Kiple Memberikan Pengalaman Kembali Ke Universiti Yang Lebih Selamat Dan Bermanfaat Untuk Pelajar Dengan Tawaran RM1

Kiplepay Sdn Bhd (“Kiple”), anak syarikat milik penuh Green Packet Berhad, telah melancarkan kempen ‘Back to Uni’ untuk menjadikan pengalaman kembali ke universiti lebih selamat dan bermanfaat bagi setiap pelajar.

Susulan daripada keterujaan yang berbangkit untuk pelajar kembali ke kampus setelah berbulan menjalani kelas secara maya dan belajar dari rumah, Kiple ingin memastikan mereka dilengkapi segala keperluan dengan selamat dan turut mendapat tawaran ganjaran pada masa yang sama. Melalui kempen ini, pelajar boleh kembali ke universiti dengan penuh gaya bersama Kiple, menerusi lebih 2,000 tawaran untuk dinikmati pada harga RM1 untuk setiap tawaran sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Dari 18 Oktober hingga 21 November, pelajar universiti yang berumur 18 – 25 tahun berpeluang mendapatkan pelbagai barangan menarik pada tawaran RM1 sahaja dengan berbelanja menggunakan Kad Prabayar Visa Kiple!

Setiap transaksi meningkatkan peluang mereka untuk memenangi pelbagai tawaran RM1 baharu – mereka hanya perlu memuat turun aplikasi Kiple dan memohon Kad Prabayar Visa Kiple, kemudian berbelanja untuk mengambil bahagian dalam kempen ini.

Pelajar (berumur 18 – 25 tahun) boleh memohon kad secara PERCUMA dengan RM0 yuran kad tahunan dan menikmati pulangan tunai sehingga RM10 setiap bulan apabila mereka berbelanja dengan Kad Prabayar Visa Kiple.

Nilai minimum perbelanjaan sebanyak RM10 diperlukan bagi melayakkan pelajar mengambil bahagian, dan ganjaran tersebut merangkumi barangan digital, kredit untuk pembelian buku, penjagaan diri, fesyen serta makanan dan minuman. Kempen ‘Back to Uni’ mempunyai tiga tawaran harian dan mingguan, iaitu:

Tawaran Harian RM1

Daripada semua transaksi harian yang dilakukan oleh pelajar, setiap transaksi kesepuluh akan dipilih sebagai pemenang untuk membeli Kredit Kiple bernilai RM20 dengan hanya RM1 yang dapat digunakan di mana-mana peniaga Kiple untuk membeli barang keperluan universiti. Transaksi harian dihadkan untuk setiap minggu.

Tawaran Hebat RM1

Setiap Ahad, pelajar berpeluang terpilih untuk membeli tawaran hebat dengan hanya RM1, antaranya iPad Air dan baucar bernilai hingga RM200 daripada Watsons, Oxwhite dan KFC. Pemenang dipilih berdasarkan jumlah transaksi yang layak dibahagi dengan jumlah tawaran yang ditawarkan untuk minggu tersebut.

Tawaran Bonus RM1

Setiap Rabu, Kiple akan memuat naik GIF kempen di laman Instagram mereka (@MyKiple), dan 20 pelajar pertama yang berjaya mengenal pasti serta menghantar jumlah tawaran RM1 yang tersembunyi di GIF tersebut di bahagian komen akan memenangi hadiah mingguan. Antaranya termasuklah langganan Spotify Premium selama 1 tahun dan Kredit Kiple bernilai RM50 pada harga RM1.

Pemenang untuk Tawaran Harian RM1 dan Tawaran Hebat RM1 akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), manakala pemenang Tawaran Bonus RM1 pula melalui mesej terus di Instagram yang mana mereka akan diberikan pautan pembayaran untuk membeli ganjaran terpilih yang dimenangi dengan hanya RM1. Semua hadiah fizikal akan dihantar ke rumah pemenang, e-baucar akan dihantar melalui e-mel dan kredit Kiple akan dikreditkan ke dalam e-dompet secara automatik.

Pengguna yang berminat boleh melayari www.kiple.com/deals/b2u untuk maklumat lanjut.

About Kiplepay

Kiplepay Sdn Bhd, one of the subsidiaries under Green Packet Berhad, is a Bank Negara Malaysia-approved designated payment instrument issuer and powers kiplePay, a financial technology solutions provider. kiplePay provides comprehensive digital solutions for enterprises, e-commerce, education and property sectors. We work extensively with businesses to understand their challenges and needs to provide adaptable solutions that enhance their current offerings, platforms, and brand strength.

Kiplepay Sdn Bhd strives to be part of the solution towards greater economic and financial efficiency nationwide by delivering bespoke digital solutions such as e-payment ecosystems and e-wallet services that will help not just established businesses and organisations but also meet the needs of underserved sectors and government-linked projects and bodies.

Kiplepay Sdn Bhd currently encompasses kipleBiz for business end-to-end e-payment solutions and kiplePay for cashless transactions.

For more information about Kiplepay Sdn Bhd, please visit www.kiple.com 

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.