291 Sekolah-sekolah di Seluruh Negara dan Dapur Umum Menerima Sumbangan Makanan Kering Sebanyak 76.1 Tan daripada Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank

Sejumlah 219 sekolah di seluruh negara dan 8 dapur umum (“soup kitchen”) dari sekitar Lembah Klang menerima sumbangan sebanyak 76.1 tan makanan kering daripada Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (“HLB” atau ‘Bank”), di kempen ‘Demi Kita, Demi Malaysia.’

Bersasarkan komuniti dan berlangsung selama sebulan, kempen tersebut memberi peluang kepada pekerja HLB di ibu pejabat di Menara Hong Leong, pejabat-pejabat utama di PJ City dan Wisma Hong Leong serta 242 cawangan di seluruh negara untuk berganding bahu dan menyumbang usaha dan masa untuk menyalurkan bantuan makanan kepada komuniti yang terjejas oleh pandemik dan perintah kawalan pergerakan yang bersilih ganti. Kempen membantu 4,952 pelajar di seluruh negara serta 9,000 individu yang memerlukan bantuan makanan dari lapan dapur umum komuniti dan penyedia makanan di Lembah Klang.

Menurut Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, tahun ini Bank ingin membawa perubahan untuk komuniti yang terjejas akibat pandemik, maka, jangkauan kepada sekolah dan dapur umum.

“Oleh itu, untuk kempen ‘Demi Kita, Demi Malaysia,’ kami menumpukan pelajar dari kelompok berpendapatan rendah yang jarang menerima bantuan kerana mereka tinggal bersama keluarga. Selain itu, Bank juga ingin menyokong usaha dapur umum komuniti dan penyedia makanan di Lembah Klang yang bertungkus lumus membantu penerima bantuan makanan harian yang bilangannya semakin hari, semakin bertambah.”  

Kakitangan pekerja di rangkaian cawangan Bank bekerjasama rapat dengan pengetua dan guru besar sekolah di daerah masing-masing untuk mengenalpasti pelajar di setiap sekolah dan keluarga mereka yang memerlukan bantuan makanan dan barang dapur. Ihsan sumbangan dari Bank serta warga kerja HLB, kami berjaya mengumpul dan menyumbang 76.1 tan barang dapur dan makanan kering.

Untuk dapur umum pula, sumbangan wang berjumlah RM90,000 disalurkan kepada 8 organisasi – Pit Stop Community Café, SEED Foundation, Dapur Jalanan KL, Need to Feed the Need, Kechara Soup Kitchen, Pertiwi Soup Kitchen, Seso Malaysia dan Street Feeders KL.

Joycelyn Lee, Pengasas Bersama Pit Stop Community Café berkata pihak mereka mengalu-alukan huluran bantuan, memandangkan permintaan bertambah untuk bantuan makanan ekoran peningkatan kadar kemiskinan bandar ketika pandemik.

“Latar belakang penerima bantuan makanan kami juga telah berubah. Pra-pandemik, kami banyak membantu golongan gelandangan. Sekarang, kami menerima lebih ramai warga emas yang terpaksa berjimat lebih, termasuk mereka yang dahulu bekerja sebagai pengutip bahan kitar semula dan menerima pendapatan kecil di samping wang pencen, pekerja upah harian yang selalunya menampung perbelanjaan keluarga mereka, dan mereka yang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik. Selalunya, mereka memiliki pekerjaan tidak tetap dan rumah sendiri, tetapi tidak mampu menampung kos makan. Akses makanan yang tidak terjamin ialah hakikat malang untuk lebih ramai orang disebabkan pandemik yang berlanjutan.”

Zalman Zainal, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi HLB berkata, “virus COVID-19 tidak mengira latar belakang dan kita melihat betapa impak ekonomi menghambat setiap lapisan masyarakat pada kadar yang berlainan. Di jalanan, dapur umum turut terjejas. Sumbangan dari masyarakat umum berkurangan, tetapi ini tidak mematahkan semangat dapur umum untuk meneruskan matlamat sosial untuk memberi makanan kepada gelandangan dan komuniti yang memerlukan. Mereka wira tak didendang yang sebenar. Kami berharap sumbangan yang disalurkan membantu meringankan beban lapan dapur umum yang dikenalpasti, dan pada masa yang sama membantu meningkatkan kesedaran awam tentang situasi yang dihadapi mereka. Kami juga ingin memberi penghargaan kepada sekolah-sekolah di seluruh negara yang bekerjasama dengan pihak kami untuk memastikan bantuan yang sesuai diterima oleh para pelajar yang memerlukan.”

‘Demi Kita, Demi Malaysia’ ialah kempen tanggungjawab sosial tahunan HLB, dan bertujuan membantu masyarakat Malaysia di waktu kini yang serba mencabar. Tahun ini, kempen yang berlangsung selama sebulan berhasrat meningkatkan kesedaran awam tentang beban kewangan yang dihadapi komuniti dan keluarga disebabkan pandemik yang berlarutan.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI