Pemaju Hartanah Seremban 2 Membangunkan Aplikasi Likes2 Untuk Membantu Perniagaan Tempatan

Malaysia kini bergerak pantas untuk mencapai sasaran kadar vaksinasi lengkap dan Negeri Sembilan sudah pun dikategorikan sebagai Fasa 4 sejak akhir September dan ini bermaksud pintu perniagaan sudah boleh dibuka semula. Walau bagaimanapun, ada beberapa perniagaan kecil dan tempatan yang menghadapi cabaran untuk bertahan sepanjang pandemik ini lalu menjejaskan kebertahanan mereka.

Dalam usaha untuk mendorong perniagaan di Seremban 2, pemaju hartanah terkemuka IJM Land telah melancarkan aplikasi mudah alih pertama mereka yang bertemakan gaya hidup iaitu LikeS2. Aplikasi inovatif ini direka secara eksklusif untuk menyampaikan berita dan perkembangan terkini mengenai perbandaran tempatan, dan juga bertujuan untuk membantu perniagaan tempatan untuk mempromosikan perkhidmatan mereka untuk menjangkau komuniti di luar Seremban.

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan banyak perniagaan mengalami kerugian dan adayang terpaksa ditutup. Setiap negara dari timur ke barat dan setiap peringkat masyarakat, tidak mengira perniagaan yang besar atau kecil, kebanyakannya terkesan akibat keadaan yang tidak boleh dielakkan. Dengan pengumuman pihak kerajaan baru-baru ini yang membenarkan pembukaan semula sektor ekonomi negara, pemilik perniagaan kini mula meningkatkan usaha mereka untuk kembali aktif dalam industri masing-masing. IJM Land mengambil kesempatan ini untuk membantu peniaga tempatan dengan menghubungkan komuniti dengan perkhidmatan yang mereka perlukan.

Dato’ Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad menerangkan bahawa aplikasi ini bukan sahaja mampu memberi peluang kepada perniagaan di Seremban 2 untuk mudah berkomunikasi dengan pelanggan, malah ia juga bertujuan untuk menawarkan peluang untuk memasuki pasaran yang lebih luas.

“Sekatan pergerakan akibat daripada pandemik Covid-19 ini telah memaksa banyak perniagaan ditutup atau tidak dapat dijalankan seperti dahulu. Aplikasi LikeS2 mampu membantu perniagaan untuk beroperasi dalam talian dan pada masa yang sama, memberi peluang kepada penduduk Seremban 2 untuk mencari sumber pendapatan baharu. Kami di IJM Land membina LikeS2 dengan harapanperniagaan di Seremban 2 dan para peniaga mampu berhubung dengan komuniti dan juga untuk membantu mereka yang kehilangan perkerjaan untuk mencari punca pendapatan yang baharu,” kata Dato’ Hoo.

Melalui LikeS2, perniagaan di perbandaran Seremban 2 berpeluang untuk mempromosikan dan mengembangkan perniagaan, produk, dan perkhidmatan mereka tanpa sebarang bayaran. Selain itu, mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik juga dapat mencari sumber pendapatan lain melalui LikeS2. Pelbagai peluang perniagaan dari rumah seperti katering, kongsi kereta, penjagaan kanak-kanak dan banyak lagi melalui ciri-ciri yang disediakan diaplikasi tersebut. LikeS2 juga menyediakan berita pelancaran produk, acara atau aktiviti kemasyarakatan, promosi hartanah oleh IJM Land, info untuk kecemasan, promosi makanan dan minuman, dan banyak lagi perniagaan lain.

“Dengan pembukaan semula sektor perniagaan, dan masyarakat kini lebih cenderung menggunakan perkhidmatan dalam talian, kami yakin bahawa aplikasi mudah alih ini mampu membantu perniagaan di sekitar Seremban 2 untuk lebih dikenali. Komuniti tempatan juga dapat mengakses  info kejiranan setempat, tempat-tempat menarik di sekitar mereka, tempat makan baharu, dan banyak lagi,” kata Dato’ Hoo.

“Aplikasi yang sentiasa dikemas kini dengan info-info semasa di sekitar kawasan Seremban 2 dapat membantu peniaga berkomunikasi dengan masyarakat menggunakan mod yang berbeza. Ia juga membolehkan masyarakat mengikuti perkembangan terbaharu yang mampu menyemarakkan kemeriahan Seremban 2 diantara penduduk dan pelawat.” 

Aplikasi boleh dimuat turun dari Google Play Store (pengguna Android) atau iOS AppStore (pengguna iOS): 

Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.likes2.user
iOS AppStore: https://apps.apple.com/us/app/likes2/id1547272294

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.