NCIA dan Kiplepay Memperkasa Komuniti Orang Asli dengan Literasi Teknologi Sambil Tangani Kos Sara Hidup

Atas sebahagian daripada agenda kerajaan untuk memangkin literasi digital dalam setiap lapisan masyarakat, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) sedang menggerakkan usaha capaian yang istimewa buat komuniti Orang Asli di Perak. Capaian ini akan dilakukan melalui inisiatif bantuan kewangan Kasih Ibu Darul Ridzuan(KIDR), berbekalkan solusi teknologi oleh Kiplepay Sdn Bhd.

Menerusi program tersebut, NCIA menawarkan kad tanpa tunai prabayar, dikuasakan oleh KiplePay, buat para benefisiari dari komuniti Orang Asli di Perak. Ditambah nilai dengan dana bulanan sebanyak RM250 yang diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan, kad ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas daripada peniaga tempatan, termasuk para peniaga yang terdiri daripada Orang Asli. Peniaga tersebut antara lainnya melibatkan 15 kedai bergerak, yang khususnya wujud untuk menangani isu aksesibiliti lokasi.

“Inisiatif Kasih Ibu Darul Ridzuan(KIDR) bukan sahaja dapat membantu membasmi kemiskinan dalam kalangan komuniti berpendapatan rendah di Malaysia sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12, malah ia juga selari dengan matlamat kerajaan untuk memacu Malaysia ke hadapan sebagai sebuah negara digital. Dengan membolehkan peniaga mudah alih memupuk penggunaan fungsi ini menerusi kad tanpa tunai oleh KiplePay, NCIA berharap para penduduk di kawasan pedalaman juga dapat menimba inspirasi untuk meningkatkan literasi digital mereka serta menerima peralihan digital dalam hidup masing-masing,” ujar Datuk Seri Jebasingam Issace John, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Peniaga mudah alih menawarkan perkhidmatan yang membawa diri mereka serta produk mereka kepada pembeli, dan bukan sebaliknya. Ia dapat menangani masalah utama yang dihadapi oleh sebilangan besar komuniti Orang Asli, khususnya mereka yang menetap di kawasan terpencil yang hanya boleh diakses oleh kenderaan 4×4 dan bot. Menerusi perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga mudah alih, komuniti Orang Asli yang menetap di kawasan ini boleh membeli barangan keperluan dengan mudah tanpa perlu keluar jauh dari tempat tinggal mereka.

“Dengan kad tanpa tunai dan terminal bayaran yang dikuasakan oleh KiplePay, para benefisiari dan peniaga Orang Asli akan memiliki akses selain terdedah kepada transaksi tanpa sentuh yang lebih selamat. Langkah ini akan mendorong komuniti di kawasan terpencil untuk menerimaguna solusi digital dalam kehidupan mereka, lantas membuka lebih banyak peluang bagi mereka pada masa akan datang,” jelas Ricky Lew, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kiplepay Sdn Bhd.

Program KIDR ini telah memberi manfaat kepada 4,701 benefisiari termasuk 1,094 komuniti Orang Asli pada tahun 2021. Setakat ini, program ini telah menyaksikan 150 peniaga mengambil bahagian di bawah program KIDR, dan 25 daripada mereka adalah dari komuniti Orang Asli.

“Saya berharap program KIDR ini dapat diteruskan dan dikembangkan lagi agar lebih ramai benefisiari yang berkelayakan dapat menikmati manfaat tersebut. Usaha ini sebahagian besarnya dapat meringankan beban akibat kekurangan sumber pendapatan tetap serta wabak COVID-19 yang sedang berleluasa,” sebut Johara binti Pandak, benefisiari Orang Asli dari Pos Raya, Kampung Kepayang, Perak.

“Program KIDR ini bukan sahaja dapat meringankan beban sara hidup yang tinggi bagi para benefisiari di kawasan saya, namun turut meningkatkan jualan perniagaan saya apabila mereka datang membelanjakan peruntukan bulanan masing-masing di kedai saya,” ujar Kulop bin Pandak, peruncit di Kampung Orang Asli Tumbuh Hangat di Bota, Perak.

Usaha ini menyusuli usaha sama sedia ada antara NCIA dan Kiple untuk membekalkan pelbagai solusi tanpa tunai kepada komuniti miskin dan miskin tegar di negeri-negeri utara, dengan fokus terhadap wanita berpendapatan rendah dari isi rumah yang tiada pendapatan tetap. Ia menghubungkan para benefisiari dengan keperluan asas serta faedah khidmat kesihatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Kasih Ibu Darul Ridzuan, sila layari www.ncer.kidr.com.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.