PMKS dan Jenama Tempatan Malaysia Mencatat Jualan Mencecah Jutaan Ringgit Sehari Pada Lazada 11.11

Jenama tempatan terkemuka Malaysia menjana 25 kali lebih banyak jualan berbanding hari biasa pada Jualan 11.11 Lazada, dengan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terunggul mencatat jualan mencecah satu juta ringgit.

Sambil ekonomi tempatan pulih secara beransur-ansur, PMKS tempatan terus membangun pada kadar yang pantas, dengan hampir 1 daripada setiap 2 perniagaan baharu menerima pelanggan dalam talian pertama mereka dalam masa kurang daripada 7 hari selepas menyertai Lazada, menjelang musim beli-belah Lazada 11.11 baru-baru ini.

“Kami teruja melihat PMKS dan jenama tempatan melaksanakan pendigitalan dan menunjukkan trend pertumbuhan yang kukuh, daripada penubuhan kedai dalam talian sehingga ke jualan pertama dan seterusnya, seperti yang dilihat pada Jualan 11.11 baru-baru ini. Kami kagum dengan kecekalan yang ditunjukkan dan akan terus menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan dengan menghubungkan mereka kepada komuniti pembeli dalam talian kami,” kata Darren Rajaratnam, Ketua Pegawai Operasi, Lazada Malaysia.

Menurut laporan Indeks Keyakinan Perdagangan Digital (DCCI) Lazada yang terkini, 76% daripada penjual dalam talian di Asia Tenggara menyatakan bahawa mereka yakin terhadap pertumbuhan masa depan walaupun menghadapi persekitaran operasi yang mencabar. Penemuan ini juga menunjukkan bahawa sebelum pesta beli-belah dalam talian hujung tahun seperti 11.11 dan 12.12, syarikat-syarikat sudah merancang untuk menambah inventori dan bilangan kakitangan.

Mereka melihat persiapan mereka membuahkan hasil apabila Lazada Malaysia menyaksikan peningkatan 24x dalam jumlah pembeli tempatan di platformnya pada 2 jam pertama Jualan 11.11 tahun ini, berbanding hari biasa dalam tempoh yang sama. Ini menunjukkan trend jelas bahawa terdapat ramai orang yang mencari tawaran hebat pada tengah malam dengan niat ikhlas untuk membeli. Perniaga-perniaga tempatan menggunakan peningkatan ini sebagai batu loncatan untuk menarik pelanggan baharu dan menggiatkan pertumbuhan digital mereka.

Johnson, pemilik The Hopz Sdn. Bhd., berkata: “Walaupun kedai kami hanya dibuka di Lazada dua bulan lepas, kami amat gembira kerana berjaya untuk menjana jualan lebih satu juta ringgit dalam masa 24 jam pada 11 November. Bukan itu sahaja, pengikut kedai kami meningkat lebih daripada 26% selepas Jualan Lazada 11.11. Kami bersyukur kerana rakyat Malaysia terus menyokong PMKS tempatan di Lazada dan kami berterima kasih kepada Lazada kerana memberi sokongan untuk usahawan tempatan membangunkan perniagaan dalam talian.”

Koo Ye Fei, pengasas jenama tilam tempatan popular, NeckPro, berkata: “Tahun ini merupakan tahun ke-5 kami menyertai Jualan 11.11 Lazada dan jenama kami terus menawarkan nilai hebat kepada pelanggan. Pada 11.11 baru-baru ini, kami bukan sekadar mencatatkan peningkatan jualan luar biasa sebanyak 25x berbanding hari biasa, tetapi juga mengukuhkan kesedaran jenama kami dengan memenangi pelanggan baharu di LazMall.”

11.11, ialah acara beli-belah yang paling dinanti-nantikan dan sering dianggap sebagai jualan terbesar dalam talian. Diperkenalkan oleh Lazada ke Asia Tenggara pada 2013, ‘Impak 11.11’ Lazada telah menjadi piawaian industri, dengan mempopularkan jualan mega dua angka dan membina komuniti beli-belah dalam talian secara meluas di seluruh negara – memacu aktiviti ekonomi dalam dunia digital. Sebagai salah satu daripada peserta eDagang utama pertama di Malaysia yang bantu membentuk ekonomi digital yang kini pesat berkembang, Lazada memainkan peranan penting untuk memacu transformasi digital bagi PMKS dan juga syarikat-syarikat besar.

Untuk maklumat lanjut mengenai Lazada, sila kunjungi: https://lzd.co/MegaSale

Untuk mendaftar sebagai penjual Lazada, sila kunjungi: http://lzd.co/SellOnLazadaMY

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej Pintar Niaga Lazada, sila layari: http://lzd.co/SellerPPN

Mengenai Kumpulan Lazada

Diasaskan pada 2012, Kumpulan Lazada adalah peneraju platform eDagang di Asia Tenggara. Kami kini menjadi pemangkin untuk kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Dengan rangkaian pembayaran dan logistik terbesar di rantau ini Lazada kini telah menjadi sebahagian daripada keperluan seharian pengguna dan kami bertekad untuk mencapai 300 juta pelanggan pada 2030. Sejak 2016, Lazada telah menjadi platform utama Kumpulan Alibaba di Asia Tenggara disokong oleh infrastruktur teknologinya yang bertaraf dunia.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI