Pembayaran Bil TNB Kini Diterima di Boost

eDompet tempatan, Boost telah mengumumkan kemasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pengebil terbaharu di dalam aplikasi Boost. Dengan adanya TNB, Boost kini lengkap mempunyai pembekal utiliti utama di seluruh negara di dalam ciri pembayaran bil. Ini menjadikannya pusat sehenti untuk ciri pembayaran bil. Buat masa ini, Boost mempunyai lebih daripada 50 pembekal perkhidmatan bil dari telekomunikasi prabayar dan pascabayar, internet, TV, pihak berkuasa tempatan, pinjaman dan sewa beli.

Baru-baru ini Boost telah melancarkan tiga ciri pembayaran bil baharu – ViewBills, AutoBills, dan MultiBills yang menawar pengguna solusi tanpa rumit untuk membuat pembayaran. ViewBills merupakan ciri yang membolehkan pengguna melihat baki bil tertunggak dan tarikh akhir mereka perlu membayar bil tersebut terus di dalam aplikasi Boost. Dengan ciri ini, pengguna kini boleh menggunakan Boost untuk mengurus dan membayar bil TNB mereka dengan mudah tanpa menggunakan pelbagai aplikasi atau pengurusan penyata bil bercetak.

Mulai sekarang hingga 28 Februari 2022, pengguna yang menggunakan Boost untuk membayar bil TNB mereka boleh menikmati ganjaran bernilai sehingga RM20. Pulangan tunai RM10 yang pertama akan dibahagikan kepada RM5 pada setiap satu dalam tempoh dua bulan. Pengguna baharu Boost pula, akan mendapat tambahan diskaun segera sebanyak RM10 melalui ‘Welcome Pack’ apabila mereka mendaftar dengan Boost buat kali pertama. Dengan itu, pengguna baharu dapat menikmati potongan berjumlah RM20 daripada bil TNB mereka.

Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Boost berkata, “Kami sangat gembira dengan adanya TNB dalam senarai pengebil kami di aplikasi Boost. Kami sentiasa  bekerja keras untuk menjadikan Boost sebagai keperluan harian yang penting dengan memberi penyelesaian yang mudah dan bermakna kepada pengguna kami. Pembayaran bil ialah ciri popular di Boost. Kami telah menyahut permintaan pengguna kami agar TNB ditambahkan ke dalam senarai pengebil kami. Dengan penambahan TNB, ia telah melengkapkan kategori utiliti utama dalam aplikasi kami. Kini, pengguna boleh mengurus dan membayar semua bil utiliti utama mereka dan yang lain dengan mudah dalam satu platform. Ini akan memudahkan lagi dan menambah nilai kepada gaya hidup digital masyarakat Malaysia. Penambahan baharu kepada BoostBills ini akan memberi manfaat kepada lebih sembilan juta pengguna TNB di Malaysia, yang sudah pastinya akan merangkumi keratan rentas 9.5 juta pengguna Boost.”

Penggunaan pembayaran bil Boost berkembang menjadi salah satu kes penggunaan yang paling popular sejak permulaan pandemik COVID-19. Dari Januari hingga September 2021, jumlah Nilai Transaksi Kasar (GTV) pembayaran bil yang dibayar bagi setiap pengguna meningkat hampir 20% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Tambahan pula, bilangan bil yang dibayar bagi setiap pengguna juga meningkat sebanyak 16%.

Ciri-ciri BoostBills yang lain seperti AutoBills, membolehkan pengguna menetapkan pembayaran berjadual berkala secara automatik. Manakala MultiBills pula, membolehkan pengguna menggabung dan membayar berbilang bil sekali gus. Boost menyarankan untuk mengguna ViewBills dan AutoBills sekaligus apabila membayar suatu bil supaya pengguna dapat menggunakan ciri-ciri ini sebaik mungkin. Ia juga membolehkan pengguna untuk membayar bil tertunggak yang terkini secara automatik mengikut tarikh akhir. Menggabungkan ciri-ciri ini membuat pembayaran bil satu proses yang lancar dan tanpa rumit untuk sentiasa menjejaki semua bil pada setiap bulan. Boost juga mempunyai fungsi ‘Bill Reminder’ sebagai peringatan kepada pengguna supaya tidak terlupa membayar bil.

Untuk maklumat lanjut, sila mengikuti saluran media sosial rasmi Boost di Facebook (facebook.com/myboostapp) dan Instagram (instagram.com/myboostapp). Sebagai alternatif, lawati www.myboost.com.my

Mengenai Boost

Boost merupakan pegangan teknologi kewangan (fintech) milik Axiata Digital yang menyatukan semua perkhidmatan kewangan merangkumi pembayaran, pinjaman alternatif berasaskan kecerdasan buatan (AI), insurans digital, perkhidmatan kandungan rentas sempadan dan solusi perniagaan. Perniagaan Boost diselaraskan kepada empat jenama utama yang menawarkan perkhidmatan kepada pangkalan pengguna dan peniaga serantau dengan tujuan mewujudkan penjana perkhidmatan kewangan serantau yang berpusat di Malaysia:

Boost LifePerniagaan eWallet Boost yang dilancarkan pada tahun 2017, memfokuskan kepada penawaran gaya hidup pengguna seperti pembayaran runcit dalam dan luar talian, pembayaran bil, insurans dan pengangkutan & kes penggunaan transit dengan ciri-ciri baharu yang selalu diperkenalkan dari semasa ke semasa.  
Boost BizSegmen untuk para peniaga yang menawarkan platform pembayaran untuk perusahaan pelbagai saiz, alat perniagaan dan solusi digitalisasi.  
Boost CreditSebelum ini dikenali sebagai Aspirasi, ia menempatkan perniagaan pembiayaan mikro & insurans mikro dan merupakan perintis pembiayaan Alternatif Digital di Malaysia dan Indonesia.  
Boost ConnectSebelum ini dikenali sebagai Apigate, ia merupakan satu perniagaan kemudahan pembayaran yang menggabungkan dan menyebarkan kandungan melalui platform API yang lancar.

Boost menjadikan urus niaga dan pembiayaan lebih mudah, cepat, selamat dan secara keseluruhannya satu pengalaman yang lebih bermanfaat dengan menggabungkan teknologi kewangan (fintech), data dalaman dan AI untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat dan berkembang. Sejak ditubuhkan pada 2017 sebagai pembekal pembayaran digital dengan e-dompet utama pertama di Malaysia, Boost berkembang pesat menjadi pembekal perkhidmatan kewangan digital yang lebih meluas hari ini dengan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menjadi segmen fokus utama.

Previous ArticleNext Article

Cabaran RIFAR Yang Diterajui Belia Oleh SC Untuk Memacu kesedaran Dan Inovasi Bagi Sungai-Sungai Di Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan River Flooding Adaptation & Resilience (RIFAR) Challenge untuk memperkasakan golongan muda supaya menyumbang idea dan tindakan yang dapat memperkukuh ketahanan sungai-sungai di Malaysia.

Inisiatif ini merupakan kerjasama dengan rakan strategik dalam penglibatan universiti, pelaksanaan dunia sebenar langkah mitigasi banjir dan kepakaran teknikal dalam ketahanan serta kelestarian sungai. Rakan-rakan tersebut ialah:

  1. ICAEW Malaysia
  2. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
  3. Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) – pemaju induk projek Selangor Maritime Gateway (SMG)
  4. Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC)

Pertandingan seluruh negara ini menjemput pelajar universiti untuk membantu menangani ancaman banjir sungai yang semakin meningkat melalui dua kategori berbeza:
▪ The Sprint: Laluan kesedaran yang memfokuskan komunikasi kreatif, bagi meningkatkan kesedaran awam dan tindakan komuniti mengenai kesihatan sungai di Malaysia.
▪ The Marathon: Laluan inovasi pelbagai disiplin di mana pasukan membangunkan intervensi mitigasi banjir untuk Taman Sri Muda. Penyelesaian menggabungkan konsep kejuruteraan dengan pelan pembiayaan pasaran modal serta manfaat sampingan iklim yang boleh diukur, seperti tenaga boleh diperbaharui.

RIFAR merupakan sebahagian daripada inisiatif Transition, Resilience & Adaptation in Capital Markets (TRAC) oleh SC. Ia selaras dengan objektif lebih luas SC untuk memperkukuh peranan pasaran modal dalam menggerakkan pembiayaan bagi peralihan iklim, adaptasi dan ketahanan, seperti yang digariskan dalam Capital Market Masterplan 2026-2030.

RIFAR ialah cabaran adaptasi dan ketahanan iklim kedua SC, meneruskan kejayaan besar Coastal Flooding Adaptation & Resilience (COFAR) Challenge yang diadakan pada 2025. Inisiatif ini melibatkan 220 pelajar dari 29 universiti untuk membangunkan penyelesaian adaptasi bagi Pulau Carey, Selangor.

Bercakap semasa webinar pelancaran RIFAR Challenge, Pengerusi SC Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata sungai berada di pusat cabaran adaptasi iklim Malaysia.

“Sungai ialah sistem peredaran negara ini, membekalkan 80% bekalan air mentah negara dan mengalir melalui koridor ekonomi paling penting kita.”

“Pasaran modal menilai idea yang bukan sahaja kukuh dari segi teknikal tetapi juga berdaya maju dari segi kewangan. Selepas kejayaan COFAR, kami yakin pelajar universiti Malaysia boleh menyumbang kepada penyelesaian bersepadu yang diperlukan untuk lembangan sungai kita,” katanya.

RIFAR Challenge menawarkan jumlah hadiah wang tunai RM50,000 untuk kategori Marathon dan RM7,000 untuk Sprint. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar dari semua universiti awam dan swasta di Malaysia, serta rakyat Malaysia yang belajar di universiti luar negara.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari: www.sc.com.my/trac/rifar-challenge
Pendaftaran ditutup pada 12 Mei 2026.