Premis Makanan Dan Minuman Di The Curve Dibuka Semula Dengan Hampir 100% Kakitangan Sudah Divaksin Sepenuhnya

Premis-premis menjamu selera di the Curve kini dibuka untuk para pengunjung setelah pusat beli-belah tersebut mula beroperasi berikutan pengumuman Lembah Klang telah memasuki Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dengan sekatan di bawah PPN dilonggarkan secara berperingkat, hampir 100% kakitangan kakitangan di premis-premis makanan dan minuman di the Street, the Curve telah divaksin sepenuhnya.

Pengurus Besar Kanan, Pengurusan dan Pelaburan Hartanah Boustead Properties Berhad, Jazmi Kamarudin berkata, “Oleh kerana the Street merupakan tempat tumpuan ramai dan nadi pusat beli-belah kami yang dikunjungi orang ramai dari segenap lapisan masyarakat, semua penyewa kami sememangnya teruja untuk kembali menjalankan perniagaan sepenuhnya.

“Para penyewa memahami kepentingan untuk mempunyai kakitangan yang telah menerima vaksin lengkap dan mengamalkan langkah-langkah penjagaan kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Dalam usaha untuk membuka semula pusat beli-belah ini sepenuhnya, kami akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan untuk kita bersama-sama menangani pandemik ini,” katanya.

Setelah tersekat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama berbulan-bulan, the Street kembali sibuk dengan pelbagai aktiviti. Kedai-kedai makan menyediakan tawaran menarik bagi pelanggan yang teruja untuk mengunjungi kembali premis kegemaran mereka bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sebagai lokasi yang menempatkan pelbagai restoran dan kedai makan kegemaran ramai sejak 17 tahun yang lalu, the Street memenuhi selera rakyat Malaysia, baik hidangan menu tempatan mahupun antarabangsa.

Pengunjung pusat beli-belah juga kini boleh membayar tempat letak kereta dengan lebih mudah. Walaupun kad Touch ‘n Go adalah mod pembayaran sedia ada di parkir the Curve, kini pusat beli-belah tersebut turut menyediakan kemudahan PayDirect, e-Dompet (e-Wallet) untuk kad Touch ‘n Go bagi proses parkir yang lebih selamat dan mudah.

Dengan PayDirect, pengunjung yang memasuki tempat letak kereta the Curve tidak perlu bimbang sekiranya tidak mempunyai baki cukup dalam kad Touch ‘n Go mereka.  Untuk mengaktifkan PayDirect, pengguna hanya perlu menghubungkan kad Touch ‘n Go mereka dengan e-Dompet Touch ‘n Go. Sebaik sahaja diaktifkan, bayaran parkir akan ditolak secara automatik daripada baki e-Dompet apabila kad digunakan. Mereka yang tidak mempunyai e-Dompet masih boleh menggunakan kad Touch ‘n Go selagi terdapat baki kredit RM10 dan ke atas.

Jazmi menjelaskan, “Kemudahan tanpa sentuhan semakin dititikberatkan dalam keadaan semasa untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi orang ramai. Penggunaan PayDirect dapat mengurangkan sentuhan yang tidak perlu dan juga satu cara the Curve meningkatkan penggunaan teknologi digital dalam operasi.

“Ini adalah sejajar dengan strategi Reinventing Boustead oleh Kumpulan Boustead, yang menekankan keperluan untuk meningkatkan perniagaan kami melalui teknologi digital yang mesra pengguna,” katanya.

Menyedari cabaran yang dihadapi oleh para penyewa disebabkan oleh PKP, pihak Pengurusan the Curve sebelum ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memberi sokongan kepada penyewanya, termasuk promosi GrabFood yang memberi potongan RM8 kepada pelanggan bagi setiap pesanan makanan dan kemudahan tempat letak kereta percuma untuk penyewa dan orang ramai.

Keselamatan pengunjung, penyewa dan kakitangan terus diberi keutamaan, dengan pelaksanaan SOP yang ketat di setiap laluan masuk.

Bagi mematuhi SOP baharu, hanya pelanggan yang telah divaksin sepenuhnya akan dibenarkan makan di dalam restoran. Pelanggan dikehendaki menunjukkan sijil vaksin digital mereka dan profil MySejahtera sama ada tergolong di dalam kategori Risiko Rendah atau Kontak Kasual Tanpa Gejala sebelum dibenarkan masuk. Kanak-kanak bawah umur 17 tahun dibenarkan memasuki premis selagi kedua-dua ibu bapa sudah menerima vaksin lengkap.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.facebook.com/theCurveShoppingMall atau http://www.instagram.com/thecurve_official (@thecurve_official).

Mengenai the Curve

the Curve merupakan pusat beli belah mesra pejalan kaki yang pertama di Malaysia, menampilkan pelbagai rangkaian restoran dan kedai-kedai runcit terkenal. Terletak secara strategik di Mutiara Damansara, pusat beli belah ini dimiliki dan diuruskan oleh Boustead Curve Sdn. Bhd., yang merupakan anak syarikat kepada Boustead Properties Berhad.

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.