
Cara screener saham di atas adalah dengan menggunakan tools screener oleh Bursa Marketplace. Kriteria yang ditetapkan adalah seperti di bawah
- P/E ratio – below 15
- Valuation – 7-10
Apabila berlaku kegawatan ekonomi seperti tahun 2020, pasaran saham membuat kejatuhan kerana pelabur semua panik dan takut kerana terdapat ketidaktentuan dalam pasaran. Oleh itu, banyak harga saham jatuh dengan begitu banyak walhal bisnes syarikat saham tersebut masih kukuh dan beroperasi seperti biasa.
Oleh yang demikian, kejatuhan ekonomi merupakan peluang keemasan bagi pelabur-pelabur bijak. Untuk pelaburan jangka masa panjang, syarikat dibawah intrinsic value menjadi buruan pelabur. Intrinsic value boleh dibaca dengan pelbagai jenis indikator fundamental. Namun cara paling mudah adalah dengan melihat nisbah Price to Earning (P/E).
Senarai saham di atas dipilih berdasarkan nilai P/E ratio di bawah 15. Syarikat-syarikat ini tergolong dalam pelbagai jenis sektor. Berdasarkan analisa fundamental, kita boleh mencari saham-saham yang berada di bawah nilai sebenarnya.

Terdapat banyak lagi cara pengiraan untuk mencari nilai sebenar syarikat berbanding harga semasa.
Antara yang popular adalah DCF Analysis (discount cash flow). Teknik ini tidak menggunakan nilai keuntungan, aset ataupun liability sebagai elemen pengiraannya tetapi ia menggunakan free cash flow dalam income statement syarikat. Dengan menilai free cash flow ini, pelabur boleh menentukan cash flow pada masa akan datang.
Untuk 30 saham di atas, ia tidak menjamin keuntungan jika anda melabur didalamnya. Setiap keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.
Senarai di atas hanya sebagai informasi umum bukan tujuan untuk buycall atau sebagainya.
Kajian dari segi teknikal perlu dilakukan untuk menentukan paras sokongan dan rintangan yang ada. Kajian yang terperinci untuk semua saham di atas perlu dilakukan sebelum anda membuat keputusan membeli. Tips dari kami adalah dengan melihat dahulu prestasi kewangan syarikat-syarikat di atas sebelum mula mengkaji analisa teknikal. Hanya syarikat yang membuat keuntungan yang konsisten yang mampu menjamin pulangan yang baik dalam jangka masa panjang.
Sebagai seoarang pelabur, ilmu sangat penting dalam pelaburan saham. Pastikan anda sentiasa updated dengan pasaran kerana pasaran sangat dinamik. Pasaran sentiasa bergerak mengikut sentimen yang ada sama ada bullish atau bearish. Ia akan dipengaruhi oleh banyak perkara.
Semoga bermanfaat.
Data yang digunakan adalah data Disember 2021. Segala saham yang disenaraikan adalah untuk tujuan pendidikan dan bukan saranan belian.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.
Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.
Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.















