Apa Itu Syarikat Pemegang Pelaburan Dan Faedahnya?

Anda yang melabur dalam pelaburan hartanah pasti terbiasa dengan ayat ‘syarikat pemegang pelaburan’ atau SPP. Bagi pelabur yang otai, SPP ini sering menjadi pilihan mereka dalam pelaburan hartanah.

Tetapi bagi anda yang belum mengetahui tentang syarikat pemegang pelaburan, jom teruskan membaca.

Apa Itu Syarikat Pemegang Pelaburan?

Syarikat pemegang pelaburan merupakan syarikat yang ditubuhkan untuk memegang pelaburan atau aset. Ia sering digunakan oleh pelabur yang ingin membeli harta benda yang sangat banyak. Selain itu, ia turut menguruskan hal yang berkaitan dengan cukai dan juga peraturan kewangan.

Adalah penting untuk diberi perhatian bahawa pendapatan kasar daripada perniagaan memegang pelaburan seperti menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan atau sokongan sememangnya tidak dianggap sebagai pendapatan pelaburan. 

Syarikat pemegang pelaburan dibahagikan kepada dua jenis iaitu syarikat pelaburan yang tersenarai di Bursa Malaysia dan tidak tersenarai di Bursa Malaysia. Dua jenis syarikat pelaburan ini ditadbir dibawah peruntukan yang berbeza dibawah akta cukai pendapatan 1967. 

Faedah Utama Yang Boleh Dimiliki Dengan Syarikat Pemegang Pelaburan

1. Mengurangkan Risiko Yang Ditanggung

Secara umumnya, apabila melibatkan pembelian harta pemilikan bersama, semuanya akan dikongsi bersama, benar bukan? Namun dengan syarikat pemegang pelaburan, jika terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini, maka risiko yang ditanggung dapat dikurangkan.

2. Menjimatkan Kos Cukai Yang Dikenakan

Dibawah syarikat pemegang pelaburan, ia dapat menjimatkan kos cukai yang dikenakan bergantung pada tahap pendapatan individu tersebut. Jadi, sekiranya kos diluar kawalan syarikat pemegang pelaburan adalah sebanyak 30%, ianya dapat dikurangkan sedikit pada kadar 17% setakat ini.

3. Dapat Memohon Pembiayaan Pinjaman

Dengan syarikat pemegang pelaburan, dibenarkan secara sah untuk memohon pembiayaan dan pinjaman sebaik sahaja ditubuhkan. Selain itu, SPP dapat menerima pembiayaan pinjaman sebanyak 60% daripada nilai harta kediaman. Sangat untung!

4. Perkongsian Pembiayaan Berkadar Yang Adil

Menariknya lagi dengan faedah SPP, sekiranya perkongsian saham tersebut dibayar sebanyak 75% oleh pihak pertama, maka saham itu berhak dikawal oleh pihak tersebut. Selain itu, kedua-dua pihak boleh bersuara dalam sebarang urusan tetapi siapa yang membayar paling banyak akan dikira paling berkuasa dalam membuat keputusan.

Kesimpulannya, penubuhan SPP untuk aset dan hartanah sememangnya memberikan banyak kelebihan. SPP dapat menjadikan struktur kewangan lebih baik dan positif. Namun, untuk menubuhkan SPP, pastikan anda mendapatkan pandangan daripada mereka yang pakar terlebih dahulu bagi memilih kategori yang bersesuaian dengan anda.

Previous ArticleNext Article

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.