Berita Baik! Duduk Rumah Dan Dapat Pembayaran Tetap Setiap Bulan, Pelan Pencen Masa Depan?

Cagamas Reverse Mortgage

Kita seringkali kenal dengan perkataan mortgage ini, sebab ia merupakan satu perkataan yang berkait dengan produk financing untuk kita membeli rumah ataupun ia berkait dengan satu bentuk produk perlindungan perumahan. Namun pernah tak anda dengar produk yang diberi nama Reverse Mortgage?

Reverse Mortgage atau Skim Saraan Bercagar (SSB) / Skim Saraan Bercagar Islamik (SSB-i) yang dikelolakan oleh Cagamas Berhad adalah satu jenis pinjaman yang dikhususkan kepada warga emas atau para pesara yang memiliki rumah kediaman, membolehkan mereka menukar aset hartanah kediaman mereka kepada pendapatan bulanan tetap yang dibayar sepanjang hayat mereka tanpa melepaskan hakmilik dan boleh kekal tinggal di rumah mereka.

Skim ini sebenarnya untuk warga berusia 55 tahun dan ke atas, mempunyai rumah sendiri serta rumah tersebut tidak terikat dengan mana-mana pinjaman atau pembiayaan bank. 

Jadi bayangkan, anda tidak perlu buat refinance atau remortgage. Namun dengan Skim Reverse Mortgage ini anda masih boleh kekal duduk dalam rumah anda, tak perlu tukar hak milik sambil itu terima pendapatan bulanan dan teruskan kehidupan seperti biasa. Mungkin ini yang dinamakan sebagai “duduk rumah goyang kaki, dapat duit!”

Sebenarnya produk ini sesuai bagi mereka yang sudah kekurangan duit saraan, tidak terima wang pencen, tiada punca pendapatan dan ingin meneruskan rutin harian mereka tanpa bergantung kepada mana-mana pihak terutamanya jika ia melibatkan wang. Kos sara hidup semakin meningkat dengan peningkatan harga barangan dan lain-lain menyebabkan ramai orang terkesan terutamanya kepada golongan yang sudah berpencen.

Ia boleh dijadikan sebagai satu solusi terbaik bagi mereka yang tidak mahu menjual ‘syurga’ mereka kepada orang lain semata-mata untuk meneruskan kelangsungan hidup. Dalam erti kata lain, skim ini membantu golongan warga emas membiayai persaraan mereka.

Skim ini membolehkan golongan berusia 55 tahun ke atas, meminjam berbanding nilai rumah mereka yang dibayar penuh dan menukarkannya kepada penerimaan pembayaran tunai bulanan tetap sepanjang hayat mereka.

Graphical user interface, text, applicationDescription automatically generated
Graphical user interface, text, applicationDescription automatically generated

Dengan dana permulaan berjumlah RM100 juta yang telah diperuntukkan dalam program ini, pinjaman ini akan ditawarkan pada pembiayaan kadar tetap sebanyak lima peratus setahun. Menerusi tawaran kadar tetap, skim ini mampu menawarkan bayaran bulanan yang lebih tinggi kepada pesara sepanjang tempoh pinjaman walaupun kadar OPR berubah dari masa ke masa.

Sampai bila bayaran bulanan akan diterima? Jawapannya seumur hidup!

Tiada pembayaran balik diperlukan bagi sepanjang hayat peminjam. Pembayaran balik hanya perlu dibuat apabila peminjam meninggal dunia atau sekiranya ia adalah pinjaman SSB bersama, pembayaran balik hanya dibuat apabila kedua-dua peminjam meninggal dunia.

Pewaris peminjam mempunyai 2 pilihan sama ada ingin menjelaskan baki pinjaman untuk tebus balik rumah yang telah dicagarkan atau sekiranya memilih untuk tidak menjelaskan baki pinjaman, Cagamas akan menjual rumah tersebut untuk melunaskan jumlah kumulatif pinjaman yang telah diambil. Sekiranya terdapat sebarang lebihan dari penjualan, Cagamas akan memulangkan lebihan hasil jualan kepada pewaris yang layak.

Sebaliknya, jika hasil penjualan kurang daripada jumlah kumulatif pinjaman yang telah diambil, ia akan ditanggung sepenuhnya oleh Cagamas.

Permohonan bagi Skim Saraan Bercagar ini telah mula dibuka sejak 17 Januari 2022. Ia adalah satu projek perintis yang dilancarkan Cagamas Berhad hanya untuk pemilik rumah di Lembah Klang (Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

Bagi pembaca-pembaca Majalah Labur yang berminat untuk memohon, anda boleh set appointment di salah satu daripada dua cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya melalui https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu.

Graphical user interface, text, applicationDescription automatically generated

Untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai kriteria kelayakan dan proses permohonan termasuk semakan kalkulator pengiraan untuk pembayaran indikatif bulanan, pemohon boleh melayari laman web SSB di www.ssb.cagamas.com.my.

Mulai 13 Oktober 2022, Skim Saraan Bercagar (SSB) dan Skim Saraan Bercagar Islamik (SSB-i) akan tersedia di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Pelanggan kini boleh menghantar permohonan secara atas talian (online application).

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka selepas ini susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman daripada pihak bank.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman