Jom Kenali Sejarah Emas Dalam Peradaban Manusia

Sebut sahaja pasal emas, pastinya ramai yang telah sedia maklum tentang betapa berharganya ia. Emas menjadi satu simbol kekayaan dari dahulu sehinggalah sekarang. Nilai emas itu sendiri begitu berharga malah strukturnya yang sentiasa bersinar, cantik dan tidak berkarat sekaligus sukar untuk diperolehi menjadikan ianya menjadi buruan ramai orang. Keistimewaan inilah yang telah menjadikan emas diiktiraf.

Tahukah anda, Greek, Rom dan Parsi menggunapakai emas sebagai mata wang mereka.

Petikan Al Quran dari surah Al-Hajj, ayat 23 ada menerangkan bahawa:

“Allah Swt akan memberikan penduduk syurga gelang-gelang yang diperbuat daripada emas dan mutiaranya sebagai hadiah kepada hamba-hambanya yang berjaya.”

Petikan ini menerangkan bahawa emas bukan sahaja bernilai di dunia malah ianya juga sangat bernilai di akhirat kelak.

Sejarah emas sendiri ada menyatakan bahawa emas telah mempunyai hubungan dalam peradaban manusia sejak beribu tahun dahulu lagi. Ahli-ahli sejarah telah menemukan potongan-potongan emas di dalam sebuah gua di Sepanyol oleh manusia paleolitik lagi. Penemuan ini kira-kira 40,000 tahun sebelum masihi. Penemuan ini jelas menyatakan bahawasanya emas telah digunakan dalam kehidupan manusia sejak dahulu lagi.

Di Iraq, 3000 tahun sebelum masihi lagi, emas berfungsi sebagai pertukaran. Ini dibuktikan melalui penemuan hiasan dan syilling pada ketika itu.

Pada zaman tamadun Mesir tahun 2500 sebelum masihi, emas dan perak telah digunakan sebagai urusan perdagangan. Di Mesir syilling emas seberat 11.3 gram telah dihasilkan bertujuan untuk menjadi ukuran alat penukaran perdagangan antarabangsa.

Sejarah Emas Dalam Islam

Lahirnya Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah membawa perubahan dalam ekonomi. Emas telah dijadikan sebagai mata wang dalam sebarang aktiviti ekonomi. Pada ketika itu, satu syilling dinar emas seberat 4.25 gram emas.

Nabi Sulaiman yang merupakan seorang nabi paling kaya, telah menghiaskan istana dan kerajaannya dengan emas.

Pada 1400 tahun ketika zaman Rasulullah SAW, 1 dinar emas bersamaan dengan seekor kambing.

Sejarah Emas Dalam Tamadun Nusantara & Tanah Melayu

Gambar : Jejak Tarbiah

Tamadun Majapahit, dan Melayu Srivijaya telah menggunapakai emas sebagai mata wang atas tujuan dalam perdagangan maritim.

Negeri –negeri Melayu iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis dikatakan mempunyai sejarah dengan Negara Siam. Negeri – negeri ini dikatakan telah menghantar Bunga Emas kepada Negara Siam.

Itulah serba sedikit pengetahuan tentang kisah silam emas. Banyak lagi kisah lama berkenaan dengan emas untuk dibungkah dan dipertontonkan kepada umum.

Atau pun jika ada masalah duit simpanan yang selalu bocor, dan nak pastikan duit simpanan bertahan lama, simpanlah tunai cukup sekadar 3 – 6 bulan pendapatan. Selebihnya lebih baik disimpan dalam bentuk emas. Modal untuk mula menyimpan emas pun dah murah sangat sekarang.

Mula dengan RM5 pun boleh sekarang! Nak tahu caranya? Baca lagi JOM BELI EMAS UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH TERJAMIN

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Harga Emas Tinggi Jejas Permintaan Terhadap Barang Kemas – Tomei

KUALA LUMPUR: Harga emas mencapai kemuncak awal tahun ini sebelum pembetulan dan kini dijangka kekal dalam lingkungan harga yang sama sehingga terdapat kepastian dalam pasaran.

Pengarah Urusan Tomei Consolidated Bhd, Datuk Ng Yih Pyng, berkata walaupun Tomei kekal positif terhadap emas dalam jangka masa panjang, harga yang tinggi menjejaskan permintaan barang kemas kerana pengguna menjadi lebih sensitif terhadap harga, manakala permintaan untuk produk pelaburan emas seperti wafer, syiling dan bar kilo telah meningkat.

“Dari segi margin, Tomei membuat jualan berasaskan nilai pasaran semasa dan tidak mengamalkan lindung nilai untuk inventorinya, selain syarikat membeli semula kuantiti emas yang setara setiap hari selepas jualan dibuat,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan ke-21 syarikat itu

Sementara itu, beliau berkata platform emas digital Tomei, GoldNow yang dilancarkan secara tidak rasmi sebelum Tahun Baru Cina telah mencatatkan pengambilan yang menggalakkan walaupun sumbangannya kekal kecil iaitu kurang daripada satu peratus daripada jumlah perolehan kumpulan.

Dalam perkembangan lain, Tomei menjangkakan bakal mencatatkan peningkatan bersih daripada satu cawangan kepada dua cawangan menjelang akhir tahun ini, memandangkan peruncit barangan kemas itu mengambil strategi perluasan yang berwaspada namun selektif di tengah-tengah persekitaran pasaran yang tidak menentu.

Yih Pyng berkata, syarikat itu kini mengendalikan 63 cawangan dan sedang berbincang dengan beberapa pusat beli-belah untuk potensi pengembangan.

Bagaimanapun, beliau berkata Tomei mungkin menangguhkan beberapa pembukaan yang dirancang dan turut mengkaji semula prestasi cawangan sedia ada.

“Kami sedang berbincang dengan beberapa pusat beli-belah mengenai pengembangan tetapi mungkin perlu menangguhkan sebahagian daripada pengembangan berikutan situasi semasa di Asia Barat.

“Kami mungkin membuka beberapa outlet dan menutup beberapa cawangan yang tidak berprestasi, namun peningkatan bersih tidak akan lebih daripada satu atau dua,” katanya.

Beliau berkata, Tomei kekal berhati-hati mengenai prospek jangka pendek, memandangkan suku kedua dan ketiga dijangka lebih perlahan susulan musim perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya telah berakhir.

Menurutnya, sentimen pasaran juga telah menjadi lebih perlahan, tetapi syarikat akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memperkenalkan rangkaian produk baharu untuk menyokong permintaan.

Sementara itu, Pengerusi Tomei, Raja Tan Sri Aman Raja Ahmad, berkata kumpulan itu kekal fokus untuk mengekalkan nisbah hutang yang sihat dan aliran tunai kukuh dan menilai peluang perniagaan baharu dengan lebih teliti.

“Menggunakan analogi bola sepak, ini adalah fasa bertahan bukannya fasa menyerang untuk menjaringkan gol. Kami perlu memastikan nisbah hutang berada dalam keadaan baik dan aliran tunai kekal kukuh,” katanya.

-BERNAMA