaan dengan perniagaan yang melibatkan peserta institusi yang telah diluluskan. Tiada pelanggan runcit akan didaftarkan, terlibat atau diberikan perkhidmatan sepanjang pelaksanaan inisiatif stablecoin ini.

Pengurus Negara (Malaysia) Luno, Scarlett Chai  berkata: “Ketika ekosistem aset digital Malaysia beralih daripada pembinaan asas kepada keupayaan institusi, infrastruktur seperti UMYR amat penting. Dengan menyediakan instrumen penyelesaian yang disandarkan Ringgit secara 1:1 dan diasingkan sepenuhnya, kami menunjukkan bagaimana kecairan on-chain dan penyelesaian DvP masa nyata boleh beroperasi dengan lancar dan bertanggungjawab dalam rangka kerja kawal selia sedia ada Malaysia bersama peneraju industri berlesen.”

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Halogen Capital, Hann Liew berkata: “Sebagai antara peneraju awal dana ditokenkan di Malaysia, kami melihat penyelesaian sebagai komponen penting seterusnya. Jadi, menguji UMYR sebagai instrumen penyelesaian yang khusus amat selari dengan visi kami untuk pengurusan dana moden. Beroperasi dalam rangka kerja yang dikawal selia bersama rakan berlesen SC memastikan kami dapat menawarkan operasi dana yang lebih pantas dan selamat kepada peserta institusi.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad, Datuk Wira Ismitz Matthew De Alwis berkata: “Inisiatif ini akan terus memperkukuh usaha kami dalam bidang tokenisasi aset. Digandingkan dengan infrastruktur penyelesaian generasi baharu, kami percaya inisiatif ini akan membawa industri lebih dekat untuk merealisasikan sepenuhnya manfaat tokenisasi, dengan memanfaatkan asas yang telah dibina melalui pelancaran Myrra dan dana ditokenkan pertama di Malaysia. Sambil meneroka peluang ini, tanggungjawab fidusiari kami kekal tidak berubah, dan kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak pengawal selia.”

Apa Maknanya kepada Pasaran Modal Malaysia

Kolaborasi ini merupakan satu langkah penting dalam pengujian infrastruktur aset digital yang dikawal selia bersama ekosistem pengurusan dana sedia ada di Malaysia. Ciri-ciri utama inisiatif yang dicadangkan termasuk:

  • Penyelesaian lebih pantas: Penyelesaian DvP masa nyata untuk langganan dan penebusan dana berbanding tempoh penyelesaian konvensional.
  • Disokong sepenuhnya oleh rizab: UMYR direka untuk disandarkan pada nisbah 1:1 oleh Ringgit yang disimpan dalam akaun berasingan di Malaysia, dengan penyelarasan rizab harian dan pengesahan bebas.
  • Inovasi yang bertanggungjawab: Dengan menguji UMYR bersama pihak yang dikawal selia, pembangunan masa depan penyelesaian on-chain di Malaysia dapat dibina berasaskan kawalan yang telah diuji, bukannya andaian yang belum terbukti.

Membina Infrastruktur Aset Digital Terkawal Selia untuk Malaysia

Inisiatif ini memperkukuh rekod Luno sebagai bursa aset digital pertama yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Luno dipercayai oleh lebih 1 juta rakyat Malaysia serta menawarkan senarai aset digital terbesar yang diluluskan SC di negara ini. Dengan menggabungkan instrumen penyelesaian UMYR yang dipaut kepada Ringgit dan disokong sepenuhnya oleh rizab dengan dana ditokenkan yang diuruskan oleh institusi pasaran modal berlesen, inisiatif ini bertujuan menunjukkan bahawa penyelesaian berasaskan blockchain boleh beroperasi dalam rangka kerja kawal selia Malaysia, bukan di luarnya.

Kolaborasi ini mewakili hasrat komersial pihak-pihak yang terlibat untuk bekerjasama, namun tidak merupakan komitmen untuk melancarkan UMYR atau inisiatif ini. Sebarang penyertaan tertakluk kepada libat urus kawal selia dan pelaksanaan perjanjian muktamad.

Kolaborasi ini diumumkan pada Persidangan Aset Digital Institusi Luno (LIDAC), persidangan aset digital utama Malaysia bagi institusi. Diadakan di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur, persidangan tersebut meneliti fasa seterusnya industri aset digital Malaysia, yang merangkumi stablecoin, tokenisasi, aset dunia sebenar, kustodian dan pematuhan.

Acara itu menghimpunkan lebih 500 pengurus dana institusi, penasihat kewangan, pengawal selia, pemimpin pematuhan dan perintis Web3 dari seluruh rantau untuk membincangkan amalan terbaik dalam aspek kustodian, pematuhan dan pengurusan risiko. Berasaskan kejayaan edisi sulung pada tahun 2025, program tahun ini mencerminkan kematangan pasaran yang beralih daripada pembinaan asas kepada pembangunan infrastruktur, tadbir urus serta keupayaan institusi yang diperlukan bagi menyokong penerimagunaan berskala besar secara bertanggungjawab.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook dan Instagram rasmi Luno Malaysia.

Disclaimer: This material is solely for general information purposes. It has not been reviewed by the Securities Commission Malaysia (“SCˮ). This information contained herein does not constitute any investment advice. Past performance is not indicative of future performance.