6 Mitos Saham

Macam-macam yang kita dengar tentang pelaburan saham. Melabur saham merugikan wang, pelaburan saham untuk orang kaya sahaja dan lain-lain lagi. Namun begitu, adakah semua perkara ini benar?

Mungkin, yang menyebarkan kata-kata ini datangnya daripada mereka yang telah ‘terciduk’ dalam pelaburan saham. Tak semua indah dalam pelaburan, tidak kisahlah pelaburan apa sekalipun.

Apa sahaja yang kita ingin lakukan, perlu dilakukan dengan ilmu. Kunci utama adalah ILMU! Ya! Ilmu! Mungkin, yang berkata-kata itu juga tidak kenal saham itu apa. Tak kenal, bukan tak cinta. Kan?

Jom kita tengok 6 mitos yang dikaitkan dengan pelaburan saham.

1. Saham Itu Haram ?

Ini yang paling banyak kita dengar. Saham itu HARAM! Betul ke haram? Jawapannya, tidak semua saham itu haram. Terdapat 746 daripada 936 saham yang terdapat di Bursa Malaysia adalah patuh syariah. Maksudnya, saham-saham yang didagangkan adalah sah atau ‘halal’ mengikut pandangan Islam.

Jadi, kepada muslimin dan muslimat, usah ragu-ragu lagi sama ada saham ini Halal atau Haram.

2. Saham Itu Susah ?

Benarkah bahawa saham itu susah? Perkara apa dalam dunia ini yang senang? Sebenarnya, saham ini mudah. Yang penting, ilmu di dada.

Sekarang kan zaman teknologi, ilmu pelaburan boleh didapati terus dihujung jari. Tak perlu hadirkan diri ke kelas-kelas fizikal atau mencari guru-guru saham secara manual. Mudah kan?

3. Saham Itu Mahal ?

Saham itu mahal? Dalam pasaran saham Bursa Malaysia, banyak saham yang bernilai RM5 dan ke bawah. Nak lagi murah? Harga sesaham puluhan sen pun ada. Tapi anda perlu ingat bahawa semakin rendah harga saham, risiko semakin tinggi.

4. Tiada Masa ?

Banyak teknik atau strategi yang boleh digunakan dalam pelaburan saham. Tengok carta seminggu sekali pun boleh. Zaman sekarang, carta boleh diakses bila-bila masa dengan hanya menggunakan smartphone.

5. Kena Modal Besar ?

Melabur saham tidak perlu modal yang besar. Untuk permulaan, gunakan wang lebihan. Nak melabur dengan modal serendah RM100 pun boleh. Tak usah risau kerana dalam pelaburan, apa yang penting adalah peratusan keuntungan.

6. Saham Itu Merugikan ?

Melabur, ada untung ada rugi. Namun, ada cara untuk meminimakan kerugian. Pelaburan bukan skim cepat kaya. Paling menyedihkan apabila melabur tanpa ilmu. Kebanyakan pelabur-pelabur rugi besar disebabkan oleh kurangnya ilmu.

Jadi, tuntutlah ilmu kerana ilmu akan membantu anda menghadapi dunia pelaburan.\

Selamat melabur!

Artikel ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda betul-betul ZERO dalam pelaburan saham, anda boleh mendaftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy bersama Bursa Malaysia di sini.

Previous ArticleNext Article

22 Firma AS Sertai Misi Pelaburan Ke Malaysia, Tinjau Peluang Pelbagai Sektor

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) — Kira-kira 22 firma Amerika Syarikat (AS) menyertai misi pelaburan di Malaysia, meninjau peluang pelaburan merentasi pelbagai sektor dan menjadi usaha memperkukuh perniagaan dengan ASEAN yang berpotensi muncul ekonomi keempat terbesar dunia menjelang akhir dekad ini.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan AS-ASEAN (US-ABC), Brian McFeeters berkata sektor itu merangkumi kecerdasan buatan (AI), tenaga, perkhidmatan kewangan dan insurans.

Beliau berkata syarikat AS pada masa ini sudah beroperasi di Pulau Pinang dan Johor serta meninjau peluang untuk mengembangkan lagi operasi masing-masing.

Antara objektif misi itu adalah mendapatkan bantuan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam aspek seperti permit, kemudahan pengawalseliaan dan menarik bakat atau tenaga kerja untuk mengembangkan operasi.

“Menerusi bantuan yang tepat, kami dapat mempercepatkan lagi pengembangan kami selain meningkatkan pelaburan di Malaysia,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program The Nation terbitan Bernama TV bertajuk “ASEAN Trade Strategy” yang dikendalikan oleh hos Gerard Ratnam.

Menurut laman sesawang AS-ABC, misi tiga hari itu bermula pada 12-14 Mei, 2026.

Menjelaskan selanjutnya, McFeeters berkata misi pelaburan yang telah mengunjungi Vietnam, Filipina dan Singapura selain negara-negara ASEAN di masa akan datang, melibatkan penyertaan syarikat baharu dan sedia ada yang berminat mengembangkan operasi mereka.

“Menerusi sokongan yang tepat, kami dapat mempercepatkan pengembangan operasi dan memperdalam pelaburan kami di Malaysia,” katanya.

McFeeters berkata AS-ABC turut mengatur mesyuarat dengan beberapa kementerian, termasuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA); Kementerian Pendidikan Tinggi: Kementerian Digital selain Khazanah Nasional Bhd.

Beliau berkata misi itu juga berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesi mesyuarat itu, katanya, dapat memberi peluang kepada firma terbabit meningkatkan kerjasama dengan kerajaan Malaysia selain mengukuhkan hubungan dalam sektor berkaitan.

Pada masa sama, misi itu juga berharap dapat membantu dari segi memudah cara perniagaan AS beroperasi di Malaysia. “Misi ini juga menunjukkan perniagaan AS kekal komited terhadap pasaran ASEAN walaupun dalam ketidaktentuan semasa, termasuk membabitkan tenaga dan persoalan melibatkan tarif,” katanya.

Data laman sesawang Pejabat Perwakilan Perdagangan AS menunjukkan perdagangan Malaysia dan AS dianggarkan bernilai US$88.5 bilion (US$1 = RM4.92) pada 2025.

Eksport AS ke Malaysia pada tahun lepas berjumlah US$28.9 bilion atau meningkat 4.5 peratus daripada US$1.2 bilion pada 2024 manakala import AS ke Malaysia pula berjumlah US$59.7 bilion pada 2025 iaitu peningkatan 13.7 peratus daripada US$7.2 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, AS-ABC turut memperkenalkan satu pelan strategik “Advancing ASEAN: A Strategic Action Plan Supporting The Philippines 2026 Chairship” sebagai cadangan dasar yang boleh memberi manfaat kepada ASEAN serta perniagaan AS.

Pelan itu antara lainnya menggariskan cadangan sektor swasta AS-ABC yang dirangka dengan kerjasama ASEAN-BAC Filipina dan terhasil daripada pertukaran pandangan dengan kerajaan Filipina yang melibatkan lima tonggak strategik.

“Asas pelan itu adalah daripada lima kertas perbincangan dengan setiap satunya dibincangkan dalam sesi meja bulat khusus dari Mac hingga April 2026 bersama agensi kerajaan, rakan sekutu pembangunan dan masyarakat awam.

“Ini bukan bertujuan menyelesaikan keseluruhan agenda dengan satu tahun kepengerusian, sebaliknya mewujudkan asas-asas institusi dan menghasilkan kerja-kerja teknikal yang boleh diteruskan oleh kepengerusian Singapura pada 2027 dan seterusnya Thailand pada 2028,” menurut AS-ABC.

— BERNAMA